Langkau ke kandungan utama

17 buku bisnes dilancar



Petikan diambil dari www.pts.com.my


Sebanyak 17 judul buku bisnes dan pengurusan dilancarkan oleh Dato' Seri Abd. Rahman Maidin, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Majlis bermula dengan alunan muzik indah oleh kumpulan gamelan UIAM bagi menarik perhatian pengunjung Plaza Alpha Angle, Wangsa Maju. Dato' Seri Abd. Rahman bersama isterinya tiba tepat pada pukul 2.30 petang.

Juruacara memulakan majlis dengan ucapan berkenaan tujuan dan matlamat program sebelum menjemput Faris Hasbullah bagi membaca doa memohon rahmat Tuhan.

Encik Rashid Azad Khan (CEO Kumpulan PTS) memberi ucapan yang hebat bagi mengalu-alukan kesudian Dato' Seri hadir dan menceritakan latar belakang PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ucapan pelancaran Dato' Seri juga tidak kurang hebatnya. Walaupun menerajui satu pertubuhan yang berpengaruh, ucapan beliau yang begitu merendah diri amat mengagumkan.

Juruacara pula memperkenalkan beberapa orang penulis selepas ucapan pelancaran Dato' Seri.

Semoga dengan majlis pelancaran ini meningkatkan lagi kredibiliti PTS di persada dunia penerbitan dan menguatkan jaringan perniagaan bersama DPMM.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .