Khamis, Jun 24, 2010

Komen Pembaca "Urus Bisnes dengan Google Menambah Pelanggan!"



Petikan entri asal pembaca Urus Bisnes dengan Google, klik di sini

8 Jun 2010
Urus Bisnes dengan Google

Setiap hujung minggu, tempat yang wajib saya dan isteri kunjungi ialah kedai buku. Dan kedai buku yang paling kerap dikunjungi ialah di MPH Apha Angle. Bukan setakat kunjungi kedai buku je kat situ, tapi makan-makan sambil relax melepaskan penat-lelah kerja sepanjang minggu. Kat Alpha Angle ni, walaupun sibuk, tetapi rasa tenang je. Pelik juga ye..

Di situ, saya perhatikan begitu banyak buku-buku PTS dipamerkan dan ianya menjadi bahan-bahan bacaaan yang sering dikurumuni oleh orang ramai.

Satu perkembangan yang amat positif kerana 3-4 tahun lepas, yang ada, majoriti buku bermutu adalah hanya buku-buku dalam Bahasa Inggeris.

Kini, buku-buku dalam Bahasa Melayu pun tidak kurang hebat kualitinya. Dan yang paling menonjol adalah buku-buku keluaran PTS. Tahniah Puan Ainon!

Berbalik mengenai buku yang nak saya review, judulnya, Urus Bisnes Dengan Google, di tulis oleh saudara Zamri Mohamad.

Beliau merupakan penulis yang sejak akhir-akhir ini begitu giat membuka minda orangramai dan peminat-peminat buku.

Saya akan menggunakan format yang agak mudah.

Di bawah ini, anda boleh ikuti apa pendapat saya tentang buku Urus Bisnes Dengan Google ini.

Ringkasan

Kumpulan sasaran buku ini adalah usahawan, peniaga-peniaga kecil, SOHO dan juga peminat-peminat internet yang pantang melihat apa-apa application (mesti nak cuba punya).

Intipati buku ini adalah untuk memberi pendedahan, bimbingan dan menunjukkan cara bagaimana usahawan, peniaga-peniaga kecil serta SOHO dapat memaksimumkan penggunaan Google untuk mempromosikan, memajukan serta mengembangkan perniagaan mereka.

Buat pengetahuan anda, di dalam laman web Google terdapat aplikasi-aplikasi penting yang kadang-kadang kita terlepas pandang dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Di sini terdapat pelbagai aplikasi seperti GMail, Google Talk, Google Profile, Google Docs, Google Calendar, Google Groups, Google Maps, Google Alerts dan Google Search.

Saya pun baru terfikir banyaknya yang aku masih belum manfaatkan walaupun tiap-tiap hari menggunakan Google!

Yang penting, semua aplikasi-aplikasi ini boleh dimanfaatkan oleh usahawan, peniaga-peniaga kecil serta SOHO dengan secara percuma sahaja. Dengan menggunakan aplikasi-aplikasi di Google ini, anda boleh menjimatkan banyak kos perniagaan.

Apa kelebihan-kelebihan aplikasi-aplikasi Google ini?

1. Google Profile – memberikan profile perniagaan yang meyakinkan prospek atau pelanggan.

2. Google Doc – memberikan dan menguruskan pesanan dengan sistematik.

3. Google Calendar – memastikan maklumat sampai tepat pada waktunya.

4. Google Groups – manfaatkan kumpulan pasaran yang tepat dan tersedia.

5. Google Search – pastikan laman web atau blog penawaran produk atau perkhimatan kita senang dicari prospek atau pelanggan.

6. Google Alerts – berikan maklumat bisnes terkini kepada prospek atau pelanggan.

7. Google Maps – prospek atau pelanggan akan lebih mudah mencari atau jumpa premis pernigaan kita.

8. GMail – sistem email yang besar, sistematik dan cekap.

9. Google Talk – mudah untuk berkomunikasi dengan prospek atau pelanggan.

Apa yang saya suka

  • Terdapat 52 bab-bab pendek yang mudah untuk dibaca dan mudah untuk diulang baca.
  • Buku ini setebal 298 muka surat (tidak termasuk mukasurat promosi) dengan harga yang amat murah bagi saya (berbanding dengan kandungannya), RM25.00 sahaja.
  • Setiap bab dimulakan dengan pertanyaan dan masalah sebenar yang dihadapi oleh seseorang peniaga. Jadi, arah tujuan bab tersebut akan lebih jelas pada pembaca.
  • Banyak screenshot-screenshot yang banyak membantu pembaca memahami setiap aplikasi-aplikasi ini.
  • Bahasa yang ringkas dan tepat kepada maksud yang ingin disampaikan.

Apa yang saya tidak suka

Gaya bahasa pada bab dekasi, prakata dan bab Membrandentitikan Bisnes Kecil Melalui Google bunyinya macam ayat terjermahan.

Saya cadangkan, untuk buku-buku berkaitan kemahiran aplikasi IT seperti ini, mulakan bab dengan ringkasan isi keseluruhan dan peta minda di bab-bab awal agar pembaca lebih faham kemana mereka akan dibawa.

Oleh kerana ringkasan dan rajah (seperti peta minda) ada di bab kesimpulan (di belakang), saya sering merujuk bab kesimpulan ini berulang-kali dari belakang sebelum saya meneruskan bacaan saya.

Pendapat saya

Buku ini perlu dibaca oleh setiap usahawan, peniaga-peniaga kecil dan SOHO untuk memanfaatkan teknologi yang ada pada Google untuk memajukan dan meluaskan perniagaan – dengan kos yang amat rendah sahaja (mungkin bayaran sambungan Internet sahaja).

Dengan kandungannya yang bermutu dan ketebalannya sebanyak298 mukasurat, buku ini amat berbaloi.

Oh ya, kepada ahli-ahli MPH, pembeli buku ini mendapat diskaun sebanyak 20% dan diskaun ini berakhir pada bulan Jun ini (tunjuk kad MPH dulu).

Petikan entri asal pembaca Urus Bisnes dengan Google, klik di sini

Bagi memiliki senaskhah buku Urus Bisnes dengan Google, klik di sini.

Cerita selepas membaca buku ini, screenshot blog beliau. Klik imej untuk paparan lebih besar


Komen Pembaca "Urus Bisnes dengan Google Berbaloi!"

Petikan entri asal pembaca Urus Bisnes dengan Google, klik di sini

19 Jun 2010
Urus Bisnes dengan google

Hari ini aku pergi merayap keliling bandar. Sudah menjadi minatku tempat yang aku paling suka adalah kedai buku. Salah satu yang sering ku kunjungi adalah sudut komputer.

Pengetahuan aku mengenai bidang komputer tidaklah begitu luas, jadi aku tercari-cari buku komputer yang boleh menambah pengetahuanku.

Aku terjumpa satu buku bertajuk Urus Bisnes dengan Google tulisan En. Zamri Mohamad yang diterbitkan oleh PTS Professional Publilishing Sdn. Bhd.

Walau pun aku selalu menggunakan google tapi pengetahuanku terhadap google tidaklah begitu luas.

Aku terpegun rupa-rupanya google boleh digunakan untuk berbagai-bagai fungsi.

Terima kasih En. Zamri kerana memberi maklumat yang berguna kepadaku.

Aku membeli senaskah dan dengan penuh minat aku membacanya. Memang berbaloi membeli buku ini kerana memberi maklumat kepadaku yang sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan internet.

Kepada siapa yang berminat belilah buku ini kerana ia memberi banyak maklumat kepada kita.

Petikan entri asal pembaca Urus Bisnes dengan Google, klik di sini.

Bagi memiliki senaskhah buku Urus Bisnes dengan Google, klik di sini.

Isnin, Jun 07, 2010

Wahai pembaca buku Melayu, sudikah kita mencipta perubahan ini?

Sedang menghantar emel kepada MPH Alahai! Mutiara Minda. Selesai membaca majalah Mutiara Minda yang diterbitkan MPH. Majoriti adalah mereka yang menyokong dan menyertai Baca@LRT. Syukur, inilah sumbangan rakan-rakan kita di Baca@LRT dalam usaha memandaikan bangsa.

Majalah Mutiara Minda kini di rangkaian kedai buku MPH. Sumbangan karya oleh para penyokong Baca@LRT juga dipaparkan dalam edisi kali ini.


Paparan karya Tuan Ahmad Fedtri Yahya di majalah Mutiara Minda. Terbitan rangkaian kedai buku MPH. Mudah didapati di rangkaian kedai buku MPH. Tanyakan sahaja di kaunter pembayaran. Insya Allah ada. Selepas ini, dengan izin Allah, dari rencana menjadi buku

Antara ulasan buku yang ditulis oleh penyokong Baca@... yang turut serta dalam Baca@LRT, aktiviti membaca secara spontan di LRT. Muncul dalam majalah Mutiara Minda terbitan MPH. Tahniah kepada anda yang menyokong Baca@LRT


Sekiranya kita tanya apa yang diusahakan bagi memberi tujahan kepada industri buku bahasa kebangsaan. Apakah sumbangan yang paling kecil dapat kita usahakan.

Majalah Mutiara Minda diusahakan bagi mengangkat buku-buku dalam bahasa Melayu. Usaha menerbitkan sudah dibuat, dapatkan senaskhah yang harganya cuma RM3.00 di kaunter pembayaran rangkaian kedai buku MPH.

Ketika mana saudara mendapatkan majalah ini di MPH, sekumpulan pembaca sedang membina web Mutiara Minda. Ini adalah usaha menyokong penerbitan majalah ini agar mendapat sambutan ramai.

Bayaran kepada kumpulan pembaca ini?

Mereka tidak menerima apa-apa bayaran. Mereka mahukan majalah ini naik dan menjadi suara rasmi berwajah komersial bagi industri buku bahasa Melayu.

Jika majalah ini mendapat sambutan, maka ia juga memberi kesan kepada industri buku melalui barisan judul buku baru dalam bahasa Melayu di kedai-kedai buku.

Sudikah kita mencipta perubahan ini?

Sekira saudara merupakan ahli berdaftar MPH, tunjukkan kad dan majalah akan diberikan percuma.



----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Cerita peserta bengkel Blog Shop. Pecutan pertama






Apabila peserta menunjukkan momentum yang tinggi, saya pun terkesan sama. Bengkel sepatutnya tamat jam satu, tamat hampir jam empat petang! Enam orang peserta terdiri daripada peniaga kecil dari Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Buku akan diterbitkan tidak lama lagi.

Saya bertanyakan kepada peserta datang dari Johor. Jawab mereka, "Kami bertolak awal pagi. Suami yang memandu membawa kami dan anak-anak ke sini." Selepas bengkel mereka bertolak pulang semula ke Johor.

Mudah-mudahan dengan usaha mereka, berkati perjalanan jauh mereka ini. Kurnia dan limpahkan rezeki yang halal kepada keluarga ini melalui apa yang diusahakan pada hari ini.

Salah seorang peserta dalam kumpulan hari ini adalah jiran bisnes saya. Iaitu perniagaan beliau terletak di hujung blok bangunan kedai di hadapan kami. Beliau mendapat maklumat daripada internet mengenai bengkel blog shop. Hari ini kami berjumpa buat pertama kali. Beliau adalah usahanita yang membeli bangunan empat tingkat di sini yang dijadikan pusat rawatan kecantikan wanita CTSB.

Katanya kos pengiklanan ditetapkan majalah dan akhbar sudah naik tiga kali ganda, alternatif melalui internet adalah antara yang diusahakan.

Antara perniagaan yang diusahakan oleh para peniaga kecil yang menyertai coaching perniagaan internet blog shop hujung minggu paling aktif di Kuala Lumpur klik di sini.

1. Pes Mee Bandung Johor
2. Kek, candy dan muffin
3. Beg tangan wanita berkualiti.
4. Produk terapi aroma Cleophatra
5. Herba untuk ibu selepas bersalin
6. Ubat kutu untuk ibu yang menghadapi masalah anak-anak yang berkutu. Biasanya apabila dihantar ke taska dan pusat asuhan.

Ada sesiapa mahu membeli produk boleh tinggalkan komen di blog atau pada nota di Facebook bagi entri ini, saya akan maklumkan kepada mereka sementara blog shop dibuat.

Kelas seterusnya adalah pada Julai ini. Informasi di sini.



----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ahad, Jun 06, 2010

Bagaimana mahu mentafsir, tulisan orang yang keras jiwa seni bahasanya?

Bagaimana mahu mentafsir, tulisan orang yang keras jiwa seni bahasanya?




Hari itu bilang, hari itu silang, hari itu hilang. Mana satu hari itu? Hari yang merangkak apabila ditinggalkan.

---

Hari damai panggil agar dekat pada kalbu. Pesona jadi sulaman, lestari syurga setia menunggu. Siapa yang jejak sudah hampir. Rindu itu memuncak.

----

Hujan pagi mendamaikan resah, meminggirkan sunyi subuh. Dengan titisan yang berbicara sesama mereka. Wahai Tuhan, biarkan suara itu bergema bercerita. Kisah manis yang kemudian jadi warna hayatku.

----

Senja di Ancol
Bicara kenang-kenangan
Buat dahulu disapa teman
Untuk hari ini berdampingan saudara akrab
Mentari bicara rasa
Awan melakar kata-kata.



----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

He is not just that into you


Buku He is not just that into you bukanlah novel, tetapi buku pembangunan diri hasil tulisan Greg Behrendt dan Liz Tuccillo. Kemudian buku terbitan tahun 2004 diterbitkan jadi filem pada tahun 2009. Lima tahun selepas itu. Melihat buku ini di MPH tadi mengingatkan saya nasihat Cik Puan Nurismaliza Ismail, editor di PTS Pro agar menjadikan buku-buku kecil saya itu ditulis menjadi novel.



----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Kita adalah aset daripada Allah. Di mana pelaburan kita?



Sebelum program Puan Wardina Saffiyah, seorang penulis Al Juan Rusli memperkenalkan buku beliau terbitan Truewealth, Learn While Your Earn. Beliau menulis buku setebal 60 halaman ini berkongsi teknik bagaimana beliau belajar secara separuh masa selama lapan tahun bermula dari diploma, ijazah dan sarjana dalam tiga bidang berbeza.

Tuan Al Juan Rusli berkata, "Sistem mengurus matlamat adalah berangan-angan, diikuti dengan mencipta matlamat jelas dan fokus bekerja ke arah itu."

Selain itu, seni belajar secara separuh masa ada lima perkara, iaitu;

1. Konsistensi
2. Pengorbanan masa sosial
3. Kesabaran
4. Motivasi dari dalam
5. Fleksible.

Beliau juga menasihati, ramai yang mahu sambung belajar tetapi kekal dengan alasan ini,

1. Tiada masa
2. Tiada wang
3. Tidak mahu komitmen

Kata-katanya, "Belajar itu adalah gaya hidup bukan aktiviti!"


Bagi mengekalkan tumpuan membaca agar mudah apabila sambung belajar kelak, Tuan Al Juan Rusli berkata, "Baca buku non fiksyen 15 minit setiap hari."

Beliau memetik kata-kata Drucker, "Bekerja dengan menumpukan apa kelebihan kita dapat lakukan. Bukan melihat apa kelemahan yang kita miliki."

Katanya, satu penyakit yang dilihat apabila sambung belajar, ada ciri-ciri sombong dan sikap 'saya tahu'.

Katanya lagi, "Menyambung belajar secara separuh masa ini seperti maraton. Larian perlahan tetapi konsisten. Di hujungnya baru kita bertambah laju."

Nasihat beliau, "Kita adalah aset tetap daripada Allah, maka pelaburan jangka panjang bagi menaikkan nilai aset ini adalah pilihan kita. Dalam rasa teruja sambung belajar, sekali sekala berhenti seketika agar kegilaan pada matlamat tidak menyebabkan kita hilang kawan dan keluarga. Untuk apa matlamat itu jika hilang semua?"




----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Enam perkara kami belajar daripada Puan Wardina Safiyyah






Assalamualaikum wbt

Tuan dan Cik Puan yang dihormati dan dirahmati Allah,

Saya doakan Tuan dan Cik Puan berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan urusan dan diberikan kebaikan mendadak dalam apa jua urusan yang dilakukan.

Tuan dan Cik Puan yang sentiasa meletakkan semangat perubahan melalui Baca@LRT,

Seperti biasa, gerakan membaca di tempat awam Baca@LRT turut membaca semasa menunggu pengangkutan awam seperti LRT dan Komuter.

Kami dalam perjalanan ke majlis buku Mama Saya Lapar dan Siapa Alien, tulisan seorang selebriti yang juga pembaca.

Tiba di majlis buku yang juga hos Malaysia Hari Ini TV3, Puan Wardina Safiyyah, kami mendapat nilai tambah apabila hadir ke program ini.

Enam perkara kami di Baca@LRT belajar daripada Puan Wardina Safiyyah.

Pertama

Selepas rakan-rakan penyokong Baca@LRT mendengar bicara buku Puan WarDina Safiyyah Fullxadd di MPH Mid Valley, barulah kami faham seni membaca buku cerita kepada kanak-kanak di rumah dan amalan pemakanan kanak-kanak serta kesan kartun televisyen yang merencatkan imaginasi juga punca kanak-kanak sukar membaca.

Kedua

Sebelum program sempat bertanya, "Mengapa hasilkan dua buah buku dengan dua penerbit yang berbeza dan dilancarkan pada masa sama."

Alaf dan Telaga Biru menerbitkan buku beliau dalam genre berbeza.

Keadaan sesak sepanjang sesi bersama Puan Wardina Safiyyah melibatkan pengunjung MPH. Waktu ini Puan Wardina menyampaikan mesej memandaikan bangsa, "Mengapa saya menulis buku dalam bahasa Melayu."

Kurangnya buku dalam bahasa Melayu yang bermoral dan mempunyai nilai pendidikan tinggi menjadikan beliau berkarya.

Ketiga

Buku Mama Saya Lapar diterbitkan oleh Alaf merupakan buku panduan kepada ibu bapa bagaimana memilih pemakanan yang sihat kepada kanak-kanak.

Puan Wardina memberi pandangan, amalan memberikan pil vitamin dan suplemen tambahan kepada kanak-kanak selain daripada yang bersifat organik memberi kesan kepada pertumbuhan. Ini berdasarkan kajian klinikal yang dilakukan.

Keempat

Puan Wardina berkata, rancangan animasi dan kartun di televisyen terbukti merencatkan imaginasi kanak-kanak. Kajian di Amerika mendapati babak animasi berubah cepat dalam tempoh dua saat. Ini menekan kanak-kanak dari aspek imaginasi yang baru berkembang.

Kedua, beliau menasihati agar ibu bapa menjaga kanak-kanak di bawah dua tahun dan di'haram'kan menonton TV kerana ia mengurangkan daya tumpuan yang menjadikan mereka pembaca yang lambat.

Ini berikutan komunikasi satu hala yang tidak ada interaktif membunuh perkembangan kanak-kanak.

Kelima

Puan Wardina berkongsi tip, "Rancangan kartun di televisyen adalah selektif. Pilih animasi kanak-kanak yang perlahan sifatnya sesuai dengan kanak-kanak. Misalnya Dora the Explorer. Di mana setiap babak diulang dialog-dialognya dalam kadar perlahan. Ada babak bertanya kepada penonton sendiri. Selain itu, saya gantikan aktiviti mereka dengan aktiviti melukis, berlari dan membaca."

Keenam

Apa yang dilakukan Puan Wardina menyebabkan saya kagum. Teknik beliau sama seperti seorang trainer.

Beliau menerangkan dan menunjukkan kaedah bercerita dengan kanak-kanak, kemudian kepada ibu bapa diberitahu sains teknik itu. Kemudian dibuat satu lagi, dan diberitahu sebabnya.

Penerbit buku kanak-kanak mesti belajar daripada beliau kaedah ini.

Ini membuktikan beliau membuat sesuatu dengan sebab yang jelas. Tidak sekadar mahu budak-budak seronok dan ketawa sahaja.

Contohnya, apabila Puan Wardina bertanya kepada kanak-kanak cerita yang disampaikan dari buku, "Mengapa rumah itu tidak ada pintu, bagaimana dia mahu masuk?" kemudian kanak-kanak menjawab spontan, "Ikut tingkap."

Puan Wardina memandang ibu bapa, dan memberitahu, "Puan dan Tuan, dalam teknik menyampaikan cerita kepada kanak-kanak. Kaedah interaktif dapat dibuat dengan bertanya soalan yang menyebabkan dia berfikir misalnya...."

Kemudian dibuat satu lagi dan diberitahu, "Puan dan Tuan. Membacakan buku cerita kanak-kanak dibuat di dalam bilik. Sebab-sebabnya, mengurangkan gangguan tumpuan, menjadikan kanak-kanak lebih terbuka bertanya dan..... "

Baca@LRT mengucapkan terima kasih kepada penyokong gerakan rakyat Baca@LRT yang hadir pada hari ini.

Mudah-mudahan enam tip pengalaman sesi bersama Puan Wardina Saffiyah memberi nilai tambah kepada kita semua.

