Langkau ke kandungan utama

Didikan ayah dalam diam


Saya dan ayah tidak pernah bercakap panjang. Kami adik beradik memang tidak berbual panjang dengan ayah. Kalau dikira-kira umur saya ketika ayah mash hidup. Sepanjang 21 tahun dari zaman tadika sehingga ke pra universiti kami jarang berkomunikasi.

Jika hendak ikuti lawatan sekolah atau perhi ke mana-mana atas nama sekolah mesti ada surat. Jika tidak ada surat, saya akan taip surat untuk ayah memaklumkan program tersebut. Teringat pula mesin taip Olympia yang menjadi pemudah kerja menyampaikan mesej kepada ayah.

Seingat saya, pernah sekali saya hendak mengikuti rombongan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersama-sama pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Melaka. Saya tidak diberikan tentatif progam melainkan borang kebenaran ibu bapa dan makluman ringkas.

Mahu tidak mahu, saya sediakan tentatif sendiri. Saya masih ingat. Surat yang saya tulis mengandungi nama individu untuk dhubungi, tempat lawatan, waktu pergi dan balik. Kerana tidak ada kertas putih, saya gunakan kertas warna kuning.

"Abah, sekolah akan mengadakan lawatan. Ini suratnya," kataku.

Sambil ayah membaca, saya akan menerangkan tentang program itu.

Sepanjang ingatan saya, saya bercakap dengan ayah tentang perkara-perkara penting sahaja. Tetapi ayah bijak menyampaikan mesej mendidik. Ketika beliau menghantar saya ke sekolah, pernah sekali beliau nasihatkan saya belajar bersungguh-sungguh. Sekali sahaja nasihatnya pada pagi Subuh itu. Sehingga kini nasihat itu dan suasananya dapat saya rasai.

Ayah memantau perkembangan anaknya dengan cara tersendiri.

Saya gemar mengambil gambar foro dan mengumpul semua di dalam album. Album-album itu saya letakkan di atas meja belajar. Ketika saya ke sekolah, ayah akan ke bilik saya dan melihat foto-foto tersebut.

Jika ada yang tidak kena pada matanya, ayah akan tegur. Pernah sekali saya mengambil gambar di atas motosikal besar ketika menyertai lawatan ke Pulau Pinang. Ayah menegur agar saya tidak mengambil gambar sesuka hati di atas kenderaan hak milik orang tanpa izin. memang tepat, saya tidak mohon izin kerana motosikal itu saya temui di lebuh raya PLUS ketika pulang.

Bicara ayah memang tidak banyak. Lebih banyak diam daripada kata-kata. Tetapi matanya sentiasa memerhati dan memantau perkembangan anak-anak. Jika menegur, itu sahaja yang disebut, tidak meleret-leret.

Catatan sempena Hari Bapa pada Jun lalu. Jun juga adalah tarikh perginya pejuang ini. Gambar di atas adalah catatan berita dalam Berita Harian pada 14 November 1993 mengenai ayah dan tugasnya di Tabung Darah, Hospital Besar Kuala Lumpur.

22.jpg

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...