Langkau ke kandungan utama

Novel keusahawan internet pertama di Malaysia



Catatan penulis, di sebalik tabir siri Usahawan Cilik, Si Blogger Kampung

Di sebalik tabir

Watak Puan Jamilah

Si Blogger Kampung, pruf novel keusahawanan internet pertama di Malaysia. Nama watak ini pada awalnya sekadar fiksyen. Bermaksud 'kecantikan' bagi menggambarkan watak perempuan tua yang cantik akhlaknya.

Tetapi, watak Puan Jamilah tiba-tiba menjadi benar kepada saya. Saya mengenali seorang wanita tua yang bernama Jamilah dan ada kaitan dengan hidup saya pada awal tahun dan awal bulan ini.

Di sebalik tabir


Watak Haeqal saya dedikasikan sebagai watak utama dalam novel usahawan cilik ini. Dalam dunia sebenar, watak ini saya memberi kesan kepada saya. Antara orang yang tidak jemu-jemu membantu dan mendoakan rakan.

Di sebalik tabir



Selari dengan bengkel blogshop yang akan diadakan pada 5 Februari ini, Si Blogger Kampung adalah agenda nasional memperkenalkan kaedah menjual di blog kepada kanak-kanak, sebagaimana tertera pada screenshot. Kepada ibu-bapa, ada Informasi di sini

Di sebalik tabir


Novel ini memperkenalkan dua watak usahanita kanak-kanak. Datang daripada watak Cik Mal (Norakmal) dan Waida Kmy. Sebelum Cik Puan Waida bergabung memperkenalkan bisnes BACHA bersama tim Cik Puan Azzah Abdul Rahman, awal tahun lalu kami membuat nujum pak belalang kami melalui petikan novel Si Blogger Kampung ini.

Di sebalik tabir

Watak Asyraf (Ashraf) dan Juwaini adalah dua watak benar. Seorang merupakan pelukis pelan kecemasan. Manakala seorang lagi adalah pereka grafik pengiklanan untuk bisnes. Kedua-duanya adalah usahawan berasaskan bakat.


Kepada ibu bapa yang berminat. Insya Allah akan berada di kedai-kedai buku pada Februari hadapan. Insya Allah.

Nota 'noti' ; Selepas ini daripada melihat perkembangan Justin Bieber, mereka sudah fokus berbisnes menampung kos streamyx dan broadband yang ditanggung ayah dan ibu. Haha!





------

Aktiviti Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung melalui latihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 26 Februari 2011. Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...