Langkau ke kandungan utama

63, terima kasih!

Saya menjadi ex-officio program ini. Di dalam buku program, nama diletak atas sekali. Saya sendiri tidak tahu benar tugas ex-offcio melainkan memantau apa yang berlaku dan mendapatkan perkembangan terbaru setiap bahagian.

Kebanyakan tugas dibuat dengan cemerlang dan bersungguh-sungguh oleh semua sebagai satu kumpulan. Kami ketawa bersama, bersedih bersama. Satu hati dalam menjayakan program ini. Cuma sepanjang dua hari lalu semasa program ini, saya bimbang kerana saya tidak cakap banyak dalam memastikan ia berjalan.

Apa kata Syarafuddin, pengarah program ini?

"Jika ex-officio tidak perlu bercakap banyak. Maknanya, pasukan itu berjalan dengan baik."

Terima kasih kepada 63 individu yang terlibat dalam BMW SHorties Screening 2007!

22.jpg

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...