Langkau ke kandungan utama

Cikgu Rejab


Cikgu Haji Rejab Abdullah merupakan guruku dari tahun 1992 sehinggalah sekarang (tidak ada istilah bekas guru dalam hidup aku). Beliau adalah satu-satunya individu yang sangat sayangkan sekolah tempat beliau berkhidmat.

Aku kenali beliau ketika beliau mengajar matapelajaran sejarah tingkatan dua. Kalau dengan guru-guru lain memang nampak gaya mengajarnya, tetapi cikgu Rejab lebih banyak bercakap mengenai subjeknya. Seolah-olah berbual-bual dengan anak muridnya.

Beliau merupakan bekas tentera. Zaman mudanya, beliau digeruni. Penampar yang hinggap di muka mana-mana anak muridnya pasti akan diingati sampai bila-bila.

Sekolah Tinggi Melaka kehidupannya.

Sekolah Tinggi Melaka merupakan darah daging beliau. Selama beberapa tahun aku bersekolah di sini, cikgu Rejab sangat bersemangat untuk menukar status Sekolah Tinggi Melaka sebagai sekolah pertama dan tertua di Malaysia.

Dari muzium ke arkib dan kementerian pendidikan beliau pergi untuk mengembalikan status sekolah ini dalam sejarahnya. Seingat aku, pada tahun 1996 beliau berkata, "Beberapa tahun akan datang sukatan pelajaran sejarah akan berubah. Penang Free School bukan lagi sekolah pertama dan tertua di Malaysia."

Beliau berjaya.

Anak angkat anak sendiri.

Menurut kisah seorang guru lain, ketika awal-awal profesion perguruan beliau kehidupan mereka cukup sederhana. Dalam kesederhanaan itu beliau masih mengambil anak-anak angkat di kalangan mereka yang yatim piatu.

Kerana terlalu ramai ia memberi tekanan perbelanjaan yang tinggi melebihi gajinya. Beliau bersikap seperti biasa seperti tidak ada apa-apa berlaku.

"Sehinggalah pada suatu hari, saya pergi ke rumahnya. Apa yang dihidangkan kepada saya hanya nasi goreng biasa sahaja. Rupa-rupanya itulah makanan mereka setiap hari bersama-sama anak-anak angkat beliau," cerita guru itu kepadaku, matanya bergenang air mata.

SMS menggemparkan.

Mana-mana anak muridnya dari yang berumur 40an sehinggalah 20an akan datang ke rumahnhya setiap kali berhari raya. Ingatan kami terhadap beliau seperti ingatan kami kepada ahli keluarga yang paling akrab.

Pernah berlaku kejutan apabila kami menerima pesanan ringkas memaklumkan beliau telah meninggal dunia. Dalam kejutan tersebut, rupa-rupanya berita itu tidak benar.

Memang benar beliau sakit pada hari yang disebutkan. Kemudian ibunya datang menjaganya sehingga sembuh. Apa yang terjadi, sembuh sahaja cikgu Rejab dari penyakitnya, ibunya pula yang meninggal dunia.

Cari jodoh untuk murid

Aidilfitri lalu sempatlah aku dan dua orang rakan lagi bertandang ke rumahnya. Kemudian datang pula anak muridnya dengan ahli keluarganya bersama.

Salah seorang rakanku tertarik dengan seorang gadis yang datang bersama keluarga itu.

Selepas pulang dari rumah beliau, dia menghubungi beliau, "Minta maaf cikgu, sebentar tadi ada seorang gadis dengan keluarganya datang ke rumah cikgu. Kalau diizinkan, saya ingin berkenalan."

Terus terang sahaja tanpa selindung. Berkenalan belum tentu 100% berkehendak. Langkah awal dengan adab diatur.

Jawab beliau, "Jangan bimbang, nanti cikgu tanyakan."

Dua jam selepas itu cikgu Rejab menelefon.

"Cikgu sudah tanyakan. Dia hendak ke Amerika, sambung pelajaran di sana. Tidak apalah adalah jodoh kamu dengan orang lain. Usaha lagi," katanya kepada rakanku yang masih teringat-ingat cadar pengantin yang dibeli ibunya.

Untuk siapa cadar pengantin itu?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .