Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2007

BMW Shorties 2007 (1)

Jawatankuasa tayangan BMW Shorties yang mempunyai senyuman manis. Bersama suami kepada Puan Melissa Saila. Puan Dayangku Intan juga hadir (dua dari kiri) Popcorn percuma kepada penonton Sebelum program Tok Rimau membawa bersama buku hasil tulisan Mat Jan, Tok Rimau dan Sinaganaga. Penaja kita PTS juga diberi meja pameran, tetapi mungkin mereka ada urusan lain. Faiz, pengerusi majlis yang cepat membaca keadaan. Para pengarah filem pendek BMW Shorties 2007 Pengarah filem pendek Singam, Sasitharan Rajoo, pelakon dalam filem Afdlin Shauki, Sumolah. Pengarah Hal Ehwal Urusan Korporat BMW Malaysia, Vijayaratnam Tharumartnam Pengetua Kolej Kediaman Ali Abi Talib, Ustaz Fauzi Muda dan Syarafuddin Sulaiman, pengarah program Pengarah filem Kongsi Dalam Gelap, Puan Melissa Saila. A Lonely Man dipertontonkan kepada umum

Zapin UIAM dan isu make up

Jawapan terhadap isu make up zapin UIAM oleh Ahkam.net. Soalan ini diutarakan oleh kumpulan Zapin UIAM (ketika yang lain sibuk salah menyalah tetapi tidak memberi nas). Tidak ada perubahan dibuat dalam teks di bawah. Hukum asal sesuatu perkara termasuklah perhiasan adalah HARUS, melainkan ada dalil yang mengharamkannya. Jadi, pakai bedak umpamanya, untuk mengelakkan muka berminyak tidak dilarang oleh mana2 nas syarak. Malah syarak menggalakkan seseorang muslim berketrampilan bersih dan kemas. dalam hadis sahih Muslim dan lain2: "Tidak masuk syurga orang yg ada dalam hatinya takabur walau seberat zarah" lalu sahabat bertanya: Apa pendapatmu tentang seorang lelaki yang suka pakaiannya cantik, dan sepatunya cantik. Kata Nabi: "Sesungguhnya ALlah cantik, dan sukakan kecantikan. Takabur ialah: tidak menerima kebenaran, dan memperlekehkan manusia". TETAPI Sesuatu perkara yg HARUS pada asalnya, boleh bertukar kepada haram dengan sebab perkara luaran. contohnya dalam permas...

Weltanschauung kampus yang sempit

Ada tiga entiti yang menjadi tiang bagi sebuah universiti untuk menjadi tersohor. Pertama: Pelajar Kedua : Pentadbir dan kakitangan Ketiga : Ahli akademik Tanpa ketiga-tiga ini universiti tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Sebagai contoh, jika pelajar berjaya memenangi sesuatu sudah pasti cuba disebar luas melalui akhbar. Seboleh-boleh ia hendak dikeluarkan secara kerap di media. Tanpa pelajar, universiti mati. Kedua, tanpa pensyarah yang konsisten dengan penyelidikan, universiti juga akan mati. Ketiga, tanpa kakitangan dan pentadbir yang berfikiran jauh, universiti akan mati. Ia mempunyai kaitan berangkai. Malangnya jika kita berhadapan dengan kakitangan yang mempunyai Weltanschauung kampus yang sempit. Apa yang saya maksudkan dengan sempit? Kita ambil contoh, program pelajar (sebenarnya ia gabungan pelajar dan staf, tetapi kita andaikan pelajar 100 peratus) BMW Shorties Screening diadakan di kampus. Pemilik Weltanschauung kampus yang sempit akan berkata, "Ini adalah...

Simbol kuasa orang kecil

Simbol kuasa manusia datang dalam pelbagai rupa. Jika pergi ke pejabat orang dan duduk di kerusinya, jangan diletak barang-barang kita seperti telefon bimbit dan kunci di atas mejanya. Ia mungkin mengundang kemarahan orang kerana simbol kuasanya diganggu. Orang lama sering menunjukkan simbol kuasa kepada orang baru. Lebih-lebih lagi orang baru yang tidak melawan. Mereka akan mudah merasa tidak berpuas hati apabila orang baru menyentuh simbol kuasanya. Sebagai contoh, kisah seorang sahabat. Beliau salah seorang pekerja separuh masa di sebuah pejabat. Hendak dijadikan cerita, sampailah bisik-bisik pekerja yang tidak berpuas hati dengan tindakan beliau menggunakan komputer di meja pekerja lain. Tetapi ia digunakan selepas waktu pejabat dan pada waktu malam. Itu pun sesudah mohon izin. Tetapi bisik-bisik tidak puas hati itu tersebar juga. Satu iktibar, selepas waktu pejabat sekalipun jangan disentuh simbol kuasanya. Itulah satu-satunya simbol kuasa yang dia ada.

Imigran fasih berbahasa Melayu

Dalam sesi dialog bersama Melissa Saila, pengarah filem Kongsi Dalam Gelap, beliau ditanya oleh seorang penonton, "Saya hairan apabila watak imigran Indonesia boleh bercakap bahasa Melayu fasih." Sebaliknya, suami kepada Melissa Saila membalas, "Saya tidak hairan jika imigran Indonesia boleh bercakap bahasa Melayu fasih. Tetapi saya hairan, orang Melayu, lahir di sini dan membesar di sini tidak dapat bercakap bahasa Melayu dengan baik sekali." Penonton bertepuk tangan. Tamat kisah. ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Bawa nilai dalam program

Kami membawa nilai dalam program ini. Hiburan tetapi ada batasan. Masuk sahaja ke pintu masuk, kedudukan makanan dan minuman dibahagikan kepada dua, lelaki dan perempuan. Pintu keluar masuk juga dibahagikan kepada lelaki dan perempuan. Tempat duduk dibahagikan lelaki dan perempuan. Dewan dibahagikan kepada dua, bahagian kanan untuk perempuan dan bahagian kiri untuk lelaki. Jika ada lelaki termasuk dalam ruang duduk perempuan, masuk satu baris terdiri daripada enam buah kerusi akan dipenuhi orang lelaki. Peranan kumpulan Maaruf membantu kami melihat penonton-penonton yang belum berkahwin yang duduk berdua-duaan agar diasingkan banyak memberi kesan positif. Terima kasih. Dalam beberapa keadaan kami terlepas satu dua keadaan. Tetapi sistem itu mesti diwujudkan dalam membawa nilai kepada program. Hadiah daripada PTS juga ada nilai yang disampaikan kepada para pengarah. Nilai hidup dalam paparan kisah Biografi Muhammad B Abdullah dan 7 Formula Individu Cemerlang sebagai tanda hati daripada ...

63, terima kasih!

Saya menjadi ex-officio program ini. Di dalam buku program, nama diletak atas sekali. Saya sendiri tidak tahu benar tugas ex-offcio melainkan memantau apa yang berlaku dan mendapatkan perkembangan terbaru setiap bahagian. Kebanyakan tugas dibuat dengan cemerlang dan bersungguh-sungguh oleh semua sebagai satu kumpulan. Kami ketawa bersama, bersedih bersama. Satu hati dalam menjayakan program ini. Cuma sepanjang dua hari lalu semasa program ini, saya bimbang kerana saya tidak cakap banyak dalam memastikan ia berjalan. Apa kata Syarafuddin, pengarah program ini? "Jika ex-officio tidak perlu bercakap banyak. Maknanya, pasukan itu berjalan dengan baik." Terima kasih kepada 63 individu yang terlibat dalam BMW SHorties Screening 2007! ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Tiga kumpulan penonton

Secara rambang orang menonton filem boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan. Ini yang dapat saya lihat melalui program BMW Shorties di UIAM. Pertama, ada yang suka menonton filem kerana berhibur semata-mata. Jika filem itu berat dan memerlukan dia berfikir, maka kerusi panggung akan ditinggalkan. Pengarah filem tidak perlu kecewa dengan orang seperti ini. Kedua, ada yang suka menonton filem komersial dan filem berat. Dia hanya tertumpu kepada filem sahaja. Siapa pengarahnya dia tidak peduli. Selepas habis filem, dia tidak akan tunggu lagi meskipun ada pengarah yang bersama untuk berkongsi cerita filemnya. Ketiga, peminat filem kedua-dua genre. Dia terbuka dan boleh menonton sehingga habis. Sanggup datang hari kedua untuk sambung menonton. Sedia menunggu untuk melihat pengarahnya dan mendengar apa kata pengarah. Meskipun ilmu filemnya tidak mantap, dia cuba untuk memahami dan memberi sokongan. Orang seperti ini tidak ramai dalam panggung tetapi setia mereka membuat pengarah berbesa...

Kerja gila dan filem Islami

Apa kata Tok Rimau, penulis skrip filem pendek KIRI yang turut hadir dalam tayangan umum BMW Shorties? "Kamu semua buat kerja gila." Kenapa? "Kerana menjemput organisasi besar seperti BMW." Apa kerja gila kami selepas ini? Saya mempunyai harapan. Harapan yang terbantut sementara selepas berhenti daripada ANSAR-MITV. Sepanjang malam filem-filem ditayangkan, mereka cuba menunjukkan pendirian mereka dalam filem. Muslim di negara ini popular dalam menyerang filem-filem yang dikatakan tidak Islami, salah dari sudut moral, tidak membawa kepada kebaikan ummah dan seumpamanya. Dalam bicara kita menyebut tentang perkara ini, saya juga terlibat sama. Cuma saya berfikir, jika filem-filem ini tidak Islami, siapa di Malaysia membawa filem Islami dengan kualiti yang terbaik memenuhi hukum filem gred A? Membawa masuk BMW Shorties adalah usaha membawa warga UIAM melihat bagaimana skil perfileman diangkat dari sudut mesej dan kualiti yang baik bermula dari rakaman, suntingan dan has...

Tidak berkali-kali

Berlaku perubahan dalam tradisi penganjuran acara di UIAM. Atas permintaan pihak jemputan, beberapa perubahan dibuat. Tidak ada kerusi besar untuk VIP. Kerusi penonoton dan VIP adalah sama. Tidak ada ucapan mengumumkan kedatangan VIP dari pintu masuk oleh pengerusi majlis. Tidak ada perbezaan minuman dan makanan yang disediakan penganjur untuk VIP dan penonton. Jika penonton makan popcorn dan air berkarbonat dengan cawan dan bungkusan plastik, maka VIP juga akan makan dengan benda yang sama. Tidak ada pengumuman menjemput VIP ke atas bagi menikmati hidangan. Perkara-perkara ini dilakukan dalam banyak acara di UIAM, tetapi tidak untuk program ini. Jawabnya, " Tidak ada elit dalam program bersama BMW. " ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Follow up

Mengapa BMW Shorties Screening di UIAM? UIAM tidak ada pengkhususan bidang filem atau seumpamanya, melainkan sekumpulan pejalar yang mengambil kelas produksi video yang diajar oleh seorang pensyarah sambilan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Satu soalan yang diajukan kepada Pengurus hal-ehwal korporat kumpulan BMW, Vijayaratnam Tharumartnam. Jawapan mudah, "Hanya UIAM sahaja yang menjemput dan membuat susulan." Banyak institusi dan badan yang berminat membuat program bersama dengan BMW, sms dan e-mail yang diterima bukan sedikit. Tetapi satu perkara yang membezakan ia berlaku atau tidak ialah susulan atau kata orang bisnes follow up. ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Di mana saya perlu mulakan?

Di mana saya perlu mulakan? Perancangan tiga bulan lalu akhirnya sampai ke peristiwa sebenar pada 26 dan 27 Julai lalu. BMW Shorties Screening akhirnya berjaya dipertontonkan kepada umum buat pertama kalinya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan di Malaysia. Ia bermula dengan kisah empat orang lelaki yang masih tidak tidur pada jam 1.30 pagi. Melalui komputer Apple milik Syarafuddin, kami menonton filem-filem pendek yang ditemui secara kebetulan dalam internet. Ketika itu saya, saudara Haeqal dan Nizam menghabiskan pagi itu melayari laman web BMW Shorties. Tamat cerita, keluar idea. Bagaimana jika kita bawa masuk ke UIAM? Sejarah membawa masuk sepuluh filem finalis BMW Shorties bermula pada 14 Mei 2007 melalui e-mel. Pada hari yang sama e-mel dibalas. Hi Zamri, Left a message on your mobile. I am very interested to talk with you about screening BMW Shorties. Please give me a call at .... BMW Group Corporate Affairs Manager Vijayaratnam Tharumartnam MY-K Selebihnya menjad...

Tayangan Umum BMW Shorties

Kepada peminat filem-filem pendek,Mahallah Ali Ibn Abi Talib dengan kerjasama BMW Malaysia buat pertama kali menganjurkan tayangan awam 10 buah filem pendek finalis BMW Shorties 2007. Diskusi bersama pengarah juga akan diadakan pada malam itu. Semua dijemput hadir memberikan sokongan kepada pengarah-pengarah muda filem pendek tempatan. Maklumat lanjut, tuan-puan boleh menghubungi Syarafuddin Sulaiman di nombor 014 625 8985 atau e-mel mahallah.ali@gmail.com dengan subjek e-mel BMW Shorties Diharap dapat membantu dengan menyalin dan menyebarkan maklumat ini kepada semua ahli blogger melalui blog masing-masing.

zamrimohamad.com dilancarkan

Alhamdulillah, laman web rasmi zamrimohamad.com akhirnya dapat diwujudkan. Terima kasih kepada saudara Sabri, penulis buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet terbitan PTS Profesional. Beliau banyak membantu bermula dari A sehinggalah Z. Saya akui, saya lambat belajar dalam dunia IT. Tidak begitu pantas mengejar teknologi internet. Kesabaran Tuan Sabri dan kumpulan niaga beliau beberapa hari lalu saya berikan pujian. Malu juga memikirkan diri saya menjadi pelanggan yang banyak bertanya itu dan ini. Saya sedang memikirkan konsep dan bahan yang ingin dimasukkan dalam laman web rasmi itu. Sementara itu kedua-dua blog, motivasiminda dan motivasimindamu akan terus berjalan seperti biasa. Cuma dari masa ke semasa fail sokongan akan disediakan. Tahniah kepada ecommercemastery.com dan blog saifulsham.com yang banyak memberi input serta khidmat selepas pembelian yang menggembirakan hati saya.

Solek mencantikkan dan solek studio, sama atau berbeza?

Akhirnya isu ini menjadi kontroversi dan muncul dalam sebuah akhbar politik islami (?), Zapin UIAM memakai alat solek ketika mengadakan persembahan. Bermula daripada sms dalam akhbar saiz kompak kini ia menjalar ke akhbar islami (?) ini. Mereka dikatakan menyerupai perempuan kerana bersolek. Sebenarnya saya kurang senang dengan pendekatan akhbar politik islami ini. Apabila menerima sumber dari surat-surat, e-mel dan sms, terus disiarkan. Saya berfikir sama ada akhbar ini mempunyai kumpulan penyelidik dan kumpulan wartawan bagi berita berunsur 'investigative news'. Ini belum ditambah dengan gerakan politik islami pelajar yang cepat panas dan melayangkan surat kepada akhbar tanpa adanya investigative team sendiri. Kadangkala saya sendiri keliru, akhbar Malay Mail dalam menyiarkan kes bunuh Noritta tahu betapa pentingnya menyediakan kumpulan wartawan dalam fokus yang berbeza (mahkamah, polis, individu dan keluarga) dengan jumlah wartawan yang ramai bagi setiap fokus untuk memastik...

Lebih 'psycho' berbanding Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Lebih 'psycho' berbanding Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Itu adalah respon saya bersama-sama penulis lain iaitu saudara Firdaus Ariff, saudara Wan Muhammad Haeqal dan Syaraffudin Sulaiman selepas meninjau dua buah kedai buku di Amcorp Mall. Selepas menghadiri majlis perkahwinan Qalif di rumah Puan Ainon dan Prof Abdullah Hassan, kami sepakat menghabiskan masa sehingga ke malam di kedai buku terpakai di Amcorp Mall. Seingat saya, kali terakhir pergi ke pusat membeli belah itu dua tahun lalu ketika menghadiri ujibakat DJ Impian, RTM di hotel Singgahsana yang terletak berdekatan. Tidak pernah saya membeli lebih daripada 15 buah buku dalam sehari melainkan semalam. Ini rekod peribadi yang tidak pernah saya buat di mana-mana pesta buku. Kedua-dua buah kedai buku di pusat membeli belah ini berjaya menggoda wang ringgit saya keluar dari poket ke mesin wangnya. Kenapa begitu banyak? 13 buah buku tebal-tebal meliputi topik perhubungan, cinta, pengurusan tempat kerja dan komunikas...

Stephen Liew, Konsisten dengan kerja.

Jumpa rakan-rakan lama ketika mengambil ijazah di UIAM dahulu membuat kami teruja bercerita semula mengenai kenangan. Seorang demi seorang sudah mempunyai karier masing-masing. Ada yang berkhidmat dengan bank, ada pula yang bekerja di sektor pendidikan dan ada pula yang memilih syarikat petroleum sebagai asas membina karier. Saya pula sudah setahun bekerja di UIAM. Sedang berusaha menjadi penulis bebas sepenuh masa. Kebetulan berjumpa rakan-rakan. Maka kisah tentang kerjaya menjadi bualan. Dalam banyak rakan-rakan, saya mempunyai seorang rakan. Beliau konsisten dengan kerjanya yang satu. Sahabat saya Stephen Liew bekerja di jabatan akaun sebuah bank di Kuala Lumpur. Kami memerhatikan perkembangan beliau setiap masa. Stephen adalah satu-satunya rakan yang saya ketahui setakat ini tidak menukar pekerjaan. Kebanyakan rakan-rakan yang lain sudah memohon pekerjaan di organisasi lain apabila imbuhan yang ditawarkan lebih tinggi. Masing-masing mempunyai pilihan. Termasuklah saudara saya berna...

Suara hujung talian

Jaga etika ketika menjawab telefon. Itu nasihat kepada diri saya ketika kejadian itu terjadi tiga hari lalu. Saya sedang membantu sebuah jabatan mempromosikan aktiviti mereka melalui media antarabangsa. menjadi tanggungjawab saya untuk melakukan perkara ini, iaitu menghubungi jabatan berkenaan untuk mendapatkan maklumat perkembangan. Seingat saya, saya menghubungi beliau sebanyak tiga kali pada tiga hari berbeza. Hari pertama memaklumkan bahawa surat telah dihantar. Hari kedua, bertanyakan sama ada maklumat boleh diperolehi pada hari itu. Hari ketiga iaitu hari terakhir untuk mendapatkan maklum balas beliau. "Awak tidak beritahu saya pukul berapa perlu dihantar. awak hanya beritahu harinya sahaja. Masih ada 24 jam lagi. Jika saya belum hantar sekarang, itu bukan salah saya," kata pengurus wanita di jabatan tersebut. Bercampur-aduk bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. "Saya cuma hendak mendapatkan maklumat terkini. Pegawai saya sudah bertanyakan perkembangan," jawab...

Saya ada dua pilihan.

Apabila kita marah, ada dua alternatif sebagai cara menyalurkan marah. Pertama, memarahi orang itu. Hamburkan semua yang tersirat di dalam dada. Kedua, marah dengan penyelesaian. Saya berhadapan dengan masalah komputer lagi. Kerana tidak ada pengetahuan yang mendalam tentang komputer, saya mohon bantuan orang lain. Pada mulanya ia tidak menjadi. CD program tidak dapat dibaca maka komputer tidak dapat diformat. Ia mengambil masa selama tiga hari. Sepanjang tiga hari saya tidak dapat menulis. Saya berhutang 18 halaman dan perlu membayar secepat mungkin. Kemudian saya mencadangkan individu itu memasukkan semula program asalnya. Katanya esok, maka saya bersetuju. Tidak mahu pening-pening kepala lagi. Pada tengah hari keesokan harinya, saya pergi ke pejabat semula. Individu itu sedang membantu saya membaiki komputer, tetapi tidak menggunakan komputer yang saya mohon dibaiki. Komputer pilihan saya itu tidak mempunyai akses internet. Perisian Windows 1998. Jika digunakan untuk tujuan menulis ...

Alasan

"Susah benar subjek Psikologi," kata saya. Jawab abang, "Lagi?" "Pensyarah yang mengajar tidak tahu mengajar,"tambah saya lagi. Balas abang, "Lagi?" "Apabila saya baca, saya sendiri tidak tahu apa isinya," kata saya dengan yakin. "Lagi," respon yang sama abang berikan. Saya terdiam. Rupa-rupanya saya memberi banyak alasan. Hanya kerana subjek Pengenalan Psikologi yang tidak dapat saya kuasai dengan baik, saya memberi pelbagai sebab bahawa itu bukan salah saya. Itu cerita pada awal tahun 2003. Alasan memberi kita ruang untuk melepaskan diri daripada kelemahan. Tetapi ia tidak menyelesaikan isu yang kita hadapi. Seronok memberi alasan kerana ia memberi kelegaan sementara. Kemudian apabila rasa tidak selesa timbul semula, alasan-alasan baru dicari. Orang yang memberi alasan tidak mahu dirinya kelihatan lemah daripada sudut pandangan sendiri. Maka alasan bertujuan menunjukkan dia betul. Orang yang mendengar muak dengan alasan. Ker...

Didikan ayah dalam diam

Saya dan ayah tidak pernah bercakap panjang. Kami adik beradik memang tidak berbual panjang dengan ayah. Kalau dikira-kira umur saya ketika ayah mash hidup. Sepanjang 21 tahun dari zaman tadika sehingga ke pra universiti kami jarang berkomunikasi. Jika hendak ikuti lawatan sekolah atau perhi ke mana-mana atas nama sekolah mesti ada surat. Jika tidak ada surat, saya akan taip surat untuk ayah memaklumkan program tersebut. Teringat pula mesin taip Olympia yang menjadi pemudah kerja menyampaikan mesej kepada ayah. Seingat saya, pernah sekali saya hendak mengikuti rombongan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersama-sama pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Melaka. Saya tidak diberikan tentatif progam melainkan borang kebenaran ibu bapa dan makluman ringkas. Mahu tidak mahu, saya sediakan tentatif sendiri. Saya masih ingat. Surat yang saya tulis mengandungi nama individu untuk dhubungi, tempat lawatan, waktu pergi dan balik. Kerana tidak ada kertas putih, saya gunakan kertas warna ...

Tidak habis-habis lagi kisah Transformers?

Tidak habis-habis lagi kisah Transformers? Saya jadikan filem ini terowong keluar daripada peristiwa tiga hari lalu. Termasuklah hari ini. Komputer tiba-tiba tidak berfungsi. Saya berhutang 18 halaman untuk disiapkan. Ujian penulis bebas. Kembali kepada cerita Transformers. Selain daripada sebuah filem untuk hiburan, filem ini masih tidak melupakan peranan dalam memberi inspirasi kepada penonton sama seperti siri kartun di kaca televisyen selama empat musim dahulu. Optimus Prime, pemimpin Autobots memberi idea bagaimana seorang pemimpin bertindak. Meskipun cerita selama dua jam ini penuh dengan aksi dan letupan di sana sini, kepimpinan Optimus Prime yang tenang dan rasional dalam tindakan banyak mengawal anak-anak buahnya daripada bertindak melulu. Optimus Prime menggambarkan gaya pemimpin yang menghargai sumbangan rakan-rakan lain. Baik yang hidup atau mati, Optimus sangat jelas dengan keadaan ini dan mengingatkan mereka menghargai pengorbanan rakan sepasukan. Jelas dalam memberi ara...

Buah Tangan Julai 2007

Bulan Julai ini saya memilih dua bahan bacaan sebagai koleksi terbaru buku-buku saya sebelum menonton Transformer semalam. ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Everything Men Know about Woman

Sementara menunggu tayangan filem Transformers, saya sempat ronda-ronda di kedai buku MPH selepas beberapa minggu tidak ke sana. Ingat-ingat lupa tentang susun atur buku di MPH One Utama, sudah lama tidak datang ke sini. Sedang saya seronok membelek-belek buku, saya tertarik dengan sebuah buku kecil bertajuk, Everything Men Know about Woman by Dr. Richard Harrison. Buku ini dijual sepanjang satu juta naskhah seluruh dunia. Jika di Malaysia harganya RM19.90. Jika kita membeli buku pada harga ini, apakah yang kita dapat? Pada muka hadapan, kulit yang berwarna kuning dengan tajuk dan nama penulis buku tertera di situ. Pada kulit belakang, blurp buku yang mendedahkan rahsia sikap kompleks kaum perempuan yang akhirnya dapat dibongkarkan dan didedahkan kepada umum. Pendekatan Dr. Richard yang dianggap berjaya dalam memahami tingkah laku manusia. Pada muka surat pertama sehingga halaman terakhir, hanyalah kertas kosong sahaja. Saya ulangi. Halaman-halaman kosong. Pembaca perlu menulis sendir...

Majalah Wanita Jun 2007

Terima kasih kepada wartawan Nik Hazirah Nik Daud dari majalah Wanita, Utusan Karya.