Langkau ke kandungan utama

Para peserta bengkel penulisan 'dikejar'



Inilah sebahagian peserta bengkel ekspress penulisan rencana akhbar dan majalah hari ini. Nama-nama penting yang akan menembusi akhbar dan majalah. Mungkin jauh melangkau menghasilkan buku sebagaimana alumni terdahulu, Insya Allah.

Semoga Allah mempermudahkan mereka berkarya dalam pelbagai bentuk bagi menjadikan esok lebih baik kepada pembaca. Selepas ini fokus tugas mengejar mereka.


Klik bagi imej lebih jelas



Bagi bengkel seterusnya adalah pada hari Ahad 20 Februari 2011.

Menariknya, akan datang kami menggalakkan para peserta membawa laptop masing-masing, kerana kami akan mendedahkan kaedah 'interactive writing' kepada peserta. Kaedah ini digunakan oleh Robert T Kiyosaki.



Dalam bengkel ini, ia dihadiri pasangan suami isteri. Pasangan suami isteri, Tuan Ghazali dan Puan Azizah. Saya kagum dengan kata-kata Puan Azizah terhadap suami beliau, "Suami saya amat mendorong saya berkarya dan sanggup sama-sama memastikan usaha saya tercapai."

Tuan Ghazali meminati penulisan non fiksyen, manakala Puan Azizah meminati penulisan fiksyen. Datang dari Negeri Sembilan bagi program hari ini.

Klik bagi imej lebih jelas

  • Tahniah kepada Puan Mia Maisarah kerana mempunyai blog dalam bengkel penulisan rencana ini. Semoga Allah permudahkan berkarya.

  • Ada peserta sudah diberi tugasan menyediakan outline atau rangka kerja selepas tim kami mengenalpasti jenis buku yang menjadi bahan perpustakaan di rumah. Ini bagi membantu mereka dari segi kecepatan berkarya mengikut personaliti bacaan mereka.


Sebagaimana tiga tahun lalu, di sini peserta adalah bintang, trainer kekal sebagai malam. Insya Allah.

Pengumuman daripada tim kursuspenulisan.com

Sebagaimana terdahulu. Kami memberi ganjaran kepada mereka yang mendaftar sebelum 15 Februari.

  • Mendaftar sebelum 15 Februari yuran pelaburan RM350
  • Mendaftar selepas 16 Februari ke atas yuran pelaburan RM450
Tempat amat terhad






------

Aktiviti Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung melalui latihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 26 Februari 2011. Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...