Langkau ke kandungan utama

Mamak dari Malaysia ke Sydney, Australia


Maksud perkataan Mamak telah diasimilasikan dengan budaya tempatan. Perkataan Mamak merujuk kepada konsep operasi perniagaan secara terbuka ala al fresco yang didominasi oleh India Muslim.

Al Fresco bermaksud operasi perniagan secara terbuka. Dalam dunia bisnes restoran, perkataan Mamak juga digunakan sebagai gambaran maksud budaya makan di luar secara terbuka pada waktu malam.

Perkataan Mamak menjadi jenama perniagaan yang dikenali. Ia memberi satu alternatif baru dalam dunia perniagaan kecil, sederhana dan besar dalam negara. Mamak bukan sekadar panggilan hormat, ia menjadi istilah bisnes yang diketahui ramai.

Perkataan Mamak menjadi sebahagian daripada kosa kata bahasa tempatan. Apabila seseorang bercadang mempelawa rakan minum teh atau makan di restoran India Muslim. Dialog yang digunakan ialah, “Jom Mamak!” Ini menunjukkan perkataan Mamak adalah jenama perniagaan yang diberikan oleh pelanggan.

Sekiranya kita kenal jenama perniagaan antarabangsa seperti McDonald, Kentucky Fried Chicken, Carrefour dan Tesco, perkataan Mamak juga sudah menjadi jenama bisnes secara langsung.

Perkataan Mamak sinonim dengan bisnes, ia sama seperti apabila kita menyebut perkataan Cina, persepsi masyarakat ialah bangsa Cina sinonim dengan perkataan bisnes. Bezanya, jenis bisnes dan amalan bisnes yang membezakan Mamak dan Cina.

Dalam kajian kes kami terbaru (2008) perkataan mamak kini tersebar luas dalam amalan bisnes luat negara yang menjadikan ia sebagai jenama bisnes mereka. Salah satunya Mamak, sebuah bisnes makanan yang diusahakan oleh sekumpulan anak tempatan yang berniaga di China Town, Australia.

Saya petik dari laman web mereka.

The culture of Malaysia is arguably best experienced through its vast array of culinary delights. In the heart of every Malaysian exists a passion for food, exemplified by the thrill of seeking out the best in town. Mamak captures this enthusiasm by ensuring our recipes are authentic, exactly as you would find in the streets of Kuala Lumpur. With our delicious food and friendly service we strive to share our passion for authentic Malaysian cuisine with the Sydney community.

While currently a permanent fixture of Chinatown's bustling Friday night market, Mamak continues to search for a permanent location for our flagship restaurant. Our menu for now is limited, but should give a small taste of what we can offer in the near future.

Mamak has finally opened its flagship restaurant in the bustling Chinatown District. At last our customers can enjoy our expanded menu including Nasi Lemak, Rojak, Murtabak, Roti Kaya, Cendol & Ais Kacang.

The details:

Mamak
15 Goulburn St, Haymarket, Sydney
Open 7 days
Lunch: 1130am to 3pm
Dinner: 530pm to late
Maklumat lanjut di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...