Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2006

Syeik Muhammad Tantawi

Jika kelam kabut, pasti ada benda tertinggal. Tambahan lagi, kalau benda yang tertinggal itu sangat penting. Pagi tadi, jam 10.00 sehingga jam 12.00 tengah hari, Syeikh Al Azhar, Muhammad Tantawi datang ke UIAM untuk memberi ceramah bertajuk Muslim Unity in 21st Century, Challenges and Prospects. Agenda sepenting ini harus dijadikan bahan berita bergambar, setibanya di dewan aku dapati ada satu benda penting tertinggal, kamera digital. Hilang semangat untuk membuat liputan untuk hari itu. Tetapi berjumpa dengan tokoh ulama ini sudah cukup mengembalikan semangat aku. Dengan alat penterjemah yang disediakan bagi mereka yang tidak begitu fasih dalam bahasa Arab, Syeikh Tantawi menyampaikan ceramahnya. Pada pandangan aku, Syeikh Al Azhar ini pasti akan mengeluarkan pandangan-pandangan dan pendekatan mutakhir sesuai dengan kemampuannya dalam mengeluarkan pandangan mengikut keperluan masyarakat hari ini. Namun, pandanganku meleset. Berbeza dengan siri ceramah yang pernah aku hadiri di dewan

Majlis Pelancaran Dan Bedah Buku Rufaqa

Majlis Pelancaran Dan Bedah Buku Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia Mega View, Menara Kuala Lumpur, 20hb. Mei 2006 (Sabtu) Majlis Telah dihadiri oleh lebih 200 orang yang terdiri dari tetamu VIPnya iaitu Dato' Ariffin Suhaimi beserta isterinya Datin Marhamah,Jeneral Bersara Akhbar Deen, ahli korporat, wartawan, guru, pelajarpusat pengajian tinggi, sekolah menengah, guru serta surirumah tangga. Ucapan Wakil Rufaqa Corporation, En Luqman Hakim menyatakan bahawa isu kerosakan manusia yang kini melanda seluruh dunia berpunca dari salahmenerima tafsiran pendidikan itu sebenarnya. Pendidikan yang tidak mengaitkan Tuhan dalam kehidupan membuatkan manusia tidak dapat berkasih sayang sesama manusia. Majlis telah dirasmikan oleh Yang berbahagia Dato' Ariffin Suhaimi selaku Pengerusi PERKIM. Beliau menyatakan bahawa program Bedah Buku ini adalah satu majlis ilmu dan beliau juga telah banyak membaca buku-buku hasil tulisan Ustaz Hj. Ashaaari Muhammad. Beliau menyatakan bahawa Buku

Perempuan, lelaki dan rahsia

Dua hari ini aku habis-habisan nak menyiapkan manuskrip ke tiga dalam mendedahkan rahsia lelaki dalam dunia perhubungan dan kasih sayang. Dengan situasi sekarang yang memerlukan aku berjaga dan menyiapkan kerja-kerja di studio dan bilik editor di Ansar, agak tersangkut juga. Paling akhir, aku sibuk menyunting video dari jam 10 pagi sehingga 6 pagi keesokannya. Ia berakhir dengan kepada aku pening, loya dan berat dek renjatan tugas secara tiba-tiba ini. Bak kata seorang sahabat, "Budak praktikal seperti 'cheap labour'. Memang kena perah habis-habisan." Bukan itu soalnya. Selama beberapa minggu bertugas di Ansar, aku berkesempatan ke Borders, seberang jalan dari pejabat melihat apa buku-buku terbaru untuk mendapat idea penulisan. Di rak buku-buku Melayu, kedua-dua buku ada di sana. Memang bersemangat kalau lihat ia diletak di rak bersama-sama buku-buku hasil penulis mapan. Moga-moga berkat bersama-sama mereka, ia membina hati dan fikiranku untuk menjadi manusia yang ber

17 buku bisnes dilancar

Petikan diambil dari www.pts.com.my Sebanyak 17 judul buku bisnes dan pengurusan dilancarkan oleh Dato' Seri Abd. Rahman Maidin, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Majlis bermula dengan alunan muzik indah oleh kumpulan gamelan UIAM bagi menarik perhatian pengunjung Plaza Alpha Angle, Wangsa Maju. Dato' Seri Abd. Rahman bersama isterinya tiba tepat pada pukul 2.30 petang. Juruacara memulakan majlis dengan ucapan berkenaan tujuan dan matlamat program sebelum menjemput Faris Hasbullah bagi membaca doa memohon rahmat Tuhan. Encik Rashid Azad Khan (CEO Kumpulan PTS) memberi ucapan yang hebat bagi mengalu-alukan kesudian Dato' Seri hadir dan menceritakan latar belakang PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ucapan pelancaran Dato' Seri juga tidak kurang hebatnya. Walaupun menerajui satu pertubuhan yang berpengaruh, ucapan beliau yang begitu merendah diri amat mengagumkan. Juruacara pula memperkenalkan beberapa orang penulis selepas ucapan pelancaran Dato' S

Nasyid Inggeris

sebuah nasyid dari Amerika yang bersifat kontemporari. Dengan menjadikan lokasi Masjid Jalan Duta dan pelakon kanak-kanak Melayu, ia menjadi tarikan, video klip Khallel Muhammad, Muslim warganegara Amerika, sememangnya menarik perhatikanku menontonnya.

Motivasi Islami penuhi permintaan, bantu bentuk masyarakat dengan ilmu

Motivasi Islami penuhi permintaan, bantu bentuk masyarakat dengan ilmu Berita dan gambar Zamri Mohamad Dunia penerbitan buku motivasi Malaysia dirancakan lagi dengan pelancaran tiga buah buku daripada Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood di Restoran Sri Melayu, jalan Conlay baru-baru ini. Pelancaran ketiga-tiga buku beliau merupakan penglibatan beliau membabitkan diri dalam penulisan buku setelah sekian lama berdakwah dan menjadi perunding motivasi. Pada majlis tersebut, beliau menerima anugerah ‘Outstanding Artist Award 2005’ dari Pengarah Urusan Telaga Biru, Haji Waharp Yusoff kerana pencapaian rekod jualan yang membanggakan. Menyentuh tentang keperluan lebih banyak buku-buku motivasi berbahasa Melayu di pasaran. Ustazah Siti Nor Bahyah mengatakan, “Untuk mencapai standard sebuah negara yang maju, 25 000 buku pelu diterbitkan dalam setahun. Bagi mencapaikehendak Wawasan 2020, kita harus mempunyai sasaran ini.” Cakar Harimau - Tip Kebahagian Rumahtangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan

Pelancaran Buku Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (1)

Baru-baru ini aku dihantar untuk sidang media, pelancaran buku-buku Motivasi ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood di Glass Room, Restoran Sri Melayu, Jalan Conlay. Aku berpeluang merakamkan beberapa acara penting yang aku boleh pelajari. Sempat juga mengajukan beberapa soalan yang turut terkandung dalam video ini. Ia melibatkan ucapan pendek, ulasan buku, sembang buku dan diikuti dengan soal jawab bersama wartawan. Selepas ini mungkin ada beberapa sidang media dan aktiviti yang akan dirakamkan dan dikeluarkan melalui webTV Motivasi Minda. Selamat menonton. Bahagian pertama

Pelancaran Buku Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (1)

Guru

Guru oh Guru Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi. (Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum manjadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di cer

Beli buku pts secara online

Alhamdulillah, PTS kini sudah memiliki kedai maya yang tersendiri. Kini buku-buku boleh dibeli dari rumah sahaja. Mari kita sama-sama promosikan kedai maya ini melalui blog dan laman web peribadi kita. kunjungi www.shop.pts.com.my

Palestin dalam hatiku

Semalam sekumpulan sahabat dari palestin dan malaysia menaiki setiap blok di kolej untuk mengutip derma bagi kerajaan Palestin. Dari bilikke bilik mereka mengetuk pintu meminta sumbangan dan sokongan. Aku bertembung dengan salah seorang seorang dari mereka, Ahmad Junaidi ketika tiba di kampus. Dengan kotak sebesar tin biskut yang di tangan, aku menepuk-nepuk belakang badannya, sambil bertanya khabar. Habis basah badannya bermandi peluh. Rupa-rupanya di menaiki keempat-empat tingkat blok kediaman dari yang pertama sehinggalah yang keenam dengan 800 pelajar mendiaminya Moga-moga Allah memberi kekuatan dalam perjuangannya.

Promo Buku

Terima kasih buat sahabat yang memberi idea ini. Pendekatan secara online dalam penjualan buku juga boleh melalui penghasilan webTV. Video promo buku yang dihasilkan boleh diselang seli dengan sedikit temubual dengan orang ramai dan gambaran orang ramai sedang membaca buku penulis. Malah, dalam menghasilkan webTV ia boleh dilakukan dengan mewujudkan rancangan talkshow sendiri dengan menonjolkan penulis dan bukunya bersama-sama pengacara. Misalnya, dalam bidang karisma kita mengenali saudara Naim Jaafar sebagai autoriti untuk membincangkan hal tersebut. Ketengahkan satu topik seperti Karisma dan Ais Batu Campur, pengacara berperanan memainkan peranan bertanyakan soalan-soalan yang telah dibincangkan terlebih dahulu sebelum rakaman dibuat. Pastikan gambar kulit buku dan alamat untuk pembelian secara online tertera di penghujung rancangan. WebTV boleh dijadikan pilot atau rakaman contoh untuk mana-mana penerbit dan stesyen televisyen yang berminat untuk menjadikan ia sebagai rancangan te

rezeki kecil rezeki si besar

Pagi, bersarapan. Perkara biasa kalau hati mahu, perut ingin. Bergerak ke pejabat pos untuk menghantar pruf yang siap disemak sebelum bergerak ke tempat kerja, menyambung hari-hari praktikal di sana. "Dah habiskah?" tanya seorang bergelar abang, juruteknik di kampus "Belum lagi. Masih ada dua bulan lagi. Bulan Ogos, Insya Allah," balasku Dua keping roti canai yang dipotong kecil-kecil hanya berkuahkan dal 'banjir'. Sambil telinga menangkap bual bicara abang juruteknik dan sahabat seorang lagi, mata aku melihat satu peristiwa menarik. Dua ekor burung seronok menikmati butir-butir nasi di atas pinggan polystyren yang diletakkan atas rumput di tepi kafeteria. Sambil makan, burung-burung itu seperti bergembira dengan apa yang di hadapan matanya. Sedang sedap makan, tiba-tiba datang seekor burung gagak, lebih besar dari dua ekor burung ini datang dan makan butr-butir nasi itu. Burung-burung kecil terbang meninggalkan pinggan polystyren dan hinggap di pokok, seo

Ulasan 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki

Terima Kasih kepada Cik/Puan Jami'ah Shukri atas ulasan beliau dalam Berita Harian bertarikh 3 Mei 2006.

kawasan lama, kawasan baru

"Rumah anak yatim di sekitar Kuala Lumpur kini ada polisinya sendiri untuk menerima anak-anak yatim," kata abang sambil memandu di sepanjang lebuh raya. "Polisi apa pula?" Jawab abang, "Anak-anak yatim yang hendak dimasukan ke rumah-rumah tersebut mesti sudah tahu membaca dan menulis. Jika tidak, mereka tidak akan diterima." Sudah pandai baru boleh masuk rumah anak yatim. Itu syaratnya. Mungkin bukan semua tempat, tetapi apa rasionalnya? Tambah abang lagi, "Kecuali satu di Titiwangsa, rumah anak yatim di sana memang mengambil sesiapa sahaja yang ditolak dari dimasukkan ke rumah-rumah anak yantim yang mengamalkan polisi itu. Apa yang diperlukan rumah anak yatim Titiwangsa, ialah individu yang sudi mengajar." Tetapi bilang abang, pengusaha rumah anak yatim itu mengalami kesukaran dengan sukarelawan yang sekejap ada sekejap tidak ada. Kesannya, pendidikan mereka separuh-separuh. Tambah kakak ipar yang mendengar, "Itulah masalah yang berlaku ket

Banjir ria

Hujan di Kuala Lumpur pada waktu petang selalu membimbangkan hati. Sejam lebih, ia tidak berhenti sehingga banjir sekitar kawasan Bukit Bintang. Hari ini situasi yang sama berlaku, hujan lebat ketika makan tengah hari bersama rakan-rakan sejawat di Ansar. Tetapi ceritanya berbeza sedikit. Kelihat seorang lelaki berbangsa india tidak mempedulikan hujan yang semakin lebat. Orang di kiri dan kanannya sudah mula berlari-lari anak mencari tempat berteduh. Dari yang memakai skirt sehinggalah yang berseluar jeans, semuanya bertindak dalam keadaan yang sama. Kecuali lelaki india ini, dia berjalan riang sambil melihat kereta-kereta yang terperangkap dalam banjir kecil. Sedangkan dia berjalan sambil bernyanyi dengan tangan kanannya memusing-musingkan payung yang berwarna-warni. Mengapa dia begitu gembira sekali?

saya dan aku

Dalam blog ini, aku biasanya membahasakan diri sebagai 'aku'. Apabila berbicara dengan orang lain, aku senang membahasakan diriku sebagai 'saya'. Selalunya aku membahasakan diri dengan nama apabila bersama ahli keluarga sehinggalah Jumaat lalu. "Kakak kasihan dengan pelajar-pelajar di sekolah tempat kakak mengajar. Masih ramai tidak dapat membaca dan menulis dengan baik sehingga ke darjah enam," keluh kakak ipar dalam kenderaan yang bergerak laji ke selatan. Sambil memeluk tubuh, mata melihat ke luar, "Saya pernah juga mengajar budak-budak seperti itu di kelas tusyen dahulu," "Apa dia?" tanya kakak iparku lagi. "Saya..," belum sempat menghabiskan kata-kata. "Saya?" dari kakak ipar, adik sehinggalah abang masing-masing memandangku. Mana panggilan biasa yang selalu aku gunakan dahulu? Apa sudah terjadi?