Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2007

23 penulis harapan.

Aku kira ini adalah salah satu bengkel penulisan remaja yang sangat memberangsangkan. Meskipun sekadar dua jam tiga puluh minit bersama-sama mereka, tetapi sikap positif dan tumpuan yang mereka berikan menyuntik semangatku untuk berkongsi serba sedikit apa yang aku miliki untuk mereka berkarya melalui penulisan. Dalam 23 pelajar dari Kelab Kreatif UIAM yang menghadiri bengkel penulisan di Kampus PTS, Janda Baik, aku golongkan kepada dua kumpulan. 1. Meminati penulisan kreatif seperti sajak dan cerita. 2. Meminati penulisan non kreatif seperti tip-tip, isu semasa dan bantu diri. Bagi bengkel Teknik Penulisan: Teori dan Praktikal, aku lebih memfokuskan kepada pendekatan berkarya untuk keperluan majalah dan akhbar. Ada seorang dua ahli bengkel pernah menghantar hasil karya mereka ke akhbar sebelum ini. Melihat mereka seolah-olah melihat diri aku kembali ketika sebaya umur mereka. Insya Allah, program lanjutan melalui bimbingan melalui email akan bermula Febuari ini. Moga-moga ini akan mem

E-mail produk kita

Eh, hendak mempromosikan KFC di sini? Bukan begitu. Saya cuma tertarik dengan pendekatan KFC menggerakkan pemasaran produk-produk mereka. Malam semalam ketika saya sedang melihat peti e-mail, berbelas-belas e-mail yang mengandungi kupon online bagi produk terbaru KFC dengan harga istimewa. Pendekatan secara online adalah salah satu teknik pemasaran hari ini. Saya cuba bayangkan sekiranya dalam dunia penulisan, penerbit dan penulis dapat mewujudkan pangkalan data pembaca-pembacanya yang diambil dari borang keahlian sama ada di belakang buku atau forum internet, kita mungkin dapat memberitahu sesegera mungkin para pembaca kita hasil penulisan terkini di pasaran. Sama seperti kupon pembelian KFC di dalam e-mail.

Iran dan tip 96 sen

Salah satu e-book terbaru Irfan Khairi. Aku kira ini antara salah satu buku tempatan yang mahal juga. Harganya sekitar RM97 ringit Malaysia. Kata Irfan, satu tip harganya 96 sen sahaja. Belum dibeli dan belum dibaca, tetapi aku puji rekabentuk kulitnya. Mengancam!

Al Islam di UIAM

Wartawan Al Islam, cik Nurhafizah menemuramah rektor UIAM bagi Al Islam keluaran Mac 2007. Ruangan Jejak Wartawan Veteran (rektor merupakan bekas wartawan BERNAMA)

Hantaran tinggi, Trend atau Keperluan?

Persepsi masyarakat terhadap hantaran tinggi kepada bakal pengantin perempuan adalah isu masyarakat yang perlu difahami akar umbinya. Keputusan meletakkan jumlah hantaran tidak tertakluk kepada satu-satu sebab sahaja, ia berpunca daripada pelbagai faktor. Punca paling popular diperkatakan sebagai sebab kepada jumlah hantaran yang tinggi ialah keputusan yang ditentukan oleh ahli keluarga dan sanak saudara. Jarang sekali kita mendengar pengantin perempuan menjadi titik punca kepada keadaan ini. Bagi penulis buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki dan 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, Zamri Mohamad melihat amalan meletakan hantaran tinggi semakin dibudayakan jika ia diamalkan pada dasar yang tidak betul. “Sukar untuk mengatakan amalan meletakkan nilai hantaran yang tinggi sebagai sebagai sesuatu yang salah. Kita perlu berbalik kepada alasan di sebalik keputusan tersebut dibuat,” jelas beliau dengan menekankan faktor keperluan serta tuntutan kos majlis yang semakin tinggi menjadi punca keadaan ini

sahabat maya, Adequate

Seorang sahabat maya, Adequate memaklumkan kepada saya penemuan terkini beliau tadi. Bantridge University tidak ditemui di UK dalam google. Kemudian yang ditemui laporan dari badan rasmi mengesahkan maklumat ini. Ia tidak diakreditasi. Diambil dari http://mainegov-images.informe.org/education/highered/Non-Accredited/UnaccreditedSchools-042706.pdf melalui Maine Department of Education bertarikh 11/26/06 Laman web universiti ini juga telah ditutup. Beliau memaklumkan B.A beliau dari universiti ini tiba-tiba hilang dari senarai pengajiannya dalam laman web tersebut. Saya masih menantikan jawapan LAN. Terima kasih Adequate.

Kenapa menulis tentang perhubungan dan cinta?

Kenapa kamu menulis bidang perhubungan dan cinta? Itu soalan yang diajukan kepadaku berkali-kali oleh rakan-rakan. Soalan itu datang dalam pelbagai bentuk tapi isinya sama sahaja. Apa jawapanku, jawapan yang pasti aku ulang-ulang. Tahun ini aku memperjelaskan pilihan menjadikan siri perhubungan dan cinta sebagai senarai buku yang akan aku hasilkan pada tahun 2007. Pertama : Permudahkan ilmu. Aku selalu percaya, kemampuan kita memahami satu-satu ilmu itu menjadi tanggungjawab untuk kita mempermudahkan penyampaian ilmu itu kepada orang lain. Sememangnya banyak buku-buku luar negara yang dibawa masuk menceritakan tentang tip-tip perhubungan yang mungkin boleh diambil dan diubah serta disesuaikan. Maka aku memilih untuk melakukan kerja ini. Kedua : Dengar, kumpul dan pelajari sesuatu dari yang tahu. Aku percaya, para pembaca dan pemerhati buku-buku seperti ini ingin bercerita dan berkongsi tip-tip, pengalaman, pandangan mereka. Harapan mereka agar ia dapat membantu orang lain. Buktinya, li

Pesanan dari Tuan Wikipedia melalui United States Department of Education

Pesanan dari Tuan Wikipedia. Dipetik dari: http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_unaccredited_institutions_of_higher_learning Warning signs Main articles: Diploma mill, school accreditation, and United States Department of Education Not every unaccredited school is a diploma mill - all schools start out unaccredited. These are some of the warning signs which may indicate a diploma mill: It lacks accreditation by a nationally recognized accrediting agency, especially if it is accredited by an accreditation mill; some such institutions may refer to themselves as being "fully accredited" on the basis of accreditation by an accreditation mill. Words denoting a legal status such as "licensed", "state authorized" or "state-approved" are misused to suggest an equivalence to accreditation. The address is a postal box or mail forwarding service. Promotional literature contains grammatical and spelling errors, words in Latin, extravagant or pretentious la

Maaf Tuan Eric A Maloof, saya masih mencari.

Maaf Tuan Eric A Maloof. Bukan saya tidak mempercayai tuan. Tetapi saya hendak lebih kepastian lagi. Aku tidak berhenti di situ. Aku cuba mencari dan menemui sebuah universiti menggunakan nama Trinity di Delaware. Melalui pencari google dengan kata cari, Trinity University, Delaware. Maklumat di bawah ditemui. Maklumat diambil dari http://en.wikipedia.org/wiki/Bronte_International_University The Trinity College & University in Dover, Delaware with an administrative office in Málaga, Spain is rumored to be a diploma mill, is not the same corporation that has since been renamed Bronte International University. Unfortunately, there is much confusion surrounding the name. Trinity College & University which later became Bronte International University is based in the British Virgin Islands, and is registered as a corporation with the United Kingdom (Tortola, BVI). They are two distinct organizations. Catatan: Kerja cari mencari maklumat ini membawa kepada satu team kampus yang kec

Delaware? No!

Paparan imej balasan dari University Trinity, kampus utama Texas. Email saya kepada pihak universiti untuk mendapatkan maklumat. Jawapan yang diberikan sangat mudah. Zamri, Delaware? No. Try our website….much easier to navigate: www.trinity.edu. Take care, Eric A. Maloof Associate Director Coordinator of International Admissions Trinity University Office of Admission One Trinity Place San Antonio, TX 78212 210.999.7207 800.TRINITY 210.999.8164 (fax) Inilah jawapan yang diberikan oleh Tuan Eric A. Maalof apabila aku bertanyakan sama ada Universiti Trinity mempunyai cawangan di Delaware dan sama ada ia diakreditasi oleh badan pendidikan di Amerika Syarikat. Jawapan yang mengecewakan. Mencari jawapan atas kebenaran tentang seorang motivator berwarna-warni yang bukunya hampir kesemua di almari sejak tahun 2004 lagi. Semuanya kesan daripada kenyataan beliau di laman webnya bahagian anugerah, MA in Mass Communications, Trinity University, Delaware, USA - 1991 Menarik benar hikmah di sebali

Sehari di Montessori Islam

Sekadar menemani abang ke hari penerangan IIUM Montessori. Hari ini kelihatan ibu bapa datang untuk melihat sistem pendidikan dan kaedah pembelajaran pra sekolah anak-anak mereka. Dari jam 10 pagi sehinggalah petang, masing-masing mengambil kesempatan bertanya pelbagai soalan kepada tenaga pengajar. Aku tertarik dengan salah satu ayat yang diungkapkan oleh pengetuanya, "Kami tidak percaya kepada paksaan dan peperiksaan akhir tahun untuk kanak-kanak ini. Apa yang kami nilai adalah perubahan yang berlaku setiap hari. Di situ pemerhatian kami."

Tiang rempah ratus

Setiap tiang di restoran ini diisi dengan pelbagai rempah ratus Restoran Sup Adabi Aku tertarik dengan konsep yang diperkenalkan oleh pemilik restoran ini. Setiap tiang diisi dengan pelbagai jenis rempah ratus secara bertingkat. Harganya boleh tahan, tetapi dengan konsep yang unik sebegini pasti ada yang datang lebih sekali. Asal layanannya A+

Sahabat Kole Kacang menjajah!

