Langkau ke kandungan utama

Pembaca PTS memilih buku mempunyai logo Baca@LRT

Sejak logo Baca@LRT dipamerkan pada kulit belakang buku. Alhamdulillah, lebih ramai yang membaca.



Dengan izin Allah, baru saya sedar, selama mana semua buku yang menggunakan logo Baca@LRT di kulit belakang buku tulisan saya, kesemua buku itu ada yang diulang cetak dan 'lebih segera' keluar dari kedai buku berbanding buku-buku saya sebelum ini. Ini adalah satu eksperimen yang saya usahakan bagi melihat kekuatan 'gerakan' Baca@LRT dalam tempoh kurang setahun. Alhamdulillah, membuahkan hasil.


Sebelum ini saya memujuk rakan-rakan penulis menggunakan logo ini di belakang buku mereka. Insya Allah saya menunggu respons positif mereka. Saya 200% yakin para penulis akan menyahut gerakan rakyat ini.

Sebagai usaha menggalakkan pembaca membaca di khalayak sementara menunggu pengangkutan awam atau ketika dalam perjalanan panjang. Saya masih melihat-lihat jika ada penulis yang sudi menyahut gerakan rakyat ini. Gerakan ini memerlukan lebih ramai penulis dan pembaca untuk me'massa'kan kepada khalayak. Agar mereka membawa buku bersama ketika sendiri atau berteman.

Pembaca dan penulis adalah dua teras kepada kejayaan sejarah besar membudayakan amalan ini. Menjadikan membaca sebagai sesuatu yang 'cool'.

Baca@LRT dilihat sebagai kata kerja. Apa yang perlu dibuat dan di mana. Ia lebih visual, jelas dan nampak 'filem'nya.

Nota: Baca@LRT Massa pada 5 Disember. Bertemu kita di Terminal LRT Gombak jam 10.00 pagi.

Penulis dari mana-mana penerbitan dan rakan-rakan penerbit yang berminat mendapatkan salinan imej Baca@LRT untuk kulit belakang buku mereka, emelkan kepada saya di zamrimohamad@gmail.com

-----

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan di Facebook yang sudi memiliki dan membaca, mengkhabarkan di Facebook dan blog, menjadikan buku hadiah kepada rakan lain yang minat berbisnes. Buku Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop berlogo Baca@LRT di kulit belakangnya terbitan PTS diterima ramai selama tiga minggu berturut-turut.


Ulasan pembaca Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop. Petikan web rasmi PTS. Klik bagi paparan lebih jelas


Terima kasih sekali lagi atas sokongan Tuan dan Cik Puan. Klik di sini bagi mengetahui rahsia dan strategi berblog shop melalui Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop.


Senarai terlaris 1 September - 15 September 2010

Senarai terlaris 16 September - 30 September 2010

Senarai terlaris 1 Oktober - 15 Oktober 2010

Senarai terlaris 16 Oktober - 31 Oktober 2010

Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop adalah pelengkap buku-buku berikut yang saya tulis sebelum ini. Set buku ini masih mudah didapati di kedai-kedai buku seluruh negara, MPH dan POPULAR.
  • Internet Marketing untuk Bisnes Kecil yang membantu membina mini site jualan peniaga
  • Urus Bisnes dengan Google yang membantu mencari dan mengurus pelanggan
  • Buat Duit dengan You Tube membantu memasarkan bisnes dengan seni video online
Buku Mudahnya Bisnes ada perjuangan tersendiri

Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu 'mulakan dengan apa yang di tangan!' Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop mendedahkan langkah hebat.

Diterima ramai sebagai buku bisnes kecil yang benar-benar mengikuti formula 'Mulakan dengan apa di tangan'. Insya Allah, antaranya, berjaya mengubah dan membantu para pembaca yang terdiri daripada professional yang mahu menjadi ibu sepenuh masa untuk anak-anak tetapi mahu pendapatan.



----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...