Langkau ke kandungan utama

TAMRIN bakal tapis, PhD palsu, Phd sahih, motivator tulen dan motivator yang diragui

Petikan Universiti PTS

Salah satu fungsi TAMRIN adalah menjaga kepentingan orang ramai daripada menjadi mangsa penyamaran:

1. Mereka yang menyamar sebagai ‘pakar motivasi’.
2. Mereka yang menyamar sebagai pemegang ‘PhD’ dan meletakkan gelar ‘Dr.’ di depan nama mereka.
3. Mereka yang menyamar sebagai ‘profesor’.
4. Mereka yang menyamar sebagai ‘Prof. Dr.’.

Demi menjaga kepentingan orang ramai supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan penyamar-penyamar itu, dan disebabkan fenomena ‘pakar Ayam’, ‘PhD Ayam’ dan ‘profesor Ayam’ sekarang ini semakin menjadi-jadi, PTS sudah mengambil langkah ketat menyemak latar belakang akademik penulis-penulisnya, terutama penulis yang baru hendak menerbitkan karya mereka dengan PTS.

Kita tidak mahu berlaku apa yang disebut ‘logik langsat sebakul’ berlaku ke atas penulis-penulis PTS. Logik langsat-sebakul ini disebut dengan istilah formalnya ‘falasi generalisasi’.

Logik langsat-sebakul menerangkan tingkah laku di mana apabila seseorang itu memakan langsat yang pertama, jika langsat itu masam, maka dia yakin semua langsat dalam bakul itu masam belaka. Ini yang PTS tidak mahu terjadi ke atas PTS kerana kita mementingkan nama baik.

Dalam dunia bisnes, mencipta nama yang baik mengambil masa lama, tetapi merosakkan nama baik hanya mengambil masa sekelip mata.

Komentar saya

Puan saya hormati,

Saya mencadangkan agar satu panduan diberikan dan diuar-uarkan sebagai senarai semak kepada penulis dan pembaca.

Moga-moga ia menambah keyakinan pembaca terhadap buku-buku terbitan PTS kerana mereka dapat melihat sama ada para penulis yang mempunyai gelaran berkenaan memenuhi standard tersebut.

Mungkin standard tersebut diadaptasi daripada kaedah Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan standard Unit Pengiktirafan Kelayakan, Bahagian Pembangunan Modal Insan di bawah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Kerana ada yang menggunakan logik, standard yang diperkenalkan kerajaan adalah bagi mereka yang mahu bekerja di bawah kerajaan. Ia adalah pengajian peringkat tinggi cara tradisional.

Maka pilihan universiti di luar standard dan pengiktirafan MQA dan Unit Pengiktirafan Kelayakan adalah tidak wajib dan tidak semestinya perlu dipatuhi.

Dengan alasan ini, ramai yang akan mengiyakan, kerana ini adalah isu pilihan tempat belajar. Maka ia tidak salah.

Petikan UMNO Online
Ijazah Palsu Serius Ditangani

Oleh Ropikah Ahmad

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi memandang serius terhadap kes penggunaan ijazah palsu seperti BA, MBA, Ph.D, dan Ph.D Kehormat di belakang nama perseorangan.

Laporan dari Observatory On Boarder Less High Education yang diterbitkan oleh Assiociation of Commonwealth Universities pada tahun 2005 menunjukkan bahawa terdapat pemegang ijazah palsu dari Amerika Syarikat di Malaysia.

Berdasarkan laporan ini beberapa jenis penipuan yang sama juga turut dilaporkan di negara lain seperti Australia, China, Amerika Syarikat, United Kingdom, Thailand dan beberapa negara lain.

Satu kes yang sama berlaku di Thailand mengakibatkan seorang calon Senat dibatalkan apabila didapati ijazahnya diperoleh secara palsu dan tidak sahih.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Adham Baba menyatakan bahawa gejala pemalsuan ijazah di belakang nama semakin berleluasa dan mengelirukan orang ramai.

“Penggunaan gelaran palsu oleh individu yang diragui kesahihannya adalah satu penipuan akademik yang berlaku di seluruh dunia dan gejala ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.”

Dalam hal ini, Dr. Adham menjelaskan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil beberapa langkah untuk membendung gejala tidak sihat ini daripada terus merebak.

Antara tindakan yang telah diambil ialah meneliti panduan dan cara yang digunakan oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan Kesatuan Eropah seperti yang terkandung dalam Guide Line On Quality Provision In Cross Border High Education.

“Kementerian juga telah mengarahkan semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk membekalkan maklumat tentang program pengajian dan status pengiktirafan, kelayakan anugerah, senarai kakitangan dan pangkat akademik di samping prosedur penganugerahan kelayakan dan gelaran akademik kehormat.”

Dr. Adham juga menjelaskan bahawa kesahihan setiap anugerah boleh dipantau melalui pengukuhan kerjasama, persefahaman dan pertukaran maklumat di antara agensi jaminan kualiti, akreditasi dan pengiktirafan bagi memelihara standard kualiti pendidikan.

Setakat ini, Malaysia mempunyai jaringan yang kuat dengan 180 buah negara dikenali sebagai Academic Recognation Information Centre (NARIC) yang berpangkalan di United Kingdom bagi membantu menjamin kesahihan penganugerahan ke atas seseorang individu.

Dalam masa yang sama, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf kursus daripada 55 buah negara melibatkan 25,236 kursus di seluruh dunia di samping pusat rujukan kelayakan yang memberi maklumat tentang kelayakan yang diiktiraf di Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

LAN sentiasa memainkan peranan dalam memantau kelayakan yang diberikan malah hubungan dengan Badan Jaminan Kualiti juga turut dipereratkan bagi mendapat pengiktirafan negara lain dan bertukar maklumat dari semasa ke semasa.

Di samping itu juga, Kementerian Pengajian Tinggi juga telah memainkan peranan aktif berkaitan jaringan agensi kualiti seperti Network of Quality Assurance Agency In Higher Education, Eropean Network In Quality Agency dan Asia Pasific Quality Network.

Kesahihan penganugerahan ijazah yang diberikan di dalam negara ini boleh disemak melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dialamat www.eghrmis .gov.my. atau dirujuk kepada IPT awam dan swasta, JPA dan LAN.

Ingin terbit buku impian anda? Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...