Selasa, November 16, 2010

Testimonial pembaca menguatkan perjuangan buku PTS

Petikan laman web rasmi PTS



Testimonial pembaca buku Mudahnya Bisnes Dengan Blogshop

Kali pertama melihat kaver buku ini terus tertarik mahu beli. Tambahan pula saya mahu memulakan bisnes melalui internet.

Buku Mudahnya Bisnes Dengan Blogshop ini menunjukkan step-by-step cara memulakan bisnes melalui blog.

Bahasa dan terma-terma yang digunakan juga mudah difahami. Hasilnya saya sudah berjaya buat blog sendiri. Pada masa yang terdekat akan membina kedai online sendiri. Buku ini wajib dibaca bagi mereka yang ingin sukses dalam bisnes internet.

Kiriman Cik Puan Kamilah • 08 Nov 2010

------

Buku ini amat sesuai untuk peniaga-peniaga yang ingin berjaya dengan menggunakan internet.

Tip-tip yang diberikan amat berkesan dan mudah difahami.Dengan menggunakan buku ini dan ditambah dengan sedikit lagi usaha, pasti anda akan berjaya. Insya Allah.

Tahniah kepada penulis yang mencipta buku ini…

Kiriman Cik Puan Izzah Hayani Abd Kadir • 02 Nov 2010

Informasi klik di sini Mudahnya Bisnes Dengan Blogshop

----

Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop, dua bulan 15 hari

Dua bulan 15 hari di carta senarai terlaris buku bisnes PTS


Terima kasih kepada cik puan-cik puan dan tuan-tuan yang menjadikan buku ini sebagai hadiah kepada rakan, anak, pasangan dan dijadikan bacaan sendiri.

Sebentar tadi, buku Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop memasuki dua bulan, 15 hari di dalam carta buku PTS, senarai buku bisnes terlaris. Terima kasih.

Kepada yang belum mendapatkan, insya Allah stok Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop di Popular, MPH dan kedai-kedai buku seluruh negara. Termasuk Keliki dan Bacha.

Misi buku Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop adalah bagi memandaikan bangsa melalui ilmu yang dapat menambahkan pendapatan yang halal dan berkat.

Buku Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop adalah usaha ke arah memberi lebih masa kepada kaum ibu yang mencari cara menumpukan masa untuk anak, pada masa sama mahu menambah pendapatan.

Insya Allah, jika kita mengenali mereka ini, hadiahkan buku ini. Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop

Semoga dipermudahkan usaha mereka.

Informasi klik di sini Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop

Jumaat, November 12, 2010

Siapa pengurus bisnes kita di Google?

Teknik 'Kuasa Tiga' dalam Star SEO. Eksperimen carian perkataan penulis buku.
  • Pengurus yang terlalu fokus kepada prestasi jangka pendek sebenarnya lemah mengurus modal dan tidak mencipta pelan untung jangka panjang.
  • Apabila Warren mencari pengurus. Beliau mencari orang yang gaya hidup mementingkan kos. Ia ciri menambah kekayaan hidup beliau sendiri.
  • Adanya pendekatan 'ketakutan bisnes' menjadikan potensi bisnes ditemui di Google oleh pelanggan lebih tinggi.
  • Ada peniaga yang produknya dibeli selepas mudah ditemui di Google. Kemudian peniaga itu dibenci. Hati-hati dalam strategi.
  • Berhenti dulu! Perkara baru dalam internet tidak semestinya diaplikasi terus oleh peniaga yang mahu mudah ditemui di Google.
  • Unsur lokal adalah unsur penting dalam carian Google 'berminda tempatan'.
  • Perubahan pemilihan kata dalam bisnes yang kemudian mudah ditemui Google memendekan kos masa, wang dan risiko.
  • Setiap perkataan yang menarik hati Google adalah pengurus yang membuat kerja tanpa gangguan dan kekal jujur.
  • Peniaga kecil yang menguasai Star Seo tahu ada cara pelanggan menemui mereka di Google tetapi menggunakan teknik 'pintu belakang'.
  • Setiap perkataan yang menarik hati Google adalah 'unik'. Pandai pilih, bisnes kita ditemui. Jika salah, ditimbuni pula. Hati-hati.
  • Perkataan yang dipilih untuk mempromosi produk dan perkhidmatan memberi kepada kepada Google. Perkataan yang memaparkan produk di internet mesti sering 'bercakap-cakap' antara satu sama lain. Komunikasinya akan memikat hati Google.
  • Micromanaging membawa kecuaian dan kegagalan dalam bisnes. Pilihan perkataan dalam jualan adalah seni menjadikan ia sebagai 'pengurus' online.
  • Sekiranya teks dibaca sehingga ke tahap ini. Maka sah inilah jawapan mengapa ia masih dibaca. Klik di sini

Selasa, November 09, 2010

Bagaimana tiger dapat membuat peniaga - pelanggan bertembung?

Foto oleh Tuan Azree Hanifiah

Tafsir kata Tuan Izwan Robotys | Kaedah natural membantu dalam memastikan pelanggan menemui buku (juga penulisnya) , perniagaan, produk dan perkhidmatan kita di internet. Itulah ciri-ciri Star Seo melalui pendekatan

TIGER

Jumaat, November 05, 2010

Apabila peniaga tahu apa itu Customer Search, Engage and Own (SEO)




STAR SEO adalah mini seminar penuh hasil yang mendedahkan keseluruhan strategi bagaimana peniagaan kita mudah ditemui di internet dengan hanya satu klik.

----

Nota: Dikendalikan oleh Izwan Wahab. Beliau pernah membantu saya mendapatkan 50% hasil carian lebih tinggi di Google berbanding 10% yang dikongsi oleh peniaga-peniaga (penerbit dan penulis) lain ketika kempen untuk promosi buku-buku saya di internet pada tahun 2010. Ia menggunakan teknik STAR SEO.

Apabila peniaga tahu apa itu Customer Search, Engage and Own (SEO) yang pernah diajar kepada saya, Insya Allah ia memudahkan Tuan dan Cik Puan juga.

----

Objektif mini seminar

3 cara untuk Meningkatkan jumlah pelanggan di internet tanpa belanja lebih.

  • Mini seminar STAR SEO membantu para peniaga mudah ditemui pelanggan melalui carian Google dan enjin carian lain dengan hanya satu klik.
  • Mini seminar STAR SEO membantu para peniaga memasarkan produk dan perkhidmatandi internet pada kos yang rendah.
  • Mini seminar STAR SEO membantu para peniaga yang mempunyai asas pengetahuan internet menggunakan strategi pemasaran berkesan di internet.

Peserta mini seminar
  • Peniaga tempatan
  • Mereka yang menjalankan bisnes blog shop
  • Peniaga dari rumah iaitu SOHO (Small Office Home Office
  • Eksekutif Pemasaran
  • Penyedia Perkhidmatan
----

Apakah yang akan disampaikan kepada peserta?

STAR SEO disusun dan disampaikan secara mudah dan praktikal kepada peserta melalui modul-modul berikut.

Modul Kuasai asas SEO dari A ke Z

(1) Modul ini mendedahkan, apakah itu SEO untuk perniagaan.
(2) Disampaikan mengapa peniaga kecil bersetuju pentingnya SEO untuk perniagaan.
(3) Bagaimana mereka yang hanya menguasai asas sahaja dapat melihat cara SEO berfungsi.

Modul Tiga Langkah STAR SEO

Apa yang pelanggan benar-benar mahukan dapat dikesan melalui perkataan. Ini yang menjadi strategi dalam diam peniaga tempatan yang mahu menjadi pemain besar dalaminternet.

Cara pemasaran pada kos yang minima.

(1) Seni melihat kajian katakunci cara STAR SEO. Modul ini mendedahkan bagaimana mahu mengetahui apa yang dicari pelanggan tempatan di internet.

(2) Tiga langkah STAR SEO juga akan mendedahkan apakah perkataan-perkataan yang dicari pengguna internet yang dapat digunakan peniaga agar pelanggan bertemu laman web, blog atau video perniagaan kita.

(3) Cara kuasai kaedah Onpage SEO dan Offpage SEO yang menjadi alat utama peniaga memudahkan pelanggan bertemu perniagaan mereka di internet.

------


Biodata Pemudahcara

Izwan Wahab adalah seorang pengkaji Internet Marketing dari tahun 2002 bermula dengan SEO (Search Engine Optimization) dan Pembangunan Laman Web.

Kini beliau bertugas sebagai jurutera sistem di sebuah syarikat bumiputera berpusat di Shah Alam. Beliau menjadi konsultan bagi klien SME yang memerlukan khidmat nasihat dalam strategi dan pelaksanaan laman web yang menjual.

Buku tulisan beliau, “Internet Marketing Untuk Bisnes Kecil” terbitan PTS telah diulang cetak dan mudah didapati di toko buku serata Malaysia. Buku ini mendapat ulasan majalah nasional, Millenia Muslim.



Beliau pernah diundang dan bercakap mengenai kuasa internet untuk keusahawanan di hadapan ratusan hadirin dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Kumpur ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Ia pernah dihadiri oleh wakil Google Asia Tenggara .

