Langkau ke kandungan utama

Lebih 'psycho' berbanding Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Lebih 'psycho' berbanding Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Itu adalah respon saya bersama-sama penulis lain iaitu saudara Firdaus Ariff, saudara Wan Muhammad Haeqal dan Syaraffudin Sulaiman selepas meninjau dua buah kedai buku di Amcorp Mall.

Selepas menghadiri majlis perkahwinan Qalif di rumah Puan Ainon dan Prof Abdullah Hassan, kami sepakat menghabiskan masa sehingga ke malam di kedai buku terpakai di Amcorp Mall. Seingat saya, kali terakhir pergi ke pusat membeli belah itu dua tahun lalu ketika menghadiri ujibakat DJ Impian, RTM di hotel Singgahsana yang terletak berdekatan.

Tidak pernah saya membeli lebih daripada 15 buah buku dalam sehari melainkan semalam. Ini rekod peribadi yang tidak pernah saya buat di mana-mana pesta buku. Kedua-dua buah kedai buku di pusat membeli belah ini berjaya menggoda wang ringgit saya keluar dari poket ke mesin wangnya.

Kenapa begitu banyak?

13 buah buku tebal-tebal meliputi topik perhubungan, cinta, pengurusan tempat kerja dan komunikasi yang berjumlah sekitar RM240.00 saya beli dengan potongan sebanyak RM80.00. Semuanya hanya berjumlah RM160.

Kebiasaanya nilai RM160 bagi kedai-kedai buku utama menghadkan pembelian saya kepada 4-5 buku sahaja. Ini melibatkan buku-buku luar negara.

Tetapi di sini di kedai buku yang dibuka oleh seorang penyarah undang-undang berbangsa cina yang mengajar di universiti Monash membuat saya sangat berpuas hati dengan buku-buku yang dibeli. Bagus dari sudut isi dan kuantiti.

Pekerja pada hari itu, saudari Mastura, bekas pelajar kejuruteraan di Universiti Malaysa banyak memberi input berguna untuk saya sepanjang berada di kedai ini.

Selepas itu saya bergerak ke kedai buku Book Xcess yang baru beroperasi selama 6 bulan di tingkat dua. Kedai milik Jacqueline Ng ini memberikan pelanggan harga buku-buku baru yang tidak masuk akal. Buku Dr Phil McGraw bertajuk Love Smart: Find the One You Want - Fix the One You Got yang berharga sekitar RM45.00 hingga RM99.00 (kulit keras) hanya berharga RM19.90 sahaja. Ini bukan buku terpakai. Buku baru dan masih panas.

Book Xcess dengan moto read more for less membuat kami khayal dan mabuk dengan buku-buku yang dipamerkan. Mereka akan beroperasi di tingkat tiga di premis yang lebih luas pada Ogos ini.

Satu perkara yang menarik mengenai pemilik bernama Jacqueline ialah beliau bukan sahaja penjual malah peminat buku.

Syarafuddin memerhatikan gelagat tuan kedai ini. Apabila pembantu kedai mengeluarkan buku-buku daripada kotak untuk disusun di rak, dia akan menunjukkan buku-buku tersebut kepada Jacqueline. Ada masa dia geleng dan ada masa dia angguk. Beliau tahu isi setiap buku yang ditunjukkan oleh pekerjanya melalui komen-komen berisi.

Ketika saya berbual pendek dengannya. Beliau juga memberikan saya beberapa tajuk cadangan majalah luar negara untuk penulis. Jacqueline mempunyai sebuah kedai majalah di sebelah Book Xcess.

Saya masih khayal dengan buku-buku di rak pejabat. Sengaja saya letakkan di pejabat bagi memudahkan saya berkarya.

Jika ditanya tiga sahabat yang lain, mereka juga masih khayal dan berkata, " Lebih 'psycho' berbanding Pesta Buku!"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...