Langkau ke kandungan utama

Google Melayu dan Google orang putih


Daripada Tuan Izwan Robotys,

"Google opens Malaysia office, aims to strengthen SEA presence."

Jadi sesiapa yang belum baca buku Urus Bisnes dengan Google terbitan PTS Pro, inilah waktu terbaik membacanya di sini.

Informasi beliau "Sedikit demi sedikit datacenter Google akan dipindah ke Malaysia daripada Singapura" Informasi di sini

Selepas membaca KOSMO ia memberitahu satu maklumat penting. Sah! Buku Urus Bisnes dengan Google terbitan PTS Pro tepat pada masa. Sah, Google buka pejabatnya di Malaysia. "Ia juga sebahagian daripada langkah meluaskan pelaburan Google di rantau ini, di samping usaha berterusan untuk menyediakan produk tempatan yang memudahkan kehidupan mereka," katanya. Google semakin relevan untuk rakyat tempatan.


Petikan dari akhbar KOSMO



KUALA LUMPUR - Google Inc. (Google) kini mencari tenaga kerja tempatan yang bersifat analitikal dan pintar dalam pelbagai bidang untuk melengkapkan komitmennya dalam mengembangkan rangkaian perniagaan antarabangsanya melalui pembukaan operasi baru di Kuala Lumpur.

Pada masa ini, Google mempunyai lebih 60 pejabat di seluruh dunia termasuk di Singapura yang telah dibuka empat tahun lalu.

Menurut Pengarah Urusan Google Asia Tenggara, Julian Persaud, bakat tempatan berkualiti itu akan dapat membantu pengguna Google mendapatkan maklumat yang diperlukan, pada masa yang sama menyumbang dalam memajukan perniagaan-perniagaan tempatan.

"Pembukaan pejabat ini adalah sebagai langkah untuk kami menawarkan perkhidmatan platform pengiklanan, perkhidmatan web dan pengalaman pencarian terkemuka Google kepada pengguna, pengiklan dan rakan niaga kami di Malaysia.

"Ia juga sebahagian daripada langkah meluaskan pelaburan Google di rantau ini, di samping usaha berterusan untuk menyediakan produk tempatan yang memudahkan kehidupan mereka seperti Google Maps, Google News dan Google Translate," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman pembukaan pejabat kedua Google di rantau Asia Tenggara di sini semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Perniagaan Negara Malaysia, Sajith Sivanandan.

Malaysia dan Singapura.




------

Aktiviti Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung melaluilatihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 26 Februari 2011. Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...