Langkau ke kandungan utama

BMW Shorties 2007 (1)

Jawatankuasa tayangan BMW Shorties yang mempunyai senyuman manis.
Bersama suami kepada Puan Melissa Saila.
Puan Dayangku Intan juga hadir (dua dari kiri)
Popcorn percuma kepada penonton
Sebelum program
Tok Rimau membawa bersama buku hasil tulisan Mat Jan, Tok Rimau dan Sinaganaga. Penaja kita PTS juga diberi meja pameran, tetapi mungkin mereka ada urusan lain.
Faiz, pengerusi majlis yang cepat membaca keadaan.
Para pengarah filem pendek BMW Shorties 2007
Pengarah filem pendek Singam, Sasitharan Rajoo, pelakon dalam filem Afdlin Shauki, Sumolah.
Pengarah Hal Ehwal Urusan Korporat BMW Malaysia, Vijayaratnam Tharumartnam
Pengetua Kolej Kediaman Ali Abi Talib, Ustaz Fauzi Muda dan Syarafuddin Sulaiman, pengarah program
Pengarah filem Kongsi Dalam Gelap, Puan Melissa Saila.
A Lonely Man dipertontonkan kepada umum

Ulasan

Nurul berkata…
Tetapi saya kira isu laptop mempunyai virus itu sangat-sangat memalukan.

Cadangan saya, lain kali diadakan 'backdrop' dekat screen, apa-apa terjadi boleh terus freeze kepada backdrop tanpa perlu hadirin melihat 'windows media player' dan tetikus yang bergerak-gerak...

Pengarah sangat menjaga hasil karya mereka dari 'spoiled', sebaiknya apabila terjadi masalah, ( tersekat-sekat etc) terus hentikan tayangan.

Apa pun, tahniah. Saya tidak menghadiri tayangan pada hari kedua. Spoiled mood, mungkin =)
Tok Rimau berkata…
Dear Brothers,
Thanks for inviting me. It was a brave and groundbreaking event for the campus community. Lot of lesssons to be learnt. Don't give up.

Jangan serik.
Zamri Mohamad berkata…
Ada cerita-cerita menarik ketika hari pertama.

Saya teringat dalam peristiwa perang Uhud, kekalahan paling teruk dalam sejarah menentang musuh. Ada yang tarik diri dan ada yang hilang semangat.

Waktu kalahlah kita lihat siapa bersama kita.

Bak kata pengarah program pada jam 12.30 malam di dewan pada malam itu, "Tidak ada sesiapa suka dengan kumpulan yang kalah."

Bagi saya itu hikmah Allah, ia membuat kita terfikir untuk memperbaiki keadaan.

Ada juga ahli jawatankuasa yang hilang hari kedua kerana tidak mahu bersama kumpulan yang 'kalah'

Tetapi untuk mereka yakin, mereka bangkit semula, bak kata Tok Rimau "Don't give up."

Virus itu berlaku selepas dua hari raptai.

Kurang mahir bidang teknikal dan yakin sangat dengan fasaliti UIAM pun jadi penangan kepada kami.

What we should do next? Tanya mereka.

Hari kedua sangkanya tidak ada orang datang lagi, Alhamdulillah Penuh.

Daripada maklumat, BMW mendapat idea untuk membuat road tour ke seluruh IPTA selepas ini.

Selepas program itu, dua buah produksi filem berminat bekerjasama bagi program seterusnya. Masih tidak ada idea lagi. Ada cadangan :)

Terima kasih Nurul atas cadangan, cuma saya tidak faham maksud backdroup. Adakah perlukan dua PC satu untuk backdrop dan satu lagi pc video atau bagaimana.

Tok Rimau, pak director program bilang kalau dibuat di UTM jangan dilupa jemput kami di sini ya.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...