Ia mencetus fenomena dalam dunia perniagaan dan keusahawanan di Malaysia.

Dikenali sebagai 'academician' dunia internet, kemunculan Izwan Wahab pada tahun 2005 menjadi rujukan peniaga-peniaga di internet pada ketika itu.

Sehinggalah Izwan menghilangkan diri secara tiba-tiba. Ini bertujuan memberi masa dan fokus kepada dirinya mengkaji apakah cara-cara yang dapat membantu peniaga seluruh negara menggunakan internet bagi tujuan pemasaran.

Beliau muncul semula pada tahun 2008 dan membantu peniaga-peniaga kecil melalui perundingan, bengkel tertutup dan penulisan buku.

Sumbangan beliau paling besar menggunakan STAR SEO dan kekuatan strategi Long Tail dalam mempromosi gerakan membaca yang digerakkan rakyat paling besar di Malaysia.

Ini mencetuskan fenomena dan kejutan. Media nasional memaparkan kejayaan itu tiga bulan berturut-turut.

Izwan Wahab juga menjadi sebahagian besar sejarah pemasaran perniagaan di Malaysia. Utusan Malaysia melaporkan satu-satunya bengkel pemasaran di internet yang dihadiri ramai. Ia diadakan ketika gawat ekonomi.

Khamis, November 04, 2010

Bagaimana Facebookian dan Blogger menyokong BACA@LRT?



Demam kuning melanda sepanjang bulan ini sehingga 5 Disember 2010 di Facebook.

Kita lihat sejauh mana demam kuning akan merebak. Mudah sahaja, cari BACA@LRT di Facebook atau mana-mana profile pengguna yang menggunakan logo Baca@LRT ini.

Save profile picture pada group berkenaan. Paparkan pada profil Tuan dan Cik Puan. Satu sokongan mudah yang memberi kesan kepada semua. Membaca itu cool!

Sekali sekala dalam hidup, apa salahnya kita cipta kegilaan bersama?

80% berkemungkinan ini kursus penulisan terakhir


Sekitar 19 minit lalu saya baru sahaja berkata, "Alumni kursuspenulisan.com tahu betapa garangnya saya di kelas. Sudahlah kelas mahal harga beratus, tiada makanan, dikejar, dimarah. Selepas itu dikejar lagi.

Kerana kita tidak melatih orang yang mahu berhibur dalam kelas.

Para peserta ke bengkel diberitahu komitmen ini sebelum kelas bermula. Ia bukan hobi isi masa lapang. Itu pun orang masih mendaftar juga."

Selepas 19 minit lalu seorang alumni kursuspenulisan.com bernama Puan Azlin Ahmad menyiarkan berita di Facebook yang menyebabkan saya bersemangat mahu mencari lebih ramai peserta seperti ini.


Beliau adalah peserta bulan Oktober alumni kursuspenulisan.com. Berikut merupakan screenshot Facebook kejayaan beliau.

Nota: Alumni kursuspenulisan.com saling berinteraksi dalam forum rahsia sesama mereka selepas bengkel. Kejayaan besar Puan Azlin adalah menghasilkan karyanya dalam bahasa Melayu buat pertama kali. Artikelnya juga menarik, mengenai Mitoni.

Nota: 80% keputusan menunjukkan ini adalah bengkel terakhir kursuspenulisan.com yang terakhir selepas melalui siri perbincangan sesi penjenamaan semula. Klik di sini bagi maklumat lanjut.



----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Perbincangan di kedai kopi | Berjauh hati

Perbincangan di kedai kopi. Tuan Shamsuddin Kadir memetik kata Prof Abdullah Hassan , "Kesilapan tatabahasa itu tidaklah menyakitkan hati orang berbanding kesilapan tata berbahasa. Kesilapan tata berbahasa ini yang menyebabkan orang bergaduh dan berjauh hati." Saya kira, ini termasuklah cara menegur, memberi pandangan, panggilan hormat, adab berinteraksi dan pelbagai lagi.


Kreativiti Penjara

Kreativiti Penjara

In the last financial year, its annual revenue passed an impressive $2.5 million, and after opening stores across Delhi, prison authorities launched www.tihartj.nic.in in a laazatest marketing idea. The website showcases photographs of food, furniture, clothing, and painting, all made by convicts. The computer-savvy inmates also wrote the html coding for the website.

Rabu, November 03, 2010

Siapakah tokoh penting yang mengubah dunia buku negara?

Dengan izin Allah, Baca@LRT, 5 Disember 2010 akan menjadikan penumpang LRT keesokan harinya akan membeli apa sahaja bahan bacaan atau membawa sahaja dari rumah pada keesokan hari. Mereka bimbang terperangkap dalam gelombang orang ramai membaca. Kebimbangan kemudian menjadi kebiasaan. Lama kelamaan bahan bacaan 'lekat' di tangan. Inilah yang berlaku pada 16 Januari lalu dan bulan-bulan berikutnya. Kerana kita percaya dan lakukan ia berjaya mengubah seorang demi seorang.

Pembaca dewasa sentiasa menjadikan pembaca cilik tidak takut membawa buku ke mana sahaja. Kerana mereka pernah melihat ramainya orang dewasa membawa buku di luar. Iaitu mereka yang terlibat dalam gerakan rakyat Baca@LRT.


Zamri Mohamad November 3 at 5:21pm

Assalamualaikum wbt

Tuan dan Cik Puan, peneraju dan tokoh penting yang mengubah sejarah buku negara.

Sempena Baca@LRT 'Massa' , aktiviti membaca di dalam LRT secara spontan yang akan membuat orang lain keliru dan berfikir apa akan terjadi.

Baca@LRT, adalah mesej jelas bahawa membaca itu sesuatu yang 'cool' dan mesti menjadi azam baru pada tahun 2011.

Baca@LRT, 5 Disember 2010 akan menjadikan penumpang LRT keesokan harinya akan membeli apa sahaja bahan bacaan atau membawa sahaja dari rumah pada keesokan hari. Mereka bimbang terperangkap dalam gelombang orang ramai membaca. Kebimbangan kemudian menjadi kebiasaan. Lama kelamaan bahan bacaan 'lekat' di tangan. Inilah yang berlaku pada 16 Januari lalu dan bulan-bulan berikutnya. Kerana kita percaya dan lakukan ia berjaya mengubah seorang demi seorang.

Ia spontan seperti dahulu, ia di luar perancangan, ia kembali sebagai penutup tahun baru.

Penutup tahun ini yang mahukan pengakhiran yang lebih baik dan permulaan yang hebat. Iaitu, "Membaca itu tidak aneh dan 'cool'!"


Apakah maksud massa mengikut Kamus Dewan?

Massa bermaksud kumpulan orang ramai yang bersatu kerana dasar atau pegangan tertentu.

Siapakah yang terlibat dalam Baca@LRT 'Massa' pada 5 Disember?

Mereka yang percaya bahawa esok adalah penting buat diri, keluarga dan anak-anak. Hari esok akan menjadi lebih baik. Hari di mana membaca adalah keperluan. Ia bukan sesuatu yang ganjil.

Kali ini kami akan memberikan input-input terkini apa akan berlaku pada 5 Disember 2010 sempena Baca@LRT, 'Massa'.

Catatkan pada jadual Disember dalam kalendar Tuan dan Cik Puan.

  • Ahad, 5 Disember 2010
  • Baca@LRT, Massa
  • Jam 10.00 pagi
  • Terminal Putra Gombak LRT dan terminal sepanjang perjalanan
  • Lokasi akhir Terminal Taman Jaya, Amcorp Mall, Book Xcess (yang kini lebih besar)

Tolak dan tarik, magnet kutub selatan



Macam-macam.

Dua bulan lalu saya menolak jemputan LHDN bagi mengendalikan latihan pidato untuk pertandingan antara kementerian. Saya berikan kepada seorang rakan yang dikenali sebagai pemidato sebelum ini.

Dua bulan selepas itu, abang saya pula terlibat dalam pertandingan pidato untuk Piala Gabenor Bank Negara. Tidak tahulah idea apa yang saya beri kepada beliau sepanjang interaksi kami. Masuk sehingga pertandingan akhir pula.

Keputusan adalah pada 13 November 2010. Patutlah mentor saya, Puan Ainon Mohd marah apabila saya menolak tawaran latihan untuk kementerian itu dua bulan lalu. Adakah saya perlu terlibat dalam training ini pula?

Hidup berakal, mati beriman
Kurang iman , fasiklah diri,
Ilmu dihati, menjadi teman
Segala diserap , diberi erti

Kredit pantun: Tuan Zulkefli Mohamad


----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Pembaca PTS memilih buku mempunyai logo Baca@LRT

Sejak logo Baca@LRT dipamerkan pada kulit belakang buku. Alhamdulillah, lebih ramai yang membaca.



