Langkau ke kandungan utama

Apa kata Tun Dr Mahathir di Pesta Buku Popular 2008

Dr Mahathir Mohamad: The Racist Card











Ini adalah tahun kedua saya terlibat dalam pesta buku anjuran Popular. Dikenali dengan nama Popular Bookfest, tahun ini saya terlibat sebagai pengunjung dan melihat beberapa perubahan pada pesta buku kali ini.

Pertama, jumlah judul dalam bahasa Melayu bertambah dan ruang pameran yang diberikan juga ditambah. Buku Rahsia Bisnes Mamak membuat penampilan sulungnya di Popular Bookfest pada tahun ini.

Rangkaian kedai buku milik perniagaan berbangsa Cina mempunyai sikap optimis terhadap buku-buku dalam bahasa Melayu kesan daripada permintaan dan jumlah jualan yang bertambah tahun ke tahun. Sayang sekali, perkara ini tidak didedahkan secara positif dalam ulasan hos-hos di kaca televisyen.

Kedua, promosi buku-buku Melayu dan para penulis mengalami perubahan drastik. Kain rentang atau banner gergasi yang digantung pada dinding dan siling bangunan mempamerkan buku-buku dalam bahasa Melayu.

Ketiga, terdapat dua pentas berbanding satu pada tahun lalu. Pentas kedua merupakan pentas aktiviti dan pentas utama adalah bagi acara-acara besar.

Keempat, secara kasar jumlah pengunjung berbangsa Melayu bertambah dan banyak berkumpul di seksyen buku Bahasa Melayu. Ini menunjukkan sikap postitif terhadap penganjuran pesta buku dan dunia membaca.

Saya berkesempatan mengunjungi pelancaran buku Tun Dr Mahathir. Buku yang ditulis bersama Tan Sri Abdullah Ahmad adalah antara buku yang disenaraikan sebagai terlaris. Pada pelancaran itu, Tun menandatangani 90 buah buku berbanding 70 buah yang dirancang oleh pihak penganjur.

Semestinya kehadiran media pada hari itu memberi fokus kepada isu kemasukkan Ezam ke dalam parti UMNO. Pada ucapan yang disampaikan oleh Tun, beliau mengambil peluang menafikan pengedaran surat menyurat kepada Israel dan dianggap sebagai jenaka pihak tertentu.




Tun telah menulis sejumlah 200 pucuk surat kepada personaliti-personaliti dunia sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri. Sejumlah surat tidak disiarkan dalam buku beliau termasuklah surat kepada Ehud Barak kerana diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia kerajaan.

"Saya mahu ia diterbitkan, tunggulah," kata Tun.

Ingin terbit buku impian sendiri? Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...