Langkau ke kandungan utama

Buku PTS dijadikan modul latihan staf KWSP


Dengan izin Allah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjemput saya dan tim melalui Akademi Penulis untuk melatih kakitangan sokongan, seni membina komunikasi interpersonal berpengaruh di Institut KWSP. Ia melibatkan 40 peserta dari pelbagai jabatan di bahagian pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Teknik Bahasa Pasar dan Bahasa Pasaraya. Latihan Emel seni menghantar pesanan berpengaruh dan penuh impak di Bengkel untuk kakitangan KWSP

Latihan menulis emel. Seni menghantar pesanan berpengaruh dan penuh impak di bengkel untuk kakitangan KWSP
Latihan menghantar sms. Seni menghantar pesanan berpengaruh dan penuh impak di bengkel untuk kakitangan KWSP



Bengkel ini berdasarkan tiga buah buku yang diterbitkan oleh PTS Millenia yang menarik perhatian pembaca dan perpustakaan kementerian. Judul-judul buku terlibat iaitu;

Apa yang terkandung dalam ketiga-tiga buku ini yang menjadi pencetus dan bahan bengkel untuk kakitangan KWSP?



Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart adalah percubaan kecil untuk menjadi berbeza daripada buku-buku biasa.

Saya terdorong menulis buku- buku ini selepas dua soalan timbul dalam diri.

  • Mengapa banyak buku membawa tokoh-tokoh besar bagi membincangkan kuasa pengaruh sedangkan ada pekerja-pekerja kecil yang mempunyai kuasa pengaruh dalam diam.
  • Mengapa masih kurang tafsiran tokoh Islam dibawakan dalam membincangkan subjek pengaruh dan moden.

  • Salah satu buku yang berada di perpustakaan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Putrajaya
Buku ini ditulis membawa cerita pekerja kecil dengan kuasa pengaruh besar dan tidak ditolak pendekatan tokoh dan kajian.

Ditambah lagi pendedahan sembilan peraturan pengaruh melibatkan tingkah pekerja mempengaruhi bos selain daripada lima maklumat perlu diketahui sebelum mempengaruhi bos.

Kerana itu bab awal buku ini membawa cerita Puan Rosminah Ahmad yang bermula sebagai tukang sapu, pengelap lantai dan pencuci tingkap kini mengurus lima rangkaian francais antarabangsa.

Dari biasa menjadi luar biasa. Formula ini dibongkar.

Tidak dilupakan faktor kehambaan menjadi pemimpin dan dipimpin dihuraikan dalam buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart.


  • Kementerian Pertahanan melalui Perpustakaan ATM (MAF Library), Kementah dan Pusat Kepimpinan TLDM kini mempunyai buku siri Streetsmart berjudul Mengurus Konflik Gaya Streetsmart.
Buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart adalah kesinambungan buku pertama. Mereka yang mengurus konflik secara tidak langsung membina pengaruh.

Kerana itu buku ini ditulis. Bercerita mengenai pengaruh tidak terhad pada sebuah buku, kaitan kepada isu pengaruh dipanjangkan dalam buku ini.

Masih banyak cerita perlu dibongkarkan. Terdapat tiga cara konflik dapat dilihat oleh orang ramai.

  • Konflik sebagai perang
  • Konflik sebagai peluang
  • Konflik sebagai sebuah perjalanan

Kajian kami mendapati rata-rata percaya konflik di pejabat dan di luar pejabat hanya melibarkan satu jenis konflik

Hakikatnya terdapat 8 jenis konflik yang saling berkait satu sama lain. Antara temuramah yang berjaya kami perolehi melibatkan beberapa individu termasuk Tuan Mazidul Akmal Sidik (360, TV3)

Hamilton Mabie berkata, “Jangan bimbang kepada penentangan (konflik). Ingatlah, layang-layang hanya terbang tinggi apabila menentang arus angin.”

Bagi mereka yang baru pertama kali mendengar dan melihat buku ini. Ia adalah satu buku inspirasi perubahan dan kelompok diri menjadi hamba Tuhan yang berkualiti dalam mengurus konflik dan membina pengaruh positif.

Seperti kata Cik Puan Mardiana, buku yang sesuai dijadikan hadiah sebagai simbol kita mahukan diri penerima mendapat impak yang baik untuk hidup mereka.




Buku ini mendapat ulasan dalam majalah Jutawan, Harian Metro dan Malaysia Hari Ini TV3

Buku ini adalah trilogi kepada dua buah buku siri streetsmart terdahulu. Ia bermula dengan Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart. Ketika menulis buku ini, kami mendapati kuasa pengaruh adalah kuasa dalam diam.

Tanpa sedar kita memiliki kuasa pengaruh pada peringkat yang berbeza. Ia digunakan dalam interaksi sosial dan mengembangkan potensi diri individu. Ia menjadi elemen dalam diri pemimpin sebagaimana disebutkan oleh John Maxwell.

Buku ini ditulis dengan satu tujuan sebagaimana disebut oleh Azree Hanifiah, salah seorang petugas World Assembly of Muslim Youth, iaitu kami mahu mendedahkan rahsia, "Kuasa pengaruh yang menyentuh emosi, membangkitkan semangat spiritual dan memberi kesedaran.

Insya Allah, kursus kedua akan berlangsung November 2010 ini

----


Zamri Mohamad telah menulis 15 buah buku dan diterbitkan oleh PTS. Buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart , Mengurus Konflik Gaya Streetsmart dan 30 Strategi Membina Pengaruh terbitan PTS Millenia (Klik bagi maklumat lanjut) mudah didapati di kedai-kedai buku seluruh negara, MOH dan POPULAR. Bagi jemputan kursus kecemerlangan staf, kreativiti dan tanda aras, dapatlah menghubungi info@sk.my

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...