Langkau ke kandungan utama

80% berkemungkinan ini kursus penulisan terakhir


Sekitar 19 minit lalu saya baru sahaja berkata, "Alumni kursuspenulisan.com tahu betapa garangnya saya di kelas. Sudahlah kelas mahal harga beratus, tiada makanan, dikejar, dimarah. Selepas itu dikejar lagi.

Kerana kita tidak melatih orang yang mahu berhibur dalam kelas.

Para peserta ke bengkel diberitahu komitmen ini sebelum kelas bermula. Ia bukan hobi isi masa lapang. Itu pun orang masih mendaftar juga."

Selepas 19 minit lalu seorang alumni kursuspenulisan.com bernama Puan Azlin Ahmad menyiarkan berita di Facebook yang menyebabkan saya bersemangat mahu mencari lebih ramai peserta seperti ini.


Beliau adalah peserta bulan Oktober alumni kursuspenulisan.com. Berikut merupakan screenshot Facebook kejayaan beliau.

Nota: Alumni kursuspenulisan.com saling berinteraksi dalam forum rahsia sesama mereka selepas bengkel. Kejayaan besar Puan Azlin adalah menghasilkan karyanya dalam bahasa Melayu buat pertama kali. Artikelnya juga menarik, mengenai Mitoni.

Nota: 80% keputusan menunjukkan ini adalah bengkel terakhir kursuspenulisan.com yang terakhir selepas melalui siri perbincangan sesi penjenamaan semula. Klik di sini bagi maklumat lanjut.



----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...