Dengan izin Allah, baru saya sedar, selama mana semua buku yang menggunakan logo Baca@LRT di kulit belakang buku tulisan saya, kesemua buku itu ada yang diulang cetak dan 'lebih segera' keluar dari kedai buku berbanding buku-buku saya sebelum ini. Ini adalah satu eksperimen yang saya usahakan bagi melihat kekuatan 'gerakan' Baca@LRT dalam tempoh kurang setahun. Alhamdulillah, membuahkan hasil.


Sebelum ini saya memujuk rakan-rakan penulis menggunakan logo ini di belakang buku mereka. Insya Allah saya menunggu respons positif mereka. Saya 200% yakin para penulis akan menyahut gerakan rakyat ini.

Sebagai usaha menggalakkan pembaca membaca di khalayak sementara menunggu pengangkutan awam atau ketika dalam perjalanan panjang. Saya masih melihat-lihat jika ada penulis yang sudi menyahut gerakan rakyat ini. Gerakan ini memerlukan lebih ramai penulis dan pembaca untuk me'massa'kan kepada khalayak. Agar mereka membawa buku bersama ketika sendiri atau berteman.

Pembaca dan penulis adalah dua teras kepada kejayaan sejarah besar membudayakan amalan ini. Menjadikan membaca sebagai sesuatu yang 'cool'.

Baca@LRT dilihat sebagai kata kerja. Apa yang perlu dibuat dan di mana. Ia lebih visual, jelas dan nampak 'filem'nya.

Nota: Baca@LRT Massa pada 5 Disember. Bertemu kita di Terminal LRT Gombak jam 10.00 pagi.

Penulis dari mana-mana penerbitan dan rakan-rakan penerbit yang berminat mendapatkan salinan imej Baca@LRT untuk kulit belakang buku mereka, emelkan kepada saya di zamrimohamad@gmail.com

-----

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan di Facebook yang sudi memiliki dan membaca, mengkhabarkan di Facebook dan blog, menjadikan buku hadiah kepada rakan lain yang minat berbisnes. Buku Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop berlogo Baca@LRT di kulit belakangnya terbitan PTS diterima ramai selama tiga minggu berturut-turut.


Ulasan pembaca Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop. Petikan web rasmi PTS. Klik bagi paparan lebih jelas


Terima kasih sekali lagi atas sokongan Tuan dan Cik Puan. Klik di sini bagi mengetahui rahsia dan strategi berblog shop melalui Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop.


Senarai terlaris 1 September - 15 September 2010

Senarai terlaris 16 September - 30 September 2010

Senarai terlaris 1 Oktober - 15 Oktober 2010

Senarai terlaris 16 Oktober - 31 Oktober 2010

Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop adalah pelengkap buku-buku berikut yang saya tulis sebelum ini. Set buku ini masih mudah didapati di kedai-kedai buku seluruh negara, MPH dan POPULAR.
  • Internet Marketing untuk Bisnes Kecil yang membantu membina mini site jualan peniaga
  • Urus Bisnes dengan Google yang membantu mencari dan mengurus pelanggan
  • Buat Duit dengan You Tube membantu memasarkan bisnes dengan seni video online
Buku Mudahnya Bisnes ada perjuangan tersendiri

Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu 'mulakan dengan apa yang di tangan!' Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop mendedahkan langkah hebat.

Diterima ramai sebagai buku bisnes kecil yang benar-benar mengikuti formula 'Mulakan dengan apa di tangan'. Insya Allah, antaranya, berjaya mengubah dan membantu para pembaca yang terdiri daripada professional yang mahu menjadi ibu sepenuh masa untuk anak-anak tetapi mahu pendapatan.



----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Melihat, membaca, mempelajari dan mencuba

Apabila Prof bermula di hadapan, beliau tidak duduk selama bengkel berjalan sejak awal pagi hingga bengkel ditangguhkan. Kata Prof, selama menjadi pendidik beliau tidak duduk apabila menyampaikan ilmu.

Kata Prof, "Dalam mengurus mesyuarat. Tun Ahmad Sarji antara tokoh yang mengurus mesyuarat secara efektif. Keberkesanan mesyuarat diukur bukan melalui berapa lama dan berapa kali mesyuarat dibuat. Tetapi berapa banyak keputusan diambil dan dilaksanakan. Tun Ahmad Sarji memenuhi kriteria ini."

Nota: Latihan ini adalah satu teknik mengurus mesyuarat dengan mengurus gaya berfikir.



Sebahagian daripada proses pembelajaran. Melihat dan belajar bagaimana Prof Emeritus Abdullah Hassan mengendalikan bengkel Pemikiran Kreatif untuk Kerjaya bagi pegawai atasan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya.


----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Buku PTS dijadikan modul latihan staf KWSP


Dengan izin Allah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjemput saya dan tim melalui Akademi Penulis untuk melatih kakitangan sokongan, seni membina komunikasi interpersonal berpengaruh di Institut KWSP. Ia melibatkan 40 peserta dari pelbagai jabatan di bahagian pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Teknik Bahasa Pasar dan Bahasa Pasaraya. Latihan Emel seni menghantar pesanan berpengaruh dan penuh impak di Bengkel untuk kakitangan KWSP

Latihan menulis emel. Seni menghantar pesanan berpengaruh dan penuh impak di bengkel untuk kakitangan KWSP
Latihan menghantar sms. Seni menghantar pesanan berpengaruh dan penuh impak di bengkel untuk kakitangan KWSP



Bengkel ini berdasarkan tiga buah buku yang diterbitkan oleh PTS Millenia yang menarik perhatian pembaca dan perpustakaan kementerian. Judul-judul buku terlibat iaitu;

Apa yang terkandung dalam ketiga-tiga buku ini yang menjadi pencetus dan bahan bengkel untuk kakitangan KWSP?



Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart adalah percubaan kecil untuk menjadi berbeza daripada buku-buku biasa.

Saya terdorong menulis buku- buku ini selepas dua soalan timbul dalam diri.

  • Mengapa banyak buku membawa tokoh-tokoh besar bagi membincangkan kuasa pengaruh sedangkan ada pekerja-pekerja kecil yang mempunyai kuasa pengaruh dalam diam.
  • Mengapa masih kurang tafsiran tokoh Islam dibawakan dalam membincangkan subjek pengaruh dan moden.

  • Salah satu buku yang berada di perpustakaan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Putrajaya
Buku ini ditulis membawa cerita pekerja kecil dengan kuasa pengaruh besar dan tidak ditolak pendekatan tokoh dan kajian.

Ditambah lagi pendedahan sembilan peraturan pengaruh melibatkan tingkah pekerja mempengaruhi bos selain daripada lima maklumat perlu diketahui sebelum mempengaruhi bos.

Kerana itu bab awal buku ini membawa cerita Puan Rosminah Ahmad yang bermula sebagai tukang sapu, pengelap lantai dan pencuci tingkap kini mengurus lima rangkaian francais antarabangsa.

Dari biasa menjadi luar biasa. Formula ini dibongkar.

Tidak dilupakan faktor kehambaan menjadi pemimpin dan dipimpin dihuraikan dalam buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart.


  • Kementerian Pertahanan melalui Perpustakaan ATM (MAF Library), Kementah dan Pusat Kepimpinan TLDM kini mempunyai buku siri Streetsmart berjudul Mengurus Konflik Gaya Streetsmart.
Buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart adalah kesinambungan buku pertama. Mereka yang mengurus konflik secara tidak langsung membina pengaruh.

Kerana itu buku ini ditulis. Bercerita mengenai pengaruh tidak terhad pada sebuah buku, kaitan kepada isu pengaruh dipanjangkan dalam buku ini.

Masih banyak cerita perlu dibongkarkan. Terdapat tiga cara konflik dapat dilihat oleh orang ramai.

  • Konflik sebagai perang
  • Konflik sebagai peluang
  • Konflik sebagai sebuah perjalanan

Kajian kami mendapati rata-rata percaya konflik di pejabat dan di luar pejabat hanya melibarkan satu jenis konflik

Hakikatnya terdapat 8 jenis konflik yang saling berkait satu sama lain. Antara temuramah yang berjaya kami perolehi melibatkan beberapa individu termasuk Tuan Mazidul Akmal Sidik (360, TV3)

Hamilton Mabie berkata, “Jangan bimbang kepada penentangan (konflik). Ingatlah, layang-layang hanya terbang tinggi apabila menentang arus angin.”

Bagi mereka yang baru pertama kali mendengar dan melihat buku ini. Ia adalah satu buku inspirasi perubahan dan kelompok diri menjadi hamba Tuhan yang berkualiti dalam mengurus konflik dan membina pengaruh positif.

Seperti kata Cik Puan Mardiana, buku yang sesuai dijadikan hadiah sebagai simbol kita mahukan diri penerima mendapat impak yang baik untuk hidup mereka.




Buku ini mendapat ulasan dalam majalah Jutawan, Harian Metro dan Malaysia Hari Ini TV3

Buku ini adalah trilogi kepada dua buah buku siri streetsmart terdahulu. Ia bermula dengan Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart. Ketika menulis buku ini, kami mendapati kuasa pengaruh adalah kuasa dalam diam.

Tanpa sedar kita memiliki kuasa pengaruh pada peringkat yang berbeza. Ia digunakan dalam interaksi sosial dan mengembangkan potensi diri individu. Ia menjadi elemen dalam diri pemimpin sebagaimana disebutkan oleh John Maxwell.

Buku ini ditulis dengan satu tujuan sebagaimana disebut oleh Azree Hanifiah, salah seorang petugas World Assembly of Muslim Youth, iaitu kami mahu mendedahkan rahsia, "Kuasa pengaruh yang menyentuh emosi, membangkitkan semangat spiritual dan memberi kesedaran.

Insya Allah, kursus kedua akan berlangsung November 2010 ini

----


Zamri Mohamad telah menulis 15 buah buku dan diterbitkan oleh PTS. Buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart , Mengurus Konflik Gaya Streetsmart dan 30 Strategi Membina Pengaruh terbitan PTS Millenia (Klik bagi maklumat lanjut) mudah didapati di kedai-kedai buku seluruh negara, MOH dan POPULAR. Bagi jemputan kursus kecemerlangan staf, kreativiti dan tanda aras, dapatlah menghubungi info@sk.my

Kembara Buku PTS di 1Borneo, Sabah



Kepada blogger dan rakan pembaca yang bercadang membaca dan memiliki buku-buku tulisan saya, terbitan PTS Publications and Distributor. Rangkaian kedai buku Popular-Harris memberikan pelbagai judul buku yang dicari, antaranya;

  • Internet Marketing untuk Bisnes Kecik terbitan PTS Professional
  • Urus Bisnes dengan Google terbitan PTS Professional
  • Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart terbitan PTS Millenia
  • Mengurus Konflik Gaya Streetsmart terbitan PTS Millenia
  • Tip Menjadi Penulis Bestseller terbitan PTS Professional
Bagi memudahkan rakan-rakan pembaca di Sabah berikut merupakan sebahagian foto di kedai buku Popular Harris, 1Borneo. Juag disertakan foto kedai buku Times yang memperkenalkan konsep kulit buku dan pakej buku baru.









----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.


Diari Kreativiti dan inovasi organisasi secara bebas

Tim Kreativiti di Sabah dan catatan diari secara bebas. Dalam kaedah kreativiti, kita mencatat apa sahaja terlebih dahulu dan kemudian melihat semula sisi berbeza selepas itu.

Diari bermula.

  • Jam 5.45 pagi kumpulan burung besar dan burung-burung kecil berbeza spesis terbang berkumpulan mengelilingi kampus. Hinggap sebentar di pokok dan terbang semula berpusing beberapa kali.
  • Hari ini, teknik kamus dalam menjana idea baru. Teknik kamus pernah digunakan dalam mengubah konsep bicara buku, Secret Story; Seronok dan Santai.
  • Minum petang bersama tuan Irwan Dahnill, penulis PTS.Kata Tuan Irwan Dahnill, "Kalau datang walaupun sesaat, datanglah jumpa saya." Tuan Irwan sudah tidak mahu buka Facebook lagi.
  • Informasi. Keuntungan 22 cawangan kedai 24 jam di Sabah mengatasi 90 cawangan kedai yang sama di semenanjung.

  • Menemui lepat nasi di pasar Filipina. Bungkusan ala lepat pisang, isi nasi impit. Dipanggil Burasak atau Buras.
  • Mamak restoran bercakap seperti orang Sabah. Hilang bunyi asalnya.
  • Selesai di Pasar Penjaja Bumiputera Pantai Barat. Kreativiti char kue comot.
  • Mendengar TV. Sudahlah televisyen di sini settingnya hanya 'satu'. Perkataan Tuhan dalam perjuangan pun tidak disebut meskipun berbaris orang yang muncul memberi pandangan. Janganlah hilang insuran sosial di akhirat nanti. Stres.
  • Kreativiti menjadikan manusia semakin lama semakin muda dan semakin lama semakin tua, serentak!
  • Kreativiti. Kos, undang-undang, elegan, mudah dan keselamatan antara ciri-ciri yang perlu diambil kira aplikasi mengaplikasi 'design thinking'. Bagaimana mahu menyelesaikan masalah di Mid Valley apabila kita beratur selama 15 minit dan dipertengahan barisan kita mendengar pengumuman, "Filem .... jam 2.00 petang sudah habis dijual." Ceritanya klik di sini
  • Semuanya bermula dari soalan, "Apa" dan "Kenapa?" membawa kepada satu persatu pintu baru dalam dunia yang mahu diteroka.
  • Model bisnes. Pengeluaran barang elektrik SHARP mengadakan roadshow menjual barang elektrik.
  • Model bisnes. UMS menyewa kedai sekitar bagi menjalankan bisnes. Salah satunya training. Disewa bersebelahan kedai makan.
  • Model bisnes. Di sini disediakan servis 'call & fax a movie' . Adakah khidmat fakskan tiket wayang? Mungkin.
  • Seorang peserta berkata, "Saya mahu gunakan salah satu modul itu di rumah dalam perbincangan keluarga." Terima kasih kepada Puan Ainon Mohd. yang membimbing kami proses mengenalpasti dua jenis gol dan skil dua hari sebelum berlepas ke Sabah. Sekarang kami nampak mengapa modul mesti bersifat custom made. Mereka mempunyai skrip komitmen.
  • Foto ini saya dedikasikan kepada inspirasi Clown Doctor oleh Dr Bubble atau Tuan Iskandar Syah. Saya berkata, "Saya membawa beliau bersama hari ini," lalu saya keluarkan dari poket dan menunjukkan kepada mereka.
  • Dalam bengkel ini saya menceritakan bagaimana aspek fun sebagaimana dalam fun theory berfungsi dahulu apabila badut digunakan bagi mengkritik raja tanpa 'hilang' kepalanya. Badut menjadi medium perasaan rakyat kepada raja.
  • Ke arah kesedaran pentingnya Clown Doctor telah tim ini sampaikan kepada warga JPA, usaha kreatif Tuan Iskandar Syah.
  • Kemudahan. Pengulangan menjadikan laluan khusus diwujudkan bagi kakitangan Shell dan Petronas yang menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan utama.
  • Idea. Kaedah yang betul memungkinkan ais dapat bertahan 18 jam tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Kontra. Fungsi jabatan dan pokok mangga yang ditanam saling memberi mesej yang saling bercanggah.
  • Idea menggabungkan malang dengan peluang. Pada peringkat awal memang susah hendak kaitkan barangan ini dengan sebuah muzium. Tetapi bahan-bahan yang dipamerkan di muzium putus cinta atau Museum of Broken Relationships di Zagreb, Croatia mempunyai satu persamaan - ia menceritakan mengenai kisah cinta tidak kesampaian. Ceritanya klik di sini.
  • Hari ini peserta JPA akan berpeluang melihat empat ciptaan besar yang mengubah dunia dari aspek alat, muzik dan cerita. Semuanya datang daripada mimpi. Semalam mereka diberi modul 'tambahan' jam 12 malam. Iaitu menulis mimpi mereka pada pagi ini sebelum ke dewan.
  • Elektrik di dewan terputus tiba-tiba dua kali. Teknologi kertas dan pen marker mengekalkan peserta.
  • Latihan enam topi pemikiran untuk mengenalpasti apa sebenarnya yang berlaku dalam perkhidmatan pengangkutan udara yang dipilih mereka dua hari lalu. Menggunakan kes dalam negeri yang menghidupkan mentol pemikiran lokal. Foto peserta sendiri diambil secara kandid ketika ada situasi timbul di LCCT.
  • Teknik KJ Method fasa kedua yang lebih kompleks dikuasai mereka dengan baik.
  • Pengalaman dan respons 34 kakitangan JPA membuktikan subjek kreativiti adalah bagi menyelesaikan masalah asas yang begitu bermakna kepada mereka. Berbanding membawa konsep baru yang terlalu banyak dan sukar dihadam (dan dibuat) oleh mereka. Sedikit tetapi dapat dibuat.
  • Mereka bertanya, "Bagaimana mungkin kreativiti dicetuskan tanpa modal yang besar." Baca@LRT itu modalnya RM4.60 sahaja, tiket pergi balik.
  • Sebagaimana kami menggerakkan kursus ini secara berjemaah dan bekerjasama sebagai saudara Muslim. Mudah-mudahan apabila dijemput kelak, begitulah halnya diriku ini diuruskan dalam keadaan terbaik oleh saudara-saudaraku. Juga di'sambut' baik di bawah sana nanti.
  • Selesai aktiviti Penting, Segera dan Mahu.
  • Memberi nama bintang di tepi bulan, bernama Marjan.
Kepada organisasi yang berminat mengadakan program dua hari dan seterusnya, dapatlah menghubungi Ultra Mind Resources di info@sk.my

-----

Zamri Mohamad telah menulis menggunakan kuasa kreativiti bagi menghasilkan 15 buah buku dan hampir 100 rencana akhbar dan majalah. Buku beliau yang diulang cetak mudah didapati di MPH dan POPULAR serta rangkaian kedai buku seluruh negara. Jemputan program kreativti bersama tim melalui info@sk.my