Album program buku bersama Puan Wardina Safiyyah dapat dilihat di sini

------

Sekiranya entri ini bermanfaat, mohon disebarkan melalui emel, blog dan notes di Facebook bersama-sama link ke Facebook Baca@LRT.

Gerakan ini tidak akan hidup dan berkembang tanpa Tuan dan Cik Puan yang sedang membaca entri ini.

Baca@LRT kita membaca di mana sahaja!

------

P/s Sudahkah anda mendapatkan senaskah majalah Mutiara Minda yang mengandungi hasil penulis mereka yang melibatkan diri dalam Baca@LRT? Dapatkan senaskhah di kaunter pembayaran di mana-mana rangkaian kedai buku MPH.




----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, Jun 05, 2010

Coaching perniagaan internet untuk peniaga kecil





Adakah bengkel ceramah atau bengkel latihan membantu kita?

Pertama, apa jua jenis bisnes yang kita ingin usahakan, formulanya adalah, "Mulakan dengan apa di tangan."

Ada satu cerita dari laman web kursusperniagaan.com,

Dia menguruskan dari kafe kegemaran sambil menikmati teh tarik dan roti kegemaran. Dia telah melakukan meskipun tidak ada pengetahuan internet pada tahap pakar, melainkan sebelum ini hanya tahu emel dan enjin carian sahaja

Perkara paling penting, dia hanyalah peniaga biasa sahaja. Sebelum ini dia tidak percaya, produk dan perkhidmatan dapat dijual di internet.

Formula Mulakan dengan apa di tangan dibongkarkan. Kemudian rahsia peniaga kecil blog shop dedah cara bagaimana.

Mari kita bertanya soalan ini.

Percayakah, kita tidak perlu menjadi pakar internet untuk memulakan bisnes di internet?

Mahukah kita tahu cara menjalankan perniagaan kecil di internet menjual produk sendiri atau produk orang lain pada kos rendah?

Meskipun kita tidak ada pengetahuan membuat blog dan laman web. Bersediakah Tuan dan Puan belajar menjual dan pemasaran produk di internet daripada orang yang pada awalnya tidak yakin dengan perniagaan internet. Kemudian, sebaliknya berlaku?

Penjual nasi lemak sudah memasarkan produk berharga RM1.00 melalui internet. Manakala peniaga karipap berharga tiga keping seringgit pun menjual di internet menggunakan blog di Kuala Lumpur.

Jika saudara ada rancangan berniaga dan memasarkan perniagaan melalui internet, baca maklumat penting ini sekiranya tuan mempunyai komputer riba, streamyx atau pun wireless broadband di rumah.

Coaching perniagaan internet untuk perniagaan kecil adalah salah satu cara membantu kita menguasai kaedah perniagaan di internet. Bagi mendapatkan informasi apakah dimaksudkan Coaching menjalan perniagaan melalui blog.

Coaching menjalan perniagaan melalui blog adalah sesi latihan peribadi membina blog shop menggunakan blogger.com dalam kumpulan yang kecil bagaimana menjual produk di internet secara cepat, mudah dan praktikal.

Ia diadakan dalam tempoh pendek tetapi berkesan bagi pembelajaran secara praktikal.

Pertama

Coaching menjalan perniagaan melalui blog memberi kefahaman 200% kepada peserta kerana ia diadakan dalam kumpulan kecil.

Kedua

Coaching menjalan perniagaan melalui blog membantu peserta mempelajari teori dan praktikal secara serentak dalam sesi.

Ketiga

Coaching menjalan perniagaan melalui blog dikendalikan oleh seorang perunding atau jurulatih dalam perniagaan internet. Paling penting dia pernah menjual produk dan perkhidmatan sebelum menggunakan internet lagi.

Mengapa kita memasuki apa-apa coaching menjalan perniagaan melalui blog?

Carian dan kewujudan blog shop sepanjang empat tahun lalu menunjukkan peningkatan. Bayangkan negara kecil, Singapura menunjukkan kewujudan peniaga kecil yang menjual di blog. Ada yang seawal usia 13 tahun berniaga kecil-kecilan dari rumah melalui blog shop.

Di Malaysia, kewujudan blog yang menjual semakin mendapat perhatian ramai dan disiarkan dalam akhbar nasional antaranya;

Kes pertama

Tidak pernah terlintas di fikiran Siti Zahrah Mat Zin, 35, bahawa dengan mempromosikan coklat buatan tangannya di blