Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2006

1:17

Baru tadi saya bersembang maya dengan seorang rakan lama (sudah lebih sepuluh tahun berkawan) tentang psikologi. Sahabatku, Yuzana Yunus berkata Universiti Malasa kini telah memperkenalkan satu bidang kajian bernama Psikologi Positif. Sebagaimana mana dalam rekod UKM, pemohon-pemohon geran pendidikan universiti ini lebih banyak ingin mempunyai kajian isu-isu negatif dalam bidang psikologi. Nisbahnya kajian sebegini besar iaitu 1:17 di Malaysia. Buku-buku perhubungan positif, kepimpinan positif dan segala macam urusan manusia yang positif dikategorikan sebagai psikologi positif. Jika para pengunjung ingin memperbanyakkan artikel-artikel perhubungan, cinta, kepimpinan, pengurusan dan cara hidup yang positif. Laman web rasmi di http://www.motivasiminda.wordpress.com mengalu-alukan saudara-saudari menulis di sana. Pihak Motivasi Minda merancang mewujudkan segmen untuk penulis bersiri dalam kategori pelbagai ini. Tidak perlu panjang-panjang. Jika penulisan saudara dan saudari panjangnya s

Cinta dan booster hidup.

Sean dan Tammy selepas Sean diumumkan sebagai pemenang musim ke lima The Apprentice. Sebentar tadi aku baru sahaja menonton episod finale The Apprentice musim ke lima. Dalam salah satu soalan yang diajukan oleh DonalTrump kepada peserta bernama Tammy, "Saya lihat Sean (peserta akhir rancangan ini) sangat teruja dan gembira dengan perasaan dia terhadap awak Tammy. Dia kelihatan terlalu suka dan berlebih-lebih sehinggakan orang lain tahu mengenai perasaannya. Tidakah awak rasa dia melampau?" Sean diam, ribuan penonton di dalam dewan juga diam menantikan jawapan Tammy. Jawab Tammy, "Tuan Trump, keghairahan cintanya terhadap saya adalah sesuatu yang akan menguntungkan organisasi tuan. Seperti mana ghairahnya cintanya kepada saya, keghairahan yang sama akan dia berikan untuk mengukuhkan organisasi tuan. Saya yakin."

Cabaran si adik kecil

Lawati laman adik kecil ini di http://ima95.blogspot.com/ "Saya tak tahu hendak menulis." "Saya tak pandai dan kreatif macam awak." "Saya tak ada masa, idea ada banyak." "Aku rasa menulis untuk orang yang ada kelayakan sahaja. Kalau tidak siapa hendak baca" "Saya tidak suka dengan gaya penulisan dia. Saya hendak cari buku-buku yang lain." Ketika mana kita sedang memberi alasan sebagai respon untuk menulis, kita mungkin sedang ditinggalkan sedikit demi sedikit oleh seorang kanak-kanak berumur 11 tahun. Kanak-kanak pada usia semuda ini sedang aktif menulis di blog. Apa yang membuat aku tertarik dengan blog ini ialah: 1. Usianya yang muda. Ketika orang lain memberi alasan, adik kecil ini terus berkarya dalam dimensinya tersendiri. 2. Catatan hidup yang jujur melalui kacamata dan intepretasi hidup kanak-kanak seusia ini. 3. Aku tidak sabar menantikan apakah yang akan terjadi dengan dunia penulisan adik kecil ini selepas usianya mencecah 20

Buku saya jadi wang tebus darah

Buku saya jadi wang tebus darah’ LOS ANGELES 23 Nov. – O.J. Simpson berkata, dia sedar keuntungan daripada buku If I Did It akan menjadi “wang tebus darah” tetapi mengambil bahagian dalam projek tersebut untuk menampung beban kewangannya. “Itu semua wang tebus darah dan malangnya saya turut menjadi barua,” kata Simspon yang merujuk kepada para penulis buku mengenai dirinya. “Ia membantu saya menjelaskan hutang dan menampung keperluan kewangan saya,” jelasnya. Bekas pemain bola sepak profesional dan pelakon itu sebelum ini memberitahu, dia melihat buku tersebut sebagai salah satu cara untuk membiayai anak-anaknya. Buku yang memaparkan teori pembunuhan ke atas bekas isterinya, Nicole Brown Simpson dan teman lelakinya, Ronald Goldman akan diedarkan pada 30 November ini selepas temu ramah dengan Simspon disiarkan pada Isnin dan Rabu depan. Bagaimanapun pemilik Fox Broadcasting, News Corp dan penerbit, HarperCollins telah membatalkan projek itu selepas dituduh mengeksploitasi insiden terseb

Kamera dan sejarah hidup II

Gambar menggunakan kamera POLAROID 2.0 yang akan dipamerkan di Olympia, Washington bagi pameran New Year Peace 2006-2007 KODAK EZSHARE Z740. Moga-moga menjadi aset yang bermanfaat.

Kamera dan sejarah hidup

Kisah tahun 1988 Aku teringat waktu mula-mula belajar menggunakan kamera. Masa itu kamera jenis putar atau manual milik arwah ayah. Jenama KODAK berwarna hitam. Kalau hendak ambil gambar dengan flash, kena tunggu sehingga keluar lampu oren di belakang menandakan ia telah dicaj secukupnya. Berat juga kamera lama ini. Akhirnya kamera itu rosak setelah aku jatuhkan secara tidak sengaja pada satu malam. Aku sorokan di dalam kabinet pinggan mangkuk milik ibu. Esoknya abangku pula yang dimarahnya. Kisah tahun 1995 Itu cerita pada tahun 1988. Kemudian kamera itu kembali ke tanganku setelah dibetulkan dengan penutupnya yang longgar. Ayah terpaksa menggunakan pelekat berwarnan hitam bagi mengelak cahaya dari masuk ke dalam. Nanti kuning gambar. Aku gunakan kamera itu sekali lagi ketika tingkatan tiga untuk kerja kursus. Ketika itu aku dan kawan-kawan membuat kajian sejarah masjid Tengkera. Kali ini kamera jenama Kodak ini rosak lagi di tanganku setelah pemutarnya tersekat. Aku cuba putarkan jug

Buku hampir ke tong sampah

Buku ini harganya US$99.95 (dalam RM 379.81) dan buku ini hampir-hampir hendak dibuang sehinggalah ia dihadiahkan kepadaku dua malam lalu. Alhamdulillah.

Seminar Islam Hadhari Approach

Aku baru sahaja pulang dari PWTC selepas menghadiri satu forum anjuran Gerbang Maklumat Negara Selatan-Selatan di bawah Kementerian Penerangan. Insya Allah cerita-cerita menarik sepanjang forum ini akan aku kongsikan, Buat sementara waktu, berikut merupakan gambar-gambar yang aku ambil.

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin baru kepada Nahddatun Nisa' Othman, Editor Pengurusan, Unit Produk Dewasa PTS Millennia Sdn Bhd yang juga merupakan editor yang memberi nafas dan wajah kepada buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas. Untuk melihat gambar-gamabr sekitar majlis perkahwinan pada 18 November lalu sila lawati laman web http://www.darikawan.com/2006/11/selamat-pengantin-baru.html

Apabila si gagal membuka kolejnya sendiri.

Apabila si gagal membuka kolejnya sendiri. “Merampas ruang kreativiti dan kebebasan pelajar dalam mengetengahkan kemampuan mereka adalah jenayah pendidikan.” Itu adalah dialog yang diucapkan oleh Bartleby (lakonan Justin Long) yang telah dianggap mencemar dan melanggar peraturan pendidikan peringkat kolej dengan memperkenalkan kolejnya sendiri, South Harmon Institure of Technology (S.H.I.T) Kisahnya bermula dengan gambaran kegembiraan pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan mereka dan memohon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat kolej dan universiti. Malang bagi Bartleby, permohonan kali ke lapan telah ditolak oleh ke semua kolej dan universiti. Harapan ibu bapanya untuk melihat Bartleby melanjutkan pengajian mendorong dia mencipta kolejnya sendiri sekadar untuk memuaskan hati mereka. Bersama rakan-rakan yang senasib denganya, Bartleby mula menyewa sebuah bangunan bekas hospital sakit jiwa yang ditukarkan kepada South Harmon Institure of Technology (S.H.I.T). Sherman, ra

shattered Glass II

Shattered Glass

Aku baru sahaja menonton sebuah filem bertajuk Shattered Glass di ASTRO. Filem berdasarkan kisah benar menonjolkan watak seorang wartawan muda berumur 23 tahun bernama Stephen Glass yang mencipta nama sebagai wartawan yang menonjol di sebuah majalah politik, The New Republic (sebuah majalah yang satu-satunya dibaca dalam Air Force One meninggalkan 18.600 majalah lain) dan beberapa majalah lain. Stephen Glass berhadapan dengan masa hadapan yang gelap apabila siri rencana yang dihasilkan bersama The New Republic disyaki saduran, plagiarisma dan penipuan fakta serta sumber yang sengaja diada-adakan. Satu demi satu penipuan terdedah apabila artikel terakhirnya bersama The New Republic bertajuk Hack Heaven menimbulkan keraguan pesaing organisasi ini. Setelah disiasat, ia ternyata benar. Stephen telah melakukan jenayah kewartawanan yang membawanya ke pemecatannya. Apa yang unik disebalik cerita ini yang inginku kongsikan kepadamu. Pertama. Stephen Glass mempunyai daya komunikasi interpersona

Terima Kasih

Terima Kasih Terima kasih kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang tidak putus-putus menghantar sms dan email ucapan selamat hari lahir pada Jumaat lalu (17 November 2006). Terima kasih atas budi baik kalian, rasa hormat kalian selama ini. Mungkin aku banyak salah dan silap sepanjang tempoh ini. Mohon maaf jika ada apa-apa yang pernah aku lakukan tidak selari dengan jiwa kalian. Insya Allah, dengan kesempatan dan umur yang Allah berikan, ku mohon doa kalian suoaya kita menjadi orang-orang yang cemerlang, kaya jiwa, fikiran dan akhlak, dihidupkan dimatikan dan dibangkitkan sebagai Muslim yang berjaya. Harapanku dalam tempoh 25 tahun akan datang sebelum mencecah 50 tahun? Insya Allah, sesuatu yang mengubah sejarah dan pemikiran manusia dengan membawa misi mengagungkan Tuhan dalam hati. Semestinya aku memerlukan bimbingan kalian.

Perpustakaan Kementerian Pertahanan & buku cinta II

Perpustakaan Kementerian Pertahanan yang dipenuhi pelbagai buku tentang persenjataan, perisikan dan 1001 perkara berkaitan tentang pertahanan turut mempunyai buku 77 tip Melembutkan Hati Lelaki. Klik paparan untuk gambar lebih besar. Terima kasih KEMENTAH Perpustakaan KEMENTAH Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur. Tel. : +603-20714350 +603-20714348 Faks: +603-26910229

Perpustakaan Kementerian Pertahanan & buku cinta

Perpustakaan Kementerian Pertahanan yang dipenuhi pelbagai buku tentang persenjataan, perisikan dan 1001 perkara berkaitan tentang pertahanan turut mempunyai buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki. Klik paparan untuk gambar lebih besar. Perpustakaan KEMENTAH Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur. Tel. : +603-20714350 +603-20714348 Faks: +603-26910229

23 kesilapan penulis

Di sini saya kongsikan maklumat dari newsletter yang diemailkan oleh Bookhitch.com. Artikel di bawah ditulis oleh Barbara Joe Williams. ZAMRI MOHAMAD We have two great articles in this month’s newsletter. The first is about recognizing some common mistakes made when creating a book, bringing it to market and how to avoid them. The second article is about self-publishing and the author’s personal experiences. We hope that you find these articles beneficial and will share this information with fellow writers. 23 MISTAKES FIRST TIME AUTHORS MAKE (How to Avoid Them) By Barbara Joe-Williams As a first time self-published author, you want to avoid making as many costly mistakes as possible. Based on research and over two years of publishing experience, I’d like to share some of the mistakes that I’ve made and show you how to avoid making them. Please proceed with caution. 1) Publishing books with unattractive covers and spending too much money on them. Hire someone to design an attractive fr

Dakwah maya ke bumi Amerika

Salah satu gambar kirimanku yang dipaparkan di laman web newyaerpeace.org secara bergilir-gilir Dua keping gambar yang aku ambil ketika zaman belajarku terpilih untuk dipamerkan di laman web newyearpeace.org. Sebenarnya, ketika menjadi webmaster bagi laman web kolej kediaman Ali Ibn Abi Talib, UIAM www.aliman.worpress.com seorang profesor menghubungiku melalui laman web ini. Itu pun selepas beliau melihat foto-foto pameran kemerdekaan di kolej yang menjadi projek terakhirku (beberapa hari selepas aku bergelar graduan) 5th November, 2006 Dear Friends at Ali Ibn Abi Talib college, My students and I are developing New Year Peace Art Show and website and I wanted to invite you to participate. More information is at newyearpeace.org I am looking forward to hearing from you, Sincerely, Hirsh Diamant, PhD Dua keping gambar aku kirimkan. Pertama gambar dua saudara muslim berpelukan. Gambar itu aku ambil ketika sambutan aidiladha di UIAM. Kedua, gambar program orientasi MAARUF kolejku. Gambar

Hendak menjadi penulis

Berminat menjadi penulis? Datanglah ke kursus-kursus ini. Insya Allah ada rezeki kita belajar bersama-sama. Kursus 1: Tajuk kursus: Menulis buku cerita-cerita agama untuk remaja. Tarikh: Sabtu 4 November 2006 Masa: 10 pagi - 5 ptg. Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata. Cara mendaftar: Hantar SMS kepada En. Faris 019 286 2600. Emel farish@pts.com.my Kursus 2: Tajuk kursus: Menulis buku agama secara adaptasi. Tarikh: Ahad 5 November 2006 Masa: 10 pagi - 5 ptg. Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata. Cara mendaftar: Hantar SMS kepada En. Faris 019 286 2600. Emel farish@pts.com.my Kursus 3: Tajuk kursus: Menulis novel jibunsyi. Tarikh: 11 November 2006 Masa: 10 pagi - 5 ptg. Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata. Cara mendaftar: Hantar SMS kepada Cik Ashikin 019 744 5861. Emel ashikin@pts.com.my Kursus 4: Tajuk kursus: Teknik surah Yusuf. Tarikh: 12 November 2006 Masa: 10 pagi - 5 ptg. Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata. Cara mendaftar: Hantar SMS kepada Cik Ashikin 019 744

Intelek Muda dicetak rompak III

Meskipun Islamhadhari.net telah mengeluarkan kertas kerja tersebut. Bukti ia pernah disiarkan dalam web tersebut telah dimasukkan dalam enjin pencarian Google (klik untuk paparan lebih besar)

Intelek Muda dicetak rompak II

Kertas kerja dengan nama Dato Dr Nordin Kardi tercatat pada tahun 2006 yang dikeluarkan dari Islamhadhari.net (klik untuk paparan lebih besar) Artikel asal Muhtar yang disalin bulat-bulat DUA tahun kemudian. (klik untuk paparan lebih besar)

Intelek Muda dicetak rompak

Oleh ZAMRI MOHAMAD Plagarisma dalam dunia penulisan merupakan satu unsur jenayah intelek yang sama seriusnya seperti jenayah cetak rompak yang lain. Dunia akademik memandang plagarisma sebagai satu penyakit yang membunuh perkembangan intelek dan membunuh jaminan pemeliharaan karya asli seseorang apabila ia siap dihasilkan. Ia pernah menjadi isu kampus dan mencetuskan kebimbangan para pensyarah apabila melihat fanomena ini semakin menjadi-jadi di kalangan para pelajar mereka. Tiru meniru dalam dunia penulisan bukanlah sesuatu yang baru. Meniru sebuah idea yang sudah dizahirkan dalam sebarang bentuk termasuklah dalam bentuk bertulis tidaklah menjadi kesalahan sekiranya ia dipersembahkan semula dalam bentuk yang lain. Undang-undang tidak melindungi idea tetapi penzahiran dalam bentuk yang jelas dilihat, didengar dan dirasa sememangnya menjadi satu aset pencipta yang wajar dijaga hak-haknya. Malang sekali sekiranya budaya tiru-meniru dalam penulisan berlarutan kepada amalan plagarisma yang

Motivasiminda akan bertukar rumah

Insya Allah laman web rasmi Motivasiminda akan berwajah baru. Laman web ini diubah suai demi memenuhi keperluan dan keselesaan pengunjung serta penulis. Catatan angka pengunjung terakhir yang direkodkan oleh Geocities bagi setiap laman dalam Motivasiminda ialah 8431 pengunjung sejak tahun 2005. Blog ini pula melebihi 10, 500 pengunjung sejak dilancarkan tahun lalu. Bagi para pengunjung yang ingin memberi cadangan boleh memaklumkan kepada penulis. Kita jadikan lama web Motivasiminda sebagai laman web bersama.

Al Fatihah

Bonda kesayangan Puan Ainon Mohd.,Presiden UNIKA PTS kembali ke rahmatullah pada jam 5.50 pagi ini selepas sekian lama berada di wad Shah Alam Medical Centre, Selangor. Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin, Masjid Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor hari ini. Semoga Allah merahmati rohnya dan diletakkan bersama roh orang yang soleh dan mati syahid. Al Fatihah. Sumber: www.universitipts.com

ANSAR-MITV Satu keluarga sudah tinggal berdua

Satu keluarga setahun lalu, kini tinggal berdua. Hanya bos dan pembantunya. Kenangan yang menguatkan harapan dan penuh cabaran. Terima kasih! MITV tidak dapat berselindung lagi apabila kumpulan Media Prima melalui empayar beritanya telah mendedahkan pemberhentian 200 pekerja (2/3 dari jumlah keseluruhan) pada hari pertama mereka bekerja selepas cuti Aidilfitri. Kali ini, 200 pekerja ini tidak duduk diam. Melalui dua kesatuan sekerja, mereka akan membawa kes ini ke muka pengadilan. Meskipun MITV berjanji untuk mengambil semula para pekerja ini selepas penstrukturan organisasi dan rancangan perniagaan selesai. Dijangka cerita ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Bukan sahaja organisasi induk ini sahaja akan dikorek ceritanya oleh media. Boleh jadi, pembekal siaran-siaran dalam MITV juga akan disiasat bermula dari pengambilan pekerja, pengurusan kewangan, gerak kerja, kepimpinan sehinggalah pemberhentian pekerja. Satu persatu akan timbul melalui empayar berita yang ditonton hampir 2.1

Hari raya hari membaca

Dari kiri, Fateh (si abang), Alia (si adik) dan sepupu mereka Aina. Lepas sembahyang sunat Aidilfitri terus ambil majalah. Aku pun tak tahu, mereka faham ke tidak. Majalah ANIS pula yang dibacanya.

Takbir raya dan kuburan

40 jemputan takbir raya menjalankan misi doa pinta rahmat Rumah bernama Sri Kelana saban tahun kedengaran takbir di dalamnya Rumahku dan surau tempat kami berkumpul untuk takbir raya (klik untuk paparan lebih besar) Aidilfitri tahun ini lebih membawa kejutan baru dalam budaya masyarakat kampung Pokok Mangga. Tahun-tahun terdahulu memperlihatkan jumlah anak-anak kampung yang makin berkurangan setiap malam raya. Hanya tinggal orang-orang tua yang menjadi ketua untuk memenuhi jemputan tuan rumah bertakbir di rumah mereka. Tahun 2006 berbeza apabila hampir 40 orang dengan majoriti kanak-kanak yang bersekolah turut serta dalam aktiviti takbir dari rumah ke rumah. Tidak semua kampung melakukan aktiviti seperti ini. Jika di beberapa kampung di Selangor khususnya di Sabak Bernam, takbir raya di rumah dilakukan selepas solat sunat Aidilfitri. Di Johor pula ada marhaban dilakukan sekali. Di sesetengah tempat, ia dilakukan hanya di surau dan ada pula yang sunyi sepi tanpa apa-apa bunyi. Anak-

Cikgu Rejab

Cikgu Haji Rejab Abdullah merupakan guruku dari tahun 1992 sehinggalah sekarang (tidak ada istilah bekas guru dalam hidup aku). Beliau adalah satu-satunya individu yang sangat sayangkan sekolah tempat beliau berkhidmat. Aku kenali beliau ketika beliau mengajar matapelajaran sejarah tingkatan dua. Kalau dengan guru-guru lain memang nampak gaya mengajarnya, tetapi cikgu Rejab lebih banyak bercakap mengenai subjeknya. Seolah-olah berbual-bual dengan anak muridnya. Beliau merupakan bekas tentera. Zaman mudanya, beliau digeruni. Penampar yang hinggap di muka mana-mana anak muridnya pasti akan diingati sampai bila-bila. Sekolah Tinggi Melaka kehidupannya. Sekolah Tinggi Melaka merupakan darah daging beliau. Selama beberapa tahun aku bersekolah di sini, cikgu Rejab sangat bersemangat untuk menukar status Sekolah Tinggi Melaka sebagai sekolah pertama dan tertua di Malaysia. Dari muzium ke arkib dan kementerian pendidikan beliau pergi untuk mengembalikan status sekolah ini dalam sejarahnya. Se

Penagih berhari raya

Satu fanomena perayaan yang berlaku di Melaka yang bakal menjadi praktis di kalangan golongan ini. Ziarah Aidilfitri oleh penagih-penagih dan penghisap gam di hari perayaan ini. Rakanku memberitahu sejak awal-awal pagi rumahnya dikunjungi oleh penagih dadah. Kes yang sama berlaku di rumah guruku. Dengan sebatang rokok yang masih bernyala, dia memberi salam dan meminta izin untuk beraya. Selepas makan, dia beransur pulang dan meminta duit raya. Sedangkan umurnya sudah melebihi 20 tahun. Hari raya untuk mereka.

Apabila buku-buku Tempatan dihargai.

Orang berjalan-jalan raya di rumah kawan-kawan, aku dan tiga orang kawan aku berjalan-jalan di pusat membeli belah. Maklumlah, sudah dua hari raya suasana menjadi seperti hari-hari biasa. Tahun ini memperlihatkan suasana yang berbeza di kedai-kedai buku yang berada di kompleks membeli belah Mahkota Parade, Melaka. Jika dahulu kedai buku Thai Kuang milik ahli perniagaan berbangsa cina ini menempatkan novel-novel Inggeris dan alat-alat tulis di hadapan, kali ini buku-buku dalam bahasa Melayu ditempatkan di rak-rak buku di pintu masuk kedai. Di Popular pula, tidak dinafikan buku-buku dalam bahasa cina diberi keutamaan untuk berada di hadapan pintu masuk. Tetapi setidak-setidaknya, buku-buku tempatan dipilih untuk dipamerkan. Alhamdulillah, Memahami Bahasa Cinta Lelaki dan 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki turut dipamerkan. Semestinya buku berhantu , 55 Petua Orang Berjaya karangan seniorku masih mendahului.