Langkau ke kandungan utama

Zapin UIAM dan isu make up

Jawapan terhadap isu make up zapin UIAM oleh Ahkam.net. Soalan ini diutarakan oleh kumpulan Zapin UIAM (ketika yang lain sibuk salah menyalah tetapi tidak memberi nas). Tidak ada perubahan dibuat dalam teks di bawah.

Hukum asal sesuatu perkara termasuklah perhiasan adalah HARUS, melainkan ada dalil yang mengharamkannya.

Jadi, pakai bedak umpamanya, untuk mengelakkan muka berminyak tidak dilarang oleh mana2 nas syarak.

Malah syarak menggalakkan seseorang muslim berketrampilan bersih dan kemas. dalam hadis sahih Muslim dan lain2:

"Tidak masuk syurga orang yg ada dalam hatinya takabur walau seberat zarah"
lalu sahabat bertanya: Apa pendapatmu tentang seorang lelaki yang suka pakaiannya cantik, dan sepatunya cantik.

Kata Nabi: "Sesungguhnya ALlah cantik, dan sukakan kecantikan. Takabur ialah: tidak menerima kebenaran, dan memperlekehkan manusia".

TETAPI

Sesuatu perkara yg HARUS pada asalnya, boleh bertukar kepada haram dengan sebab perkara luaran. contohnya dalam permasalahan kita, seorang yg bermekap dengan tujuan untuk membuat persembahan yg haram, atau untuk berlakon dalam perkara yg dilarang syarak, atau memakai mekap kerana mahu menyerupai wanita, atau memakai mekap yg diperbuat daripada perkara haram.

Walaupun hukum asal ialah HARUS, tetapi bertukar kepada HARAM dengan sebab luaran.

untuk mudah memahami, ulama Usul membahagikan HARAM kepada jenis.

1) Haram pada zatnya: seperti zina, mencuri
2) Haram kerana sifatnya: seperti arak haram kerana memabukkan.
3) Haram kerana perkara luaran: seperti membeli pisau tujuan nak bunuh orang. (Beli pisau: HARUS, tetapi bunuh orang :HARAM, jadi beli pisau pun jadi HARAM.

Masalah lelaki mekap ni, boleh masuk bahagian ketiga, sekiranya tujuannya haram. kalau tiada bercampur dengan perkara haram maka hukum ASALNYA HARUS.

Wallahu a'lam.

www.al-ahkam.net

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...