Langkau ke kandungan utama

Kata kati katu (2)


Himpunan kata-kata kawan, Nabi, Quran dan sendiri.

Kata kati katu
  • Pertama kali orang memberikan sebotol minyak wangi kasturi selepas solat di Amcorp Mall. Katanya, "Saya menghadiahkan sebotol minyak wangi bagi orang yang mengimamkan solat saya." Ya Allah, kurniakan kebaikan kepada beliau.

Kata kati katu
  • Kuliah | Orang yang berusaha tanpa tawakal adalah sombong. Orang yang bertawakal tanpa usaha adalah pemalas. [via Celcom SMS]

Kata kati katu
  • Agenda Malaysia ialah agenda ke arah malas sifar, bukan miskin sifar. [via Celcom SMS]

Kata kati katu
  • Tip mentor | Dikenali orang awam dan dikenali rakan industri. Adalah dua perkara berbeza. Dua hasil berbeza. [via Celcom SMS]

Kata kati katu
  • Tip Mentor | Dari aspek bisnes, menyertai kursus adalah pelaburan yang menyelamatkan wang hangus kerana tidak tahu. Dari aspek peribadi, memasuki kursus kerana terikut-ikut, takut-takut jadi peleburan. Jadi berkursus itu hasil akhirnya adalah buat.

Kata kati katu
  • Aktiviti | Mempari-parikan kebaikan dalam kisah.

Kata kati katu
  • Tip Mentor | mudah kita mengagumi satu-satu bangsa dengan mesin duit, bukan akhlaknya.

Kata kati katu
  • Ujian | Hebatnya Allah. Dia mahu beri hadinah istimewa pada kita dan mahu kita betul-betul di sebelahnya. Diberikan ujian yang tidak disangka. [via Celcom SMS]

Kata kati katu

  • Cerita di klinik | "Hmm, patutnya tidak pakai benang ini. Sepatutnya benang nylon." Kata saya, "Oh! Setahu saya dia ini bidangnya forensik."

Kata kati katu
  • Dua pilihan yang mendatang mendorong kita mendapat jawapan yang dinaungi Allah. [via Celcom SMS]

Kata kati katu
  • Pagi yang diuji, tengah hari yang tidak pasti, malam yang membawa cerita baru.

Kata kati katu
  • Al Baqarah 286 Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Kata kati katu
  • Rocky Balboa | "It ain't about how hard you hit. It's about how hard you can get hit and keep moving forward."

Kata kati katu
  • Nasihat mentor | Mencari dan meminta apa yang terbaik di sisi Allah bukan di sisi manusia. [via Celcom SMS]

Kata kati katu
  • Perjuangan mengamalkan sunnah. [via Celcom SMS]

Kata kati katu
  • Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”(HR.Thabrani).

Kata kati katu
  • Semalam menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki. Menjemput dalam projek penulisan buku bagi sebuah penerbitan. Ditanya penerbitan apa? Katanya penerbitan paling lama di Malaysia. Kemudian ditanya lagi ada kertas konsep? Katanya, kami banyak pengalaman penerbitan dan permintaan tuan terlalu akademik. Kemudian berpusing mesej sembunyi mengenai 'bantu bisnes Melayu'.

Kata kati katu
  • Di Kanada soalan yang dapat menjangka statusnya tidak diamalkan mereka bagi menjaga air muka mereka. Misalnya, datang dengan apa dan duduk di mana.

Kata kati katu
  • Di UPS purata tahun orang bekerja di organisasi itu adalah 25 tahun. Apabila mereka saling bertemu mereka berasa bangga berkhidmat di UPS. Apabila memperkenalkan UPS mereka memberi fakta berapa pekerja di sana dan jumlah cawangan. Fakta dan kebanggaan serta lama di organisasi.

Kata kati katu
  • Dari rakyat Malaysia yang bekerja di UPS Kanada | Di UPS mereka berkata adalah normal untuk naik pangkat. Ia jelas dan mereka boleh merancang mahu naik pangkat. Ini menyebabkan mereka lama di situ.

Kata kati katu
  • Sedang mendengar | Seorang klien korporat bertanya kepada wakil syarikat apabila wakil itu berkata, "Kami sudah 15 tahun dalam industri, berpengalaman..." kemudian klien itu bertanya, "Siapa yang lama, sejarah syarikat itu atau kamu?" wakil syarikat diam, kerana dia baru setahun di situ. Pentingnya organisasi mengekalkan imej dengan umur berada di sana.

Kata kati katu
  • Dari rakyat Malaysia yang bekerja di UPS Kanada | Bekerja lewat dianggap memalukan UPS kerana menunjukkan UPS tidak mampu memberi keselesaan kepada pekerja untuk bersama keluarga. Polisi UPS Kanada yang dipraktikkan semua, tidak boleh menengking kakitangan.

Kata kati katu
  • Tuan MoNizam Ibn Ahamad berkata, "Di Petronas kami ada work life balance. Datang bekerja pada hari cuti amat memalukan untuk kami dan tak perlu dibangga-banggakan."

Kata kati katu
  • Kata Irfan Jani, Kalau ikut turutan sebutan dan pengistilahan kimia, lebih kurang begini:
1. Mono
2. Di
3. Tri
4. Tetra
5. Penta
6. Hexa
7. Hepta
8. Octa
9. Nona
10.Deca

Kata kati katu
  • Penulis mengubah dunia dari satu sudut biliknya.

Kata kati katu
  • Hamka berkata padaku, "Qanaah, cukup dengan apa yang ada dan tidak berhenti berusaha." [via Celcom SMS]

Kata kati katu
  • Inovasi pemasaran | iklan rancangan TV dipaparkan di pawagam [via Celcom SMS]

Kata kati katu
  • Hamka | Ramai orang mencari kebahagiaan dengan mentafsir kebahagiaan sebagai menampung kekurangan yang dialaminya. Misalnya, bahagianya jika kaya (kerana miskin). Sedangkan bahagia bukan begitu.

Kata kati katu
  • Tip Penulisan | Jika berlaku lambakan maklumat dalam berkarya. Jangan disumbat semuanya dalam sebuah buku. Pecahkan menjadi buku baru. Sedikit itu adalah rencah kesedapan yang dinikmati pembaca. Barulah hidangan ditambah sedikit demi sedikit.

Kata kati katu

  • Tip Penulisan | Pagi ini saya menunjukkan screenshot kerja hari ini. Projek buku yang masih dan akan berjalan diletakkan pada sebelah kanan. Sama ada folder atau create shortcut folder. Bergantung kepada keselesaan Tuan dan Cik Puan.

Kata kati katu
  • Tanggungjawab peniaga Muslim membuka peluang pekerjaan yang halal dan baik. Usaha dalam mengatasi isu survival masyarakat. Klik Telur Cacing




------

Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung denganlatihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 26 Februari 2011. Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...