Langkau ke kandungan utama

kawasan lama, kawasan baru

"Rumah anak yatim di sekitar Kuala Lumpur kini ada polisinya sendiri untuk menerima anak-anak yatim," kata abang sambil memandu di sepanjang lebuh raya.

"Polisi apa pula?"

Jawab abang, "Anak-anak yatim yang hendak dimasukan ke rumah-rumah tersebut mesti sudah tahu membaca dan menulis. Jika tidak, mereka tidak akan diterima."

Sudah pandai baru boleh masuk rumah anak yatim. Itu syaratnya. Mungkin bukan semua tempat, tetapi apa rasionalnya?

Tambah abang lagi, "Kecuali satu di Titiwangsa, rumah anak yatim di sana memang mengambil sesiapa sahaja yang ditolak dari dimasukkan ke rumah-rumah anak yantim yang mengamalkan polisi itu. Apa yang diperlukan rumah anak yatim Titiwangsa, ialah individu yang sudi mengajar."

Tetapi bilang abang, pengusaha rumah anak yatim itu mengalami kesukaran dengan sukarelawan yang sekejap ada sekejap tidak ada. Kesannya, pendidikan mereka separuh-separuh.

Tambah kakak ipar yang mendengar, "Itulah masalah yang berlaku ketika zaman kakak belajar dahulu, program-program universiti yang digerakan pelajar ada satu masalah yang selalu berlaku dan sangat ketara. Iaitu konsisten dengan tempat yang di'buka'nya."

Katanya, apabila satu kawasan dijadikan tempat bagi khidmat bakti oleh para pelajar ini, ia seharusnya ada susulan dari pelajar-pelajar lain yang menyertai kelab atau persatuan tersebut pada tahun seterusnya. Masyarakat yang menerima kunjungan mereka khususnya kanak-kanak amat gembira dan berbesar hati dengan kedatangan abang dan kakak dari universiti. Tetapi dalam beberapa keadaan, suka dan harap bertukar kepada benci dan tidak percaya apabila mereka yang dipanggil sebagai adik angkat oleh abang dan kakak dari universiti ini tidak lagi menghubungi mereka. Lebih dari itu, kawasan itu menjadi kawasan khidmat bakti tinggal oleh pelajar-pelajar terdahulu tanpa disambung oleh kumpulan seterusnya yang sibuk membuka kawasan baru.

Namakan apa sahaja, khidmat bakti atau khidmat komuniti, ia bukan sekadar program universiti semata-mata atau tempat mencari sijil pencapaian individu, sebaliknya harus ada rancangan menjadikan ia sebagai agenda berterusan. Kalau bukan di tangan senior, tangan junior harus menyambungnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .