Langkau ke kandungan utama

Diari Kreativiti dan inovasi organisasi secara bebas

Tim Kreativiti di Sabah dan catatan diari secara bebas. Dalam kaedah kreativiti, kita mencatat apa sahaja terlebih dahulu dan kemudian melihat semula sisi berbeza selepas itu.

Diari bermula.

  • Jam 5.45 pagi kumpulan burung besar dan burung-burung kecil berbeza spesis terbang berkumpulan mengelilingi kampus. Hinggap sebentar di pokok dan terbang semula berpusing beberapa kali.
  • Hari ini, teknik kamus dalam menjana idea baru. Teknik kamus pernah digunakan dalam mengubah konsep bicara buku, Secret Story; Seronok dan Santai.
  • Minum petang bersama tuan Irwan Dahnill, penulis PTS.Kata Tuan Irwan Dahnill, "Kalau datang walaupun sesaat, datanglah jumpa saya." Tuan Irwan sudah tidak mahu buka Facebook lagi.
  • Informasi. Keuntungan 22 cawangan kedai 24 jam di Sabah mengatasi 90 cawangan kedai yang sama di semenanjung.

  • Menemui lepat nasi di pasar Filipina. Bungkusan ala lepat pisang, isi nasi impit. Dipanggil Burasak atau Buras.
  • Mamak restoran bercakap seperti orang Sabah. Hilang bunyi asalnya.
  • Selesai di Pasar Penjaja Bumiputera Pantai Barat. Kreativiti char kue comot.
  • Mendengar TV. Sudahlah televisyen di sini settingnya hanya 'satu'. Perkataan Tuhan dalam perjuangan pun tidak disebut meskipun berbaris orang yang muncul memberi pandangan. Janganlah hilang insuran sosial di akhirat nanti. Stres.
  • Kreativiti menjadikan manusia semakin lama semakin muda dan semakin lama semakin tua, serentak!
  • Kreativiti. Kos, undang-undang, elegan, mudah dan keselamatan antara ciri-ciri yang perlu diambil kira aplikasi mengaplikasi 'design thinking'. Bagaimana mahu menyelesaikan masalah di Mid Valley apabila kita beratur selama 15 minit dan dipertengahan barisan kita mendengar pengumuman, "Filem .... jam 2.00 petang sudah habis dijual." Ceritanya klik di sini
  • Semuanya bermula dari soalan, "Apa" dan "Kenapa?" membawa kepada satu persatu pintu baru dalam dunia yang mahu diteroka.
  • Model bisnes. Pengeluaran barang elektrik SHARP mengadakan roadshow menjual barang elektrik.
  • Model bisnes. UMS menyewa kedai sekitar bagi menjalankan bisnes. Salah satunya training. Disewa bersebelahan kedai makan.
  • Model bisnes. Di sini disediakan servis 'call & fax a movie' . Adakah khidmat fakskan tiket wayang? Mungkin.
  • Seorang peserta berkata, "Saya mahu gunakan salah satu modul itu di rumah dalam perbincangan keluarga." Terima kasih kepada Puan Ainon Mohd. yang membimbing kami proses mengenalpasti dua jenis gol dan skil dua hari sebelum berlepas ke Sabah. Sekarang kami nampak mengapa modul mesti bersifat custom made. Mereka mempunyai skrip komitmen.
  • Foto ini saya dedikasikan kepada inspirasi Clown Doctor oleh Dr Bubble atau Tuan Iskandar Syah. Saya berkata, "Saya membawa beliau bersama hari ini," lalu saya keluarkan dari poket dan menunjukkan kepada mereka.
  • Dalam bengkel ini saya menceritakan bagaimana aspek fun sebagaimana dalam fun theory berfungsi dahulu apabila badut digunakan bagi mengkritik raja tanpa 'hilang' kepalanya. Badut menjadi medium perasaan rakyat kepada raja.
  • Ke arah kesedaran pentingnya Clown Doctor telah tim ini sampaikan kepada warga JPA, usaha kreatif Tuan Iskandar Syah.
  • Kemudahan. Pengulangan menjadikan laluan khusus diwujudkan bagi kakitangan Shell dan Petronas yang menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan utama.
  • Idea. Kaedah yang betul memungkinkan ais dapat bertahan 18 jam tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Kontra. Fungsi jabatan dan pokok mangga yang ditanam saling memberi mesej yang saling bercanggah.
  • Idea menggabungkan malang dengan peluang. Pada peringkat awal memang susah hendak kaitkan barangan ini dengan sebuah muzium. Tetapi bahan-bahan yang dipamerkan di muzium putus cinta atau Museum of Broken Relationships di Zagreb, Croatia mempunyai satu persamaan - ia menceritakan mengenai kisah cinta tidak kesampaian. Ceritanya klik di sini.
  • Hari ini peserta JPA akan berpeluang melihat empat ciptaan besar yang mengubah dunia dari aspek alat, muzik dan cerita. Semuanya datang daripada mimpi. Semalam mereka diberi modul 'tambahan' jam 12 malam. Iaitu menulis mimpi mereka pada pagi ini sebelum ke dewan.
  • Elektrik di dewan terputus tiba-tiba dua kali. Teknologi kertas dan pen marker mengekalkan peserta.
  • Latihan enam topi pemikiran untuk mengenalpasti apa sebenarnya yang berlaku dalam perkhidmatan pengangkutan udara yang dipilih mereka dua hari lalu. Menggunakan kes dalam negeri yang menghidupkan mentol pemikiran lokal. Foto peserta sendiri diambil secara kandid ketika ada situasi timbul di LCCT.
  • Teknik KJ Method fasa kedua yang lebih kompleks dikuasai mereka dengan baik.
  • Pengalaman dan respons 34 kakitangan JPA membuktikan subjek kreativiti adalah bagi menyelesaikan masalah asas yang begitu bermakna kepada mereka. Berbanding membawa konsep baru yang terlalu banyak dan sukar dihadam (dan dibuat) oleh mereka. Sedikit tetapi dapat dibuat.
  • Mereka bertanya, "Bagaimana mungkin kreativiti dicetuskan tanpa modal yang besar." Baca@LRT itu modalnya RM4.60 sahaja, tiket pergi balik.
  • Sebagaimana kami menggerakkan kursus ini secara berjemaah dan bekerjasama sebagai saudara Muslim. Mudah-mudahan apabila dijemput kelak, begitulah halnya diriku ini diuruskan dalam keadaan terbaik oleh saudara-saudaraku. Juga di'sambut' baik di bawah sana nanti.
  • Selesai aktiviti Penting, Segera dan Mahu.
  • Memberi nama bintang di tepi bulan, bernama Marjan.
Kepada organisasi yang berminat mengadakan program dua hari dan seterusnya, dapatlah menghubungi Ultra Mind Resources di info@sk.my

-----

Zamri Mohamad telah menulis menggunakan kuasa kreativiti bagi menghasilkan 15 buah buku dan hampir 100 rencana akhbar dan majalah. Buku beliau yang diulang cetak mudah didapati di MPH dan POPULAR serta rangkaian kedai buku seluruh negara. Jemputan program kreativti bersama tim melalui info@sk.my

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...