Langkau ke kandungan utama

Klinik 'kesihatan bisnes' untuk usahawan tempatan






Petikan berita Akademi Usahawan Jaya

ISNIN, 17 Januari 2011 - Keperluan kemahiran penulisan iklan jualan untuk para usahawan amat kritikal kerana ia merupakan ‘askar barisan hadapan’ dalam sesebuah peperangan produk.

Menyedari hakikat ini pihak FN Education Group telah mengadakan satu bengkel pada 15 & 16 januari 2011 bertempat di BilikTraining.com, 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Buat pertama kali bengkel ini diadakan dan menarik usahawan daripada pelbagai latar belakang.

Bengkel tersebut diadakan selama dua hari. Pelbagai modul yang merangkumi semua aspek penting dalam teknik penulisan iklan jualan telah disentuh oleh pengajar iaitu Tuan Zamri Mohamad, penulis dan trainer keusahawanan kreatif sepenuh masa.

Beliau membantu peniaga kecil melalui kaedah kreatif bagaimana menjenamakan perniagaan kecil melalui iklan jualan pelbagai bentuk.

Beliau sudah menulis 16 buah buku dan beberapa buku yang diulang cetak mengamalkan prinsip penulisan iklan jualan.





Salah seorang peserta yang hadir, Encik Abdul Hafiz bin Isa Azmi merupakan pengarah Reliance Standard Sdn. Bhd.

Menurut beliau, bengkel seperti ini wajib diadakan daripada semasa ke semasa memandangkan masih ramai antara usahawan di negara ini khususnya bumiputera tidak menyedari kepentingan tentang cara penulisan iklan jualan.

Tambah beliau lagi “semua orang boleh menulis tetapi persoalannya ialah bagaimana untuk menulis iklan jualan supaya ramai yang tertarik dengan produk atau perkhidmatan yang kita sediakan”




Bagi Encik Amer Hamzah Ahmad pula, aktiviti yang buat sepanjang bengkel benar-benar membantu beliau dalam memahami psikologi orang ramai dalam membuat keputusan pembelian.

Beliau merupakan pengarah Chef Amer Academy. Beliau dalam perancangan untuk meluaskan lagi pengaruh syarikatnya dalam bidang pembuatan coklat.

Bengkel ini hanya menghadkan penyertaan kepada 27 orang peserta. Ini kerana bengkel ini bersifat pemindahan kemahiran.

Bagi pihak FN Education Group peserta yang mengikuti kursus ini telah bersedia untuk menghadapi ‘peperangan perniagaan’.




Klinik iklan jualan percuma dibuka untuk alumni

Bagi yang mempunyai kemusykilan atau pertanyaan susulan, ianya boleh dikemukakan semasa program klinik usahawan yang akan diadakan pada hari Sabtu mengikut syarat dan terma-terma tertentu.

Program klinik usahawan ini bertujuan membimbing para usahawan sehingga berjaya.

Program klinik perniagaan ini hanya untuk peserta yang pernah mengikuti kursus yang diadakan oleh pihak FN Education Group.

Nilai tambah pada bisnes

“Bengkel ini sungguh baik untuk membantu usahawan-usahawan menambah pengetahuan di dalam mempromosi produk keluaran mereka. Perkongsian Ilmu dan idea memberi nilai tambah kepada bengkel ini.” Kata Encik Nizam merupakan Pengarah bagi iklanku.my.

Cik Sharifah Sharina bt Syed Aswad, pengurus IT/Facebook desaigner pages bagi syarikat Nine E Trading menyifatkan bengkel ini sebagai satu keperluan asas bagi sesiapa yang mahu menempuh alam perniagaan.



------

Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung denganlatihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 26 Februari 2011. Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...