Tertiarap Serius Terbaring Salah seorang anak buahku, Ikram yang b erumur 13 tahun sedang khusyuk membaca Sahabat Kole Kacang. Dua hari dia membaca selepas adiknya selesai menghabiskannya. Tip, beli buku kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kemudian penuhkan bakul dan meja kecil sekitar ruang tamu. Insya Allah, mereka akan membaca.

Gelagat si kecil

Tidak ada apa-apa. Sekadar merakam gelagat dua orang anak abangku. Semua adik beradik ada panggilan masing-masing. Ada Pak Long, Pak Su, Pak Ngah, Mak Su. Sampai kepadaku pakcik Zamri. Eh, pakcik Zamri? Kamu Ingin Konflik Ke mana selepas ini? Leka

Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka, salah satu masjid yang baru dibina melalui projekkerajaan negeri Melaka. Bersama ibu yang dikasihi. Gambar kegemaran. Rasa-rasa macam hendak hantar di majalah pula. Kedudukan masjid yang menghadap selat Melaka Moga-moga masjid ini menjadi teras perkembangan dan pendidikan masyarakat negeri Melaka.

Dirimu Menarik Hatiku Tertarik menjawab persoalan ini.

Prakata buku Dirimu Menarik Hatiku Tertarik. Bakal terbit Febuari 2007 Untuk mendapatkan maklumat terkini buku Dirimu Menarik Hatiku Tertarik daftarkan nama dan email saudara dan saudari ke kotak mailing list Motivasi Minda di atas. Di mana menariknya seorang perempuan di hati lelaki? Apa yang dilihat melalui mata pasti turun ke hati. Tetapi ada waktunya ia tidak sampai ke situ. Apa yang sudah turun ke hati mula timbul serasi sehinggalah perhubungan terbina dan perkongsian hidup bermula. Itulah perjalanan cinta. Buku ini membawa dimensi pemikiran lelaki dalam percintaan kepada para pembaca. Keistimewaan buku ini ia memberi nilai tambah dalam perhubungan dan panduan berdasarkan pengalaman percintaan dan kajian-kajian psikologi personaliti, perhubungan dan kekeluargaan yang dipermudahkan untuk para pembaca. Buku ini menjawab persoalan-persoalan yang timbul dalam pencarian teman hidup dan memberi saranan-saranan mengekalkan hubungan yang sedia ada. Ia juga mengetengahkan perilaku lelaki

Cerita Saddam belum habis

Melihat kepada kematian Saddam Hussein di tali gantung membawa kepada beberapa kesimpulan. 1. Adat berkawan dengan Amerika, bersenang-senang dahulu, bermati-matian kemudian. Malangnya yang mati itu orang Islam. 2. Suasana politik dunia melibatkan percaturan Amerika Syarikat ke atas negara-negara Islam yang digeruni Israel tidak akan berubah. Sekatan rasmi oleh pertubuhan dunia ke atas Iran sengaja dinanti untuk dilanggar oleh Iran agar Amerika akan memainkan peranan sebagai superhero menegakkan keadilan dunia. 3. Umat Islam masih tidak bersatu padu dan menekan negara-negara seagama yang dianggap membahayakanya. 4. Sikap optimis masyarakat dunia baik umat Islam dan bukan Islam terhadap keadilan sejagat tidak akan berhenti. Dari masa ke semasa agenda untuk menyedarkan manusia dalam apa jua bentuk akan digerakkan secara massa. Aku melihat akan tumbuh lebih banyak cendawan-cendawan anti perang dan keamanan. Ia memperbanyakkan lagi gerakan pertubuhan bukan kerajaan di seluruh dunia. 5. Amer

Bincang-bincang 2007

Selama lima hari bercuti dari Jumaat sehinggalah Selasa, sememangnya benar-benar melegakan minda. Esok aku harus kembali ke markas untuk melaksanakan tugas-tugas lama dan merancakkan tugas-tugas baru. Ketika menulis ini pun semangat bekerja sudah berkobar-kobar. Kuasa imaginasi mempengaruhi minda dan emosi. Pulang ke Melaka dalam keadaan tertanya-tanya. Banjir yang memberi kesan kepada beberapa negeri termasuk negeri yang kutujui membuat aku membayangkan situasi yang bukan-bukan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dari perjalanan pergi sehinggalah pulang. Aku sifatkan hari raya eid ul adha sebagai hari keluarga. Bukan senang untuk kami sekeluarga berkumpul. Cuma dua orang abangku sahaja yang tidak berkesempatan pulang tahun ini. Tahun 2007 membuat kami sekeluarga berfikir. Tahun 2007 juga membuat kami mengenangkan pelbagai peristiwa tahun lalu. 1. Aku menjadi penulis dan karyaku diterbitkan dengan 200% kepercayaan penerbit dan pembaca. 2. Abangku yang kedua menerbitkan buku belia