Langkau ke kandungan utama

Takbir raya dan kuburan

40 jemputan takbir raya menjalankan misi doa pinta rahmatRumah bernama Sri Kelana saban tahun kedengaran takbir di dalamnyaRumahku dan surau tempat kami berkumpul untuk takbir raya (klik untuk paparan lebih besar)

Aidilfitri tahun ini lebih membawa kejutan baru dalam budaya masyarakat kampung Pokok Mangga. Tahun-tahun terdahulu memperlihatkan jumlah anak-anak kampung yang makin berkurangan setiap malam raya. Hanya tinggal orang-orang tua yang menjadi ketua untuk memenuhi jemputan tuan rumah bertakbir di rumah mereka.

Tahun 2006 berbeza apabila hampir 40 orang dengan majoriti kanak-kanak yang bersekolah turut serta dalam aktiviti takbir dari rumah ke rumah. Tidak semua kampung melakukan aktiviti seperti ini. Jika di beberapa kampung di Selangor khususnya di Sabak Bernam, takbir raya di rumah dilakukan selepas solat sunat Aidilfitri. Di Johor pula ada marhaban dilakukan sekali. Di sesetengah tempat, ia dilakukan hanya di surau dan ada pula yang sunyi sepi tanpa apa-apa bunyi.

Anak-anak kampung Pokok Mangga yang sudah bertaraf veteran meluahkan perasaan mereka dan berkongsi pengalaman mereka sepanjang beraya di sini.

"Saya sudah duduk di sini 30 tahun. Saya bukan orang sini pun, tinggal di sini sebab bekerja. Apabila pulang ke kampung asal, orang pun tidak kenal kita lagi. Lihat kita dengan curiga adalah," kata seorang pakcik. Beliau telah bersara dari kerja sebagai pekerja am sekolah.

"Saya pula sudah tinggalkan kampung ini dari tahun 1970an. Rupa-rupanya masih ada yang ingat nama saya lagi," kata seorang lagi apabila beberapa orang kampung seusianya menyapanya.

"Berbeza sungguh sambutan raya di kampung ini dahulu dan sekarang. Zaman kita kecil-kecil dahulu, kalau tak penuh poket baju Melayu dengan kuih raya memang tak sah. Sekarang, budak-budak segan sedikit," cerita seorang pakcik sambil ketawa.

"Aku ingat lagi dari waktu dia sekolah lagi sampai sekarang. Lama juga kita pergi bertakbir sama-sama," kata jiran sebelah rumah sambil memandangku.

Dari jam 9.00 malam sehingga jam 1.00 pagi, 14 buah rumah telah dikunjungi, hidangan dari yang bersifat tradisional hingga yang moden telah pun dijamah. Takbir raya kampung Pokok Mangga, masih cuba mempertahankan tradisi.

Kuburan ini satu masa dahulu menjadi tempat yang indah . Terasa angin laut yang menyebarkan bau wangi bunga kemboja. Kini di hadapanya berjalan projek lebuhraya persisiran pantaiAl fatihah buat ayahanda, Mohamad Hj Omar. Pejuang & pemberi inspirasi dalam diamnya
Kedudukan tanah perkuburan dari rumahku (klik untuk paparan lebih besar).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .