Langkau ke kandungan utama

Mamak dan mamak saling dukung-mendukung dalam dunia bisnes


Teruskan membaca entri di bawah

----------

Petikan Universiti PTS

http://universitipts.com/index.php/site/comments/mamak_rekomen_mamak/

Memang amat susah bagi kedai-kedai buku hendak mendapatkan standing-order daripada penerbit.

Hendak membuka akaun bisnes pun susah, inikan pula hendak mendapat standing-order.

Kedai-kedai buku yang mempunyai standing-order dengan penerbit akan menerima semua buku baru-terbit tanpa perlu menghantar pesanan. Jadi, bukan mudah mahu mendapat layanan yang begitu istimewa daripada mana-mana penerbit.

Di PTS, kedai-kedai buku terpaksa menunggu antara 1 tahun hingga 2 tahun sebelum diberi tawaran standing-order.

Hanya apabila semua kriteria dipenuhi barulah PTS berani menawarkan standing-order kepada mana-mana kedai buku. Paling cepat pun 6 bulan, dan itu adalah kes kekecualian.

Kedai buku PUSTAKA RAWANG adalah kekecualian yang luar biasa. PTS terus menawarkan kepada kedai buku Mamak itu standing-order, walaupun ia tidak pernah mempunyai sebarang bisnes dengan PTS.

Nama PUSTAKA RAWANG diperkenalkan kepada PTS oleh syarikat Mamak juga iaitu penerbit AL-RISALAH, penerbit novel Ayat-ayat Cinta edisi Malaysia.

AL-RISALAH adalah anak syarikat milik penuh penerbit dan pengedar buku-buku agama yang sangat terkenal, iaitu AL-HIDAYAH. PTS dan AL-HIDAYAH adalah sahabat karib dalam bisnes buku.

PTS-lah yang dahulu memperkenalkan AL-HIDAYAH kepada MPH. Nampaknya, ini kes syarikat Melayu rekomen syarikat Mamak.

AL-RISALAH membekalkan buku-bukunya kepada PUSTAKA RAWANG dan dia sangat berpuas hati dengan amalan bisnes kedai Mamak itu. Itulah sebabnya dia berani merekomen supaya PTS terus membuka bisnes dengan PUSTAKA RAWANG dan terus menawarkan standing-order kepada kedai buku itu.

Disebabkan rekomen itu dibuat oleh AL-RISALAH, maka PTS pun tiada bimbang lagi. Cepat-cepat pegawai PTS pergi berjumpa dengan Mamak pemilik PUSTAKA RAWANG itu dan terus menawarkan pembukaan akaun bisnes dengan standing-order sekali!

Lihatlah bagaimana golongan Mamak tolong menolong dan saling bantu membantu sesama mereka.

Walaupun Mamak AL-RISALAH telah menolong Mamak PUSTAKA RAWANG mendapatkan bekalan buku-buku PTS secara standing-order, tetapi PTS pun untung besar juga.

Dari sudut lain, AL-RISALAH telah menolong PTS mendapatkan pelanggan yang berkualiti.
Maklumat lanjut di sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...