Langkau ke kandungan utama

Perempuan, lelaki dan rahsia

Dua hari ini aku habis-habisan nak menyiapkan manuskrip ke tiga dalam mendedahkan rahsia lelaki dalam dunia perhubungan dan kasih sayang. Dengan situasi sekarang yang memerlukan aku berjaga dan menyiapkan kerja-kerja di studio dan bilik editor di Ansar, agak tersangkut juga. Paling akhir, aku sibuk menyunting video dari jam 10 pagi sehingga 6 pagi keesokannya. Ia berakhir dengan kepada aku pening, loya dan berat dek renjatan tugas secara tiba-tiba ini. Bak kata seorang sahabat, "Budak praktikal seperti 'cheap labour'. Memang kena perah habis-habisan."

Bukan itu soalnya. Selama beberapa minggu bertugas di Ansar, aku berkesempatan ke Borders, seberang jalan dari pejabat melihat apa buku-buku terbaru untuk mendapat idea penulisan. Di rak buku-buku Melayu, kedua-dua buku ada di sana. Memang bersemangat kalau lihat ia diletak di rak bersama-sama buku-buku hasil penulis mapan. Moga-moga berkat bersama-sama mereka, ia membina hati dan fikiranku untuk menjadi manusia yang berkarya untuk kebaikan dunia-akhirat.

Salah satu fenomena yang menarik perhatianku ialah gelagat pembeli. Kali ini, aku menjadi mata-mata untuk buku sendiri. Sejak di pesta buku lagi aku memerhatikan keadaan ini. Lelaki paling kurang senang apabila kekasihnya membelek-belek Memahami Bahasa Cinta Lelaki dan 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki.

Kejadian pertama di Pesta Buku di PWTC. Jika ditonton semula video gelagat pengunjung di gerai PTS, aku dapat melihat bagaimana seorang lelaki sedang memandang kiri dan kanan , atas dan bawah apabila teman wanitanya sedang membelek-belek buku di gerai. Jika tidak silap aku, ketika itu bab yang dibacanya ialah Tanda-Tanda Pasangan Berbohong. Ia berdasarkan illustrasi yang tertera dan dapat dilihat dari jauh. Memang tidak senang berdiri dibuatnya, apabila si gadis ini menunjukan bab itu kepadanya.

Kejadian kedua, di Borders apabila si lelaki menarik tangan gadis yang sedang membelek buku yang sama. Jarakku hanya tiga hingga empat langkah dari situ.

Dari sini aku dapat rumuskan andaian-andaian mentah ini:

1. Perempuan amat fokus apabila membaca sesuatu yang berkait dengan diri dan perhubungannya berbanding lelaki. Mereka boleh berdiri lama sambil membaca tanpa rasa terganggu dengan keadaan sekeliling.

2. Perempuan akan berkongsi dengan teman lelakinya sebagai cara mengesahkan apa yang dipercayainya, cuba menyampaikan mesej itu kepada teman lelakinya dan seolah-olah ia peringatan yang disampaikan tanpa perlu menyebut namanya.

3. Lelaki kurang gemar jika terlalu banyak tentang dirinya diketahui oleh teman wanitanya. Maka mereka akan bertindak agar perempuan menjarakkan diri dari maklumat itu baik dari sudut fizikal atau mental.

Sekadar pemerhatian peribadi. Selepas ini, rahsia minda lelaki bocor lagi dan lagi. Sememangnya menjadi penulis 'halimunan' banyak memudahkan tugasku.
Catatan: Buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki dan 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki boleh didapati secara online melalui pesanan di sales@ptsmillennia.com atau melayari laman web http://shop.pts.com.my/ dalam kategori Perhubungan dan Cinta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .