Langkau ke kandungan utama

Cerita di Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-Fest’09)

Assalam alaikum wbt

Selamat bercuti panjang kepada semua. Pada waktu cuti, blog dan e-mel akan menerima jumlah kiriman dan kunjungan yang sedikit berbanding hari-hari biasa. Mungkinkah pada waktu pejabat menjadi wakti aktif internet dilayari?

Saya berpeluang menghadiri Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-Fest’09) di Mid Valley dengan dengan tiga jenis pandangan utama iaitu pandangan penulis bebas, pandangan peniaga kecil dan pandangan jurulatih pemasaran internet (penulisan skrip jualan).

Sebagai penulis bebas, banyak bahan-bahan baru dan idea bagi buku seterusnya. Sebagai peniaga kecil, ini adalah rangkaian sesama peniaga bertemu dan membina hubungan niaga untuk saling membesarkan potensi. Sebagai jurulatih pemasaran internet, saya melihat betapa besarnya potensi mereka diperkenalkan secara bersungguh-sungguh dalam dunia internet.

Di gerai pameran Johor Corporation, saya berpeluang bercerita mengenai seminar kita pada 7 Febuari ini di www.kursusperniagaan.com, ada potensi bagi kami bekerjasama memikirkan apa yang terbaik bagi situasi menang-menang dan menang dalam dunia bisnes. Menang untuk pelanggan, menang untuk diri dan menang untuk rakan bisnes.

Apabila bercerita mengenai pemasaran internet, ada tiga respon yang diberikan oleh peniaga-peniaga di sini. Ada 300 peniaga kecil di sini.

1. "Saya berminat hendak memperkenalkan bisnes saya dalam internet. Bagaimana ya?"
2. "Saya berminat hendak memperkenalkan bisnes dalam dunia internet. Tetapi saya takut, kerana pesanan yang terlalu banyak."
3. "Saya berminat hendak memperkenalkan bisnes dalam dunia internet. Tetapi saya adalah pengeluar, bimbang pengedar sangka saya mahu potong jalan mereka."

Ini adalah dialog-dialog benar dari beberapa peniaga kecil yang saya ajukan soalan. Kesemuanya memberi satu mesej yang sama. Mereka sangat positif dengan pemasaran di internet. Bezanya adalah reaksi mereka.

Saya berada di sana selama lapan jam pada hari pertama! Ya, saya selalunya hanya berada sekitar dua jam sahaja. Kali ini lapan jam.

Saya membuat analisa baru dalam situasi bisnes kecil hari ini.

Sudah ada perniagaan yang diperkenalkan dalam internet mula menyewa gerai jualan bagi memperkenalkan produk mereka.

Ada dua perniagaan yang pada asalnya bermula di internet kemudian mula melibatkan diri dalam pameran seperti ini.



Pertama, Get Gorgeus diusahakan oleh dua peniaga muda yang memulakan perniagaan melalui internet. Mereka menjual pakaian untuk Muslimah di laman web mereka http://www.getgorgeous.com.my

Mereka bermula dengan menjual enam helai pakaian pada laman web percuma sehinggalah mereka meningkatkan potensi bisnes selama dua tahun. Mereka masih kekal dengan perniagaan di internet.

Pengasasnya, Cik Azlia Idha dan Allia Idha (lupa pula bertanya sama ada mereka adik beradik) berkata kunjungan ke laman web mereka meningkat selepas paparan di akhbar. Ini adalah satu penjimatan dalam promosi dan publisiti kepada bisnes mereka. Baca di akhbar, tertarik terus klik dan layari internet ke laman web mereka.

Cuba kita letak diri kita dalam situasi ini.

Pertama
Berapa lamakah diperlukan oleh pembaca akhbar mendapatkan maklumat bisnes saudara. Katakan tanpa laman web, mereka merancang ke kedai saudara pada hujung minggu. Menunggu ke hujung minggu, ada sahaja keperluan lain timbul. Kepala berfikir perkara lain. Tiba-tiba ditangguh.

Cuba kita letak diri kita dalam situasi ini sekali lagi.

Kedua

Mereka terbaca mengenai bisnes kita dalam akhbar. Tanpa perlu tunggu hari cuti, masih di pejabat. Mereka membuka laman web kita. Membaca skrip jualan produk kita. Akhir sekali mereka menyimpan nombor telefon dan alamat web kita.

Berapa lamakah diperlukan bagi kita menutup jualan atau sekurang-kurang mencipta tarikan kedua selepas pemberitahun pertama.

Kita tahu jawapannya. Klik di sini.

Saya sambung cerita.

Dalam pusingan akhir ke gerai-gerai jualan. Sebuah gerai jualan menarik perhatian saya sekali lagi.

Sekali lagi, sebuah gerai terdiri daripada peniaga-peniaga dari online berkongsi menyewa bersama.



Mereka asalnya berjumpa di sebuah forum online, saling jual menjual di internet. Kemudian Festival Pembangunan Ekonomi Islam menjadi tempat pertama mereka memperkenalkan bisnes.

Bersedia untuk kejutan

Kesemua peniaga secara online yang saya temui di Festival Pembangunan Ekonomi Islam adalah wanita.

Ya, sekali lagi, peniaga wanita yang beraspirasi dan cepat mengambil peluang. Klik di sini.

Jangan lupa menjengah ke Festival Pembangunan Ekonomi Islam ( i-Fest’09 ) di Mid Valley sehingga 26 Januari ini.

Jika mahu mempelajari secara asas pemasaran di internet untuk perniagaan dan perkhidmatan saudara dan saudari, sertai kami di Kursus Perniagaan

Nota: Berapa ramaikah penulis di Malaysia? Mungkin sudah mencecah ribu.

Cuba saudara taip perkataan penulis buku di Malaysia di Google, lihat nama siapa yang muncul top-10 dalam carian Google.

Bukankah ramai penulis lebih lama di Malaysia? Dalam dunia internet, ceritanya berbeza. Saya dan lima penceramah bisnes lain akan mendedahkan caranya. Kaedah ini dinamakan SEO (Search Engine Optimization). Sesuatu yang wajib diketahui untuk promosi produk dan perkhidmatan saudara. Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .