Langkau ke kandungan utama

Terima kasih atas sokongan kepada buku Magnet Cinta

Memahami Bahasa Cinta Lelaki akan diulang cetak untuk anda



Hari ini saya menerima senyuman daripada seorang pembaca bernama cik Sue Samad di rangkaian Friendster. Bersama-sama senyuman, pembaca yang berwajah manis dari Cheras ini bertanyakan soalan.

"Assalamualaikum, Saya sudah membaca Magnet Cinta memang menarik buku motivasi itu. Tetapi masalahnya saya cuba mencari buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki. Tidak ada pula di MPH.

Selain daripada MPH, di kedai buku mana lagi ya?
Tahniah kepada Encik Zamri. "

Respon saya

Waalaikum salam wbt

Cik Sue yang dihormati dan dirahmati Allah, terima kasih kerana kepercayaan dan sokongan membaca buku Magnet Cinta. Sokongan cik tidak akan saya lupa. Insya Allah.

Berkenaan buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki, sememangnya sudah tidak ada di kedai buku dan sedang diulang cetak.

Mungkin cik Sue dapat mencarinya di Kedai buku Popular

Meskipun begitu ia boleh didapati secara online di sini

Segala kritikan dan cadangan cik Sue dinanti-nantikan.

Mungkin cik Sue dapat memberitahu apakah kriteria buku Magnet Cinta yang menjadikan cik Sue membacanya.

Terima kasih, saya doakan cik Sue sentiasa ceria, lapang dan berbahagia dalam apa jua dilakukan di dunia dan juga di akhirat.

ZAMRI MOHAMAD

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...