Langkau ke kandungan utama

'Misterius' boomerang doa

Saya tertarik pada komen rakan Facebook di wall.

Saya petik kata-kata Tuan Mohd Fadli Yusof,

Itulah rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Apa yang tuan tulis, perkatakan dan laksanakan menjadi doa di sisi Allah.

Al Bukhari dan Muslim mengeluarkan di dalam Sahihnya, bermaksud: Rasulullah bersabda, Allah berfirman "Aku berada di dalam sangkaan hambaKu tentang diriku. Aku menyertainya ketika dia menyebutku. Kalau dia menyebutku kepada dirinya, maka aku menyebutnya kepada diriku, kalau dia menyebutku didepan orang ramai, maka Aku menyebutnya di depan orang dengan keadaan yang lebih baik daripada diri mereka"



Apabila menulis buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan Berbunga Cinta di Hati Rasulullah, ia mempunyai perjuangan tersendiri. Bagi melihat lebih ramai 'Khadijah' dan 'Aisyah' hidup dalam masyarakat dengan prinsip dan kepercayaan yang jelas dalam hidup.

Kedua-dua buah buku ini menjadi cermin hidup kepada diri sendiri apabila diulang baca oleh penulis. Sebagai ingatan apabila tersasar, sebagai mengukuhkan apa yang benar. Baik dalam keadaan sukar dan suka, mudah-mudahan mendapat naungan rahmat Allah.



Biasanya saya akan melayari internet mencari respons para pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan Berbunga Cinta di Hati Rasulullah. Memasukkan di dalam blog sebagai pemerhatian bagi tujuan penulisan akan datang.

Lama kemudian, sehinggalah saya dihubungi oleh bonda pada malam dua hari lalu. Membuat saya terdiam.

Peristiwa Khadijah meminang Nabi Muhammad benar-benar berlaku dalam sejarah keluarga kami. Dia datang dan membina silaturahim dalam keluarga lelaki. Datang dengan kerendahan hati. Wanita itu sendiri meletakkan nilai hantaran RM3000 sahaja dan tidak mahu ia dinaikkan.

Kemudian, sepupu seorang lagi bertemu jodoh dengan Islamnya seorang gadis di Sabah. Kemudian ibu si gadis berkata, "Saya tidak mahu apa-apa, cukuplah tiket ke semenanjung bagi hadiri majlis."

Mereka adalah adik beradik.

Apabila menulis buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan Berbunga Cinta Aisyah bersama Tuan Imran. Membuat saya terfikir, apakah isi buku itu menjadi susunan 'boomerang' doa yang kembali kepada kami?

Ini membuat saya lebih mengingati kata Puan Ainon, "Karya akan memakan kita pada hujung usia." Maka ia menjadi ingatan bagi memilih apa yang mahu ditulis, biarlah membangun roh dan jiwa.

Allah lebih mengetahui. Semoga Allah limpahi kebaikan kepada kita semua.

Kepada rakan-rakan pembaca yang masih belum melihat kedua-dua karya ini, insya Allah ia mudah didapati di rangkaian kedai buku dan perpustakaan awam di Malaysia dan Singapura.




------

Aktiviti Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung melalui latihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 26 Februari 2011. Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...