Langkau ke kandungan utama

Siapakah tokoh penting yang mengubah dunia buku negara?

Dengan izin Allah, Baca@LRT, 5 Disember 2010 akan menjadikan penumpang LRT keesokan harinya akan membeli apa sahaja bahan bacaan atau membawa sahaja dari rumah pada keesokan hari. Mereka bimbang terperangkap dalam gelombang orang ramai membaca. Kebimbangan kemudian menjadi kebiasaan. Lama kelamaan bahan bacaan 'lekat' di tangan. Inilah yang berlaku pada 16 Januari lalu dan bulan-bulan berikutnya. Kerana kita percaya dan lakukan ia berjaya mengubah seorang demi seorang.

Pembaca dewasa sentiasa menjadikan pembaca cilik tidak takut membawa buku ke mana sahaja. Kerana mereka pernah melihat ramainya orang dewasa membawa buku di luar. Iaitu mereka yang terlibat dalam gerakan rakyat Baca@LRT.


Zamri Mohamad November 3 at 5:21pm

Assalamualaikum wbt

Tuan dan Cik Puan, peneraju dan tokoh penting yang mengubah sejarah buku negara.

Sempena Baca@LRT 'Massa' , aktiviti membaca di dalam LRT secara spontan yang akan membuat orang lain keliru dan berfikir apa akan terjadi.

Baca@LRT, adalah mesej jelas bahawa membaca itu sesuatu yang 'cool' dan mesti menjadi azam baru pada tahun 2011.

Baca@LRT, 5 Disember 2010 akan menjadikan penumpang LRT keesokan harinya akan membeli apa sahaja bahan bacaan atau membawa sahaja dari rumah pada keesokan hari. Mereka bimbang terperangkap dalam gelombang orang ramai membaca. Kebimbangan kemudian menjadi kebiasaan. Lama kelamaan bahan bacaan 'lekat' di tangan. Inilah yang berlaku pada 16 Januari lalu dan bulan-bulan berikutnya. Kerana kita percaya dan lakukan ia berjaya mengubah seorang demi seorang.

Ia spontan seperti dahulu, ia di luar perancangan, ia kembali sebagai penutup tahun baru.

Penutup tahun ini yang mahukan pengakhiran yang lebih baik dan permulaan yang hebat. Iaitu, "Membaca itu tidak aneh dan 'cool'!"


Apakah maksud massa mengikut Kamus Dewan?

Massa bermaksud kumpulan orang ramai yang bersatu kerana dasar atau pegangan tertentu.

Siapakah yang terlibat dalam Baca@LRT 'Massa' pada 5 Disember?

Mereka yang percaya bahawa esok adalah penting buat diri, keluarga dan anak-anak. Hari esok akan menjadi lebih baik. Hari di mana membaca adalah keperluan. Ia bukan sesuatu yang ganjil.

Kali ini kami akan memberikan input-input terkini apa akan berlaku pada 5 Disember 2010 sempena Baca@LRT, 'Massa'.

Catatkan pada jadual Disember dalam kalendar Tuan dan Cik Puan.

  • Ahad, 5 Disember 2010
  • Baca@LRT, Massa
  • Jam 10.00 pagi
  • Terminal Putra Gombak LRT dan terminal sepanjang perjalanan
  • Lokasi akhir Terminal Taman Jaya, Amcorp Mall, Book Xcess (yang kini lebih besar)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...