Penulisan berkualiti tinggi ejen pembinaan bangsa Siaran Berita Harian, Jumaat 30 Mei 2008 BUKU berkualiti adalah satu bentuk persiapan minda kepada pembaca apabila input ilmu dalam bahasa yang teratur mempermudahkan proses pembinaan karakter melalui proses membaca. Didapati, potensi individu berkembang apabila penguasaan ilmu dapat dilakukan lebih cepat kerana buku yang ditulis dan dibaca di rumah menjadi prapersediaan kepada bahan bacaan lebih kompleks. Daya penerimaan lebih cepat meningkat kerana struktur bahasa yang dibentuk akan melalui proses pengukuhan kesan daripada pengulangan corak yang sama. Satu kajian yang diketengahkan pakar sosiologi dan linguistik British, Basil Bernstein, mendapati kanak-kanak kelas menengah atas lebih mudah belajar di sekolah berbanding kanak-kanak kelas menengah rendah. Kajian Basil menunjukkan kanak-kanak menengah atas yang didedahkan dengan bahan bacaan dan budaya bertutur dengan bahasa tinggi berbanding kanak-kanak menengah rendah yang terdedah ke...
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.