Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Bagaimana pelajar 17 tahun menjana RM10,000 dalam masa sebulan dari internet

Sempena seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil Malaysia 2009 pada 7 Febuari 2009 Jemputan khas saudara Adly Mukhtar, tim Flarebiz menjana RM10,000 pada usia 17 tahun Adly aka Labanon mengambil keputusan keluar daripada Universiti bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada empayar perniagaan Internet yang dibina bersama partner Zhafran. Seorang yang berpengalaman dalam penghasilan produk digital yang tertumpu kepada niche Make Money Online seperti TipAdsense, Rahsia10K, MajalahIM dan sebagainya. Mendapat pendapatan RM10,000 pertama ketika berusia 17 tahun dan kini mengejar angka yang lebih tinggi. Fenomena yang telah berlaku pada 10 Jun 2008 produk beliau telah mendapat 5 angka dalam masa 2 hari sahaja. Beliau akan berkongsi rahsianya yang boleh digunakan oleh peniaga dan individu dalam kegawatan ini. Temui beliau, daftar dan klik di sini www.kursusperniagaan.com

Kisah bergambar (1) Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-Fest’09) di Mid Valley

Buku PTS dijual di Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-Fest’09) di Mid Valley Penulis best-seller, Puan Ain Maisarah menjual buku-buku PTS. Terima kasih kerana memilih buku saya untuk jualan. Sebahagian buku PTS untuk jualan termasuk buku Rahsia Bisnes Mamak dan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas. Tuan Syaizul juga menguruskan jualan produk minuman kesihatan. Keadaan sesak pada hari Isnin, 26 Januari 2009 Pusat pameran di Mid Valley Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-Fest’09) di Mid Valley Usahawan muda Otak-otak Gombak, makanan sejuk beku Gerai jualan ini adalah hasil kerjasama kumpulan peniaga wanita yang menjalankan perniagaan secara online di Portal Wanita Niaga. Potensi bisnes secara online, Klik di sini Antara peniaga-peniaga wanita yang berada di gerai jualan Portal Komuniti Wanita Niaga. Potensi bisnes secara online, Klik di sini Contoh sampel rempah Sernan, produk rempah dari Johor Beg kertas di atas mengandungi set nasi beriani. Mengandungi pek beras, pek lengk

Perniagaan dan Pemasaran di internet | Peniaga Kecil dan jual buku di Internet

Dalam blog Universiti PTS, saya petik. Buku Bisnes Paling Laku dalam Kedai Online BookCafe Cik Diana, eksekutif di Jabatan Sales PTS yang menguruskan jualan melalui kedai online BookCafe memberitahu bahawa sepanjang bulan Disember dan Januari ini, buku bisnes yang paling laku adalah Buat Duit dengan Ikan Keli, diikuti oleh buku Buat Duit dengan Cendawan. ---- Saya adalah penjual secara online buku berjudul di atas. Saya akui buku ini adalah antara buku yang terlaris dalam senarai buku yang dijual. Screenshot (klik gambar) di atas adalah senarai pesanan yang masih belum di selesaikan lagi kerana sedikit sibuk dengan Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil dan Bengkel Penulis Bebas. Insya Allah ia akan diuruskan selepas cuti Tahun Baru Cina kerana saya ketiadaan stok. Bagi mereka yang mahu mempelajari bagaimana mempromosi dan memperkenalkan bisnes ke internet sertai Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil pada 7 Febuari 2009. Lima penceramah bisnes akan mendedahkan k

Cerita di Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-Fest’09)

