Langkau ke kandungan utama

Buku motivasi terlaris dibuang ke dalam tong sampah

Saya berkesempatan membaca majalah Success yang sudah berusia melebihi 100 tahun di pasaran Amerika. Dalam salah satu artikel yang ditulis, saya tertarik dengan sebuah artikel yang menceritakan perkembangan dunia motivasi, bantu diri dan buku pengurusan hidup secara positif di Amerika.

Salah satu cerita yang disampaikan ialah mengenai kisah buku terlaris antarabangsa, The Power of Positive Thnking.

Buku ini ditulis pada tahun 1952 oleh individu bernama Norman Vincent Peale.

Tahukah saudara berapakah jumlah naskhah buku motivasi ini dijual sejak ia diterbitkan sehingga ke hari ini?

Ia sudah terjual melebihi 20 juta naskah dan diterjemah dalam 41 bahasa.

Tahukah saudara bagaimana buku ini dihasilkan?

Sebenarnya penulis ini tidak berpuas hati dengan draf akhir buku yang ditulisnya sendiri. Apa yang dilakukan oleh beliau ialah membuang draf akhir buku yang ditulisnya ke dalam tong sampah.

Ya, buku yang terjual jutaan naskhah seluruh dunia hari ini mendapat layanan sebegitu daripada penulisnya sendiri.

Bukan itu sahaja, Norman Vincent Peale memberi arahan kepada isterinya agar tidak mengeluarkan manuskrip berkenaan daripada tong sampah.

Isterinya mendengar arahan itu dan tidak mengutip manuskrip itu keluar dari tong sampah.

Apa yang dilakukan isterinya?

Isterinya membawa tong sampah di rumah yang berisi manuskrip yang dibuang oleh suaminya ke sebuah syarikat penerbitan.

Selebihnya, The Power of Positive Thinking menjadi sejarah.


Ingin terbit buku impian anda? Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...