Langkau ke kandungan utama

Tarikh Pesta Buku Antarabngsa Kuala Lumpur 2009 sudah diuar-uarkan

Apakah mesej di sebalik entri-entri ini?

Petikan blog Tuan Arief Hakim

Ini ialah tarikh untuk pesta buku jika kita masih kekal di PWTC untuk tahun 2009.

Jika kita berpindah ke tempat lain, maka tarikh itu boleh berubah mengikut kelapangan tempat baru itu.

Petikan blog Tuan Fauzul Na'im Ishak

Berdasarkan maklumat daripada mesyuarat Post Mortem Pesta Buku Antarangsa Kuala Lumpur 2008, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 bakal diadakan pada 17 hingga 26 hb. April 2009. Ini jika diambil kira tempat yang sama iaitu di PWTC.

Satu perkara yang menarik adalah catatan tidak rasmi yang diperoleh bagi bilangan pengunjung pada PBAKL 2008 iaitu 2.28 juta. Namun begitu InsyaAllah catatan rasmi akan dimaklumkan kepada semua.

Tahniah kepada JK Pengelola PBAKL 2008 di atas kejayaan ini.

Sudut pandang saya.

Masing-masing mempunyai tafsiran sendiri. Tetapi bagi saya ia adalah pemberitahuan kepada penulis menyegerakan menyiapkan manuskrip-manuskrip mereka, penulis berfikir apakah bentuk pemasaran yang dapat menyokong usaha sedia ada, membina rangkaian sesama penulis yang baru, mengukuhkan rangkaian penulis sedia ada, terus menerus mendapatkan maklum balas pembaca dan bersedia dengan segala macam pendekatan sehinggalah tarikh itu tiba.

Ada lebih kurang sebelas bulan untuk berfikr dan bekerja.

Ingin tahu cara terbit buku sendiri? Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...