Assalam alaikum wbt Selamat bercuti panjang kepada semua. Pada waktu cuti, blog dan e-mel akan menerima jumlah kiriman dan kunjungan yang sedikit berbanding hari-hari biasa. Mungkinkah pada waktu pejabat menjadi wakti aktif internet dilayari? Saya berpeluang menghadiri Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-Fest’09) di Mid Valley dengan dengan tiga jenis pandangan utama iaitu pandangan penulis bebas, pandangan peniaga kecil dan pandangan jurulatih pemasaran internet (penulisan skrip jualan). Sebagai penulis bebas, banyak bahan-bahan baru dan idea bagi buku seterusnya. Sebagai peniaga kecil, ini adalah rangkaian sesama peniaga bertemu dan membina hubungan niaga untuk saling membesarkan potensi. Sebagai jurulatih pemasaran internet, saya melihat betapa besarnya potensi mereka diperkenalkan secara bersungguh-sungguh dalam dunia internet. Di gerai pameran Johor Corporation, saya berpeluang bercerita mengenai seminar kita pada 7 Febuari ini di www.kursusperniagaan.com , ada potensi bagi kami

Penulis berumur 27 cetus kemenangan Presiden

Petikan KOSMO Jumaat 23 Januari 2009 Obama memenangi hati ramai rakyat AS kerana menggunan mesej tersembunyi seperti perkataan 'kita', kata pakar ucapan, Sonia Saxton. Lelaki itu, Jon Favreau (gambar) baru menamatkan pengajian di universiti apabila dia diambil bekerja sebagai penulis ucapan untuk bekas calon Presiden AS daripada Parti Demokrat, John Kerry. Obama menganggap Favreau boleh membaca fikirannya dan lelaki itu juga bertanggungjawab meletakkan slogan Yes We Can dalam kempen beliau. Petikan KOSMO

Perniagaan Kecil di Malaysia hadiri Seminar Pemasaran Internet 2009

Klik di sini http://www.kursusperniagaan.com

Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil 2009 | Febuari 2009

Sempena Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil di Malaysia Kenali penyampai di seminar pada 7 Febuari 2009. Daftar hari ini untuk potongan pendaftar awal Izwan Wahab adalah pemerhati dan penganalis pelbagai cabang internet yang boleh diaplikasikan terhadap perniagaan, khususnya pemasaran internet. Pengalaman beliau sebagai salah seorang pendahulu dalam bidang ini membolehkan beliau mendapat kelebihan persaingan dengan pengamal pemasaran internet yang lain. Kewujudan banyak laman web pemasaran internet yang baru telah memberi beliau peluang untuk membantu banyak pihak untuk lebih memahami dengan lebih mendalam akan dunia pemasaran internet ini. Beliau lebih dikenali dikalangan pengamal pemasaran internet sebagai Ro.botys atau Robot, iaitu persona dalam talian beliau yang berasal daripada nama domain laman blog beliau Ro.botys.com. Namun, kebolehan beliau bukanlah terletak pada pemasaran internet sahaja. Dengan pengalaman dan kemahiran yang meliputi pelbagai cabang perniagaa

Kursus | Seminar Pemasaran Internet Perniagaan Kecil di Malaysia

Sempena Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil di Malaysia Kenali penyampai di seminar pada 7 Febuari 2009. Daftar hari ini untuk potongan pendaftar awal Zamri Mohamad merupakan penyelidik bebas bagi sebuah konsultan dan jururunding bisnes kecil di Kuala Lumpur sejak awal tahun 2001 sehingga tahun 2005. Dikenali sebagai penulis sepenuh masa di Malaysia. Pada peringkat awal beliau merupakan orang yang skeptik dan tidak percaya internet membantu mengembangkan bisnes. Pada beliau, "Internet hanya untuk mencari maklumat dan bersosial" Kemudian beliau mencuba bagi membuktikan ia tidak berjaya. Sebaliknya berlaku. Pada awalnya. beliau memilih produk orang lain sebagai eksperimen. Percubaan menjual buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku terbitan MNZ Infobiz didapati terjual dalam Internet sehingga hari ini. Anggapan awal beliau terbukti salah. Kejayaan percubaan beliau hari ini membawa kepada penghasilan tidak kurang daripada 13 laman web mini yang dihasilkan sendiri u

Ketawa ramai-ramai, berhenti kerja seorang diri

Pemberhentian pekerja beramai-ramai sebelum sambutan perayaan bersama keluarga mengingatkan saya kepada rakan-rakan saya yang melalui perkara yang sama lima tahun lalu. Mereka bercuti pada sambutan Aidilfitri. Memberi wang hari raya kepada kanak-kanak dan anak-anak yang masih kecil. Mereka menziarah dari rumah ke rumah dengan gembira. Selepas dua hari bercuti, mereka kembali ke pejabat dan keluar dari pejabat pada tengah harinya, membawa kotak berisi barangan mereka. Mereka telah diberhentikan beramai-ramai. Baca berita terkini di sini

Virtual Office | Sewa Pejabat Serendah RM99

Daripada Tuan Shamsuddin Kadir Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika diizinkan oleh Allah, saya akan membuka satu pejabat baru di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Taman Permata dan juga Taman Melewati dalam masa terdekat ini. Kepada individu yang baru memulakan bisnes secara sepenuh masa ataupun separuh masa (part time) ataupun yang sudah memulakan bisnes dan memerlukan alamat pejabat yang strategik di Kuala Lumpur boleh mendapatkan khidmat pejabat Maya di pejabat baru saya itu. Ini antara perkhidmatan yang disediakan bagi membantu individu bagi memulakan bisnes sendiri. Pelbagai perkhidmatan disediakan bagi membantu individu yang baru ingin bertapak. Kadar sewa bergantung kepada fasiliti yang diperlukan oleh Tuan dan Puan. Sewa serendah RM 99 sebulan. Ianya membantu Tuan dan Puan mendaftar syarikat dengan alamat pejabat yang strategik. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh mengemelkan kepada saya di zamrimohamad@gmail.com ataupun sms nama ke 019-2880

Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart di rak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Kini kakitangan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dapat membaca buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart. Buku ini kini boleh didapati di rak Perpustakaan Mampu. Mengenai buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart Buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart adalah adunan cerita-cerita dari pelbagai sumber meliputi temu ramah, kajian-kajian kes, pemerhatian dan rujukan pakar bagi memantapkan persembahan buku ini. Berbeza daripada buku-buku lain, Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart membawa kepada perspektif baru mengenai pengaruh dan bagaimana ia boleh digunakan pembaca dalam organisasi. Prakata Kuasa rangkaian pembaca! Bahagian 1 : Kuasa pengaruh dalam organisasi Bab 1: Siapa Pengaruh Siapa Bab 2: Selarikan tujuan dan peraturan membina pengaruh Bab 3: Pekerja dan bos menilai sesama sendiri Bab 4: Pekerja membunuh pengaruh sendiri Bahagian 2 : Tingkatkan kelebihan diri Bab 5: Melangkah ke organisasi dengan langkah bergaya Bab 6:

Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil | Kemelesetan makin jelas

Petikan Utusan Malaysia, Jumaat 16 Januari 2009 'Berdasarkan kepada semua petunjuk, aliran menurun kini bermakna negara terdedah kepada risiko lebih 50 peratus untuk jatuh kepada kemelesetan ekonomi pada suku pertama dan suku kedua tahun ini," jelas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohamed Ariff (gambar petikan Utusan) Kemelesetan ekonomi dan kesan kepada perniagaan kecil. Bajet pengiklanan semakin menguncup dan secara langsung kadar kesedaran pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan semakin rendah. Bajet pengiklanan akhbar dan radio tidak menjadi pilihan peniaga kecil kerana kekangan kewangan. Survival peniaga kecil untuk bertahan dalam tempoh kemelesetan memerlukan suntikan kempen pemasaran skala besar dalam bajet yang terhad. Internet semakin relevan kerana ia adalah alternatif terbesar menawarkan pengiklanan termurah dan berpanjangan kepada peniaga kecil. Lagi klik di sini.

Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil | Kisah Hewlet-Packard

Saya berada di dalam kereta bersama salah seorang penceramah dalam bidang jenama bagi Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil Malaysia yang bakal berlangsung 7 Febuari 2009. Dalam perbualan, beliau berkongsi cerita, "Dalam pelbagai idea mengurus kos, ada penyelesaian yang kembali kepada formula asas." Soal saya, "Apa maksudnya?" Beliau menyambung cerita, "Dalam kes produk komputer keluaran HP (Hewlet Packard), dua tahun lalu, pada satu peringkat mereka memerah idea baru mencari jalan mengurangkan kos dalam keluaran produk mereka. Sehingga pada satu peringkat, mereka berundur dan memilih idea asas, iaitu mengubah kotak yang membungkus produk mereka." Saya diam, memberi ruang untuk beliau bercerita. "Ya, mereka berbincang. Kekuatan jenama HP tidak dinafikan pelanggan. Maka pelanggan mahu membeli dan menggunakan produk HP bukannya kotak pembungkus produk HP. Maka mereka menukar semua kotak berwarna kepada kotak asas, iaitu kotak berwarna cokl

Kursus Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil Malaysia 2009

Perkembangan terkini! Hanya tinggal kurang 7 hari lagi untuk pendaftaran ke Kursus Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil Malaysia 2009 pada harga potongan 20 peratus ! untuk p endaftar terawal! Klik www.kursusperniagaan.com Mengenai Kursus Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil Malaysia 2009 "Saya pemilik perniagaan kecil di Malaysia hilang 84% pelanggan setiap hari" Ya, ia sedang berlaku. Berbeza dahulu, hari ini dan setiap hari pelanggan mula menjadikan internet sebagai tempat pertama mencari produk dan perkhidmatan. Pelanggan berumur 20-39 tahun dikategorikan sebagai pengguna internet aktif. Mereka adalah golongan teramai membeli daripada peniaga dalam internet. (Sumber Lelong.com.my) Saya kehilangan mereka kepada peniaga lain setiap hari . Pelanggan hari ini memberitahu dua perkara PENTING ini kepada saya Mencari barang dan perkhidmatan melalui internet menjadi cara pertama sebelum pelanggan membeli di kedai berhampiran. Pelanggan tidak akan ke kedai selagi tidak

Terima Kasih kepada pembaca buku Zamri Mohamad

Screenshot komen pembaca blog ini Secara peribadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca buku Zamri Mohamad. Kekuatan sepuluh buah buku yang ditulis selama ini datang daripada saudara dan saudari, tuan dan puan yang membaca buku-buku tulisan Zamri. Di mana istimewanya buku-buku tulisan Zamri Mohamad. Keistimewaan itu datang daripada mereka yang sedang membaca entri ini. Kata-kata yang ditinggal di komen blog ini benar-benar menyentuh hati saya dan mendorong saya menulis entri khusus ini.

Soal jawab dan komen di blog kini melalui audio dan video

Di blog berbayar, http://www.zamrimohamad.com/blo g saudara dan saudari kini boleh memberi respon, komen, kritik dan pandangan melalui audio dan video berkenaan apa sahaja isu yang dipaparkan. Isu berkenaan penulisan juga amat dialu-alukan. Pertama: Klik tajuk entri pilihan Kedua: Skrol tetikus ke bawah, ruangan komen. Klik salah satu pilihan Add Webcam atau Add Audio only Selamat mencuba.

Kisah batu di kaki

Ketika saya berada di salah sebuah gerai bergerak, Jambu Batu 88 (JJ88) bagi membantu pemasaran internet ( klik di sini ) mereka, saya berkesempatan berbual-bual. "Nampak batu di tepi jalan raya ini?" "Nampak," balas saya "Sahabat saya hidup dengan batu-batu yang kita pijak sekarang," katanya. "Beliau buat apa dengan batu-batu ini?" saya mengambil gambar batu-batu kecil di atas tanah. Jawabnya, "Beliau kutip batu-batu yang nampak buruk ini, kemudian dicat dengan warna-warna menarik. Selepas itu dijual di kedai-kedai yang menjual ikan dan akurium. Ia jadi batu hiasan akurium. Rezeki beliau datang daripada batu-batu kecil ini." Sesetengah perkara yang kelihatan tidak bernilai pada pandangan kita menjadi lubuk emas kepada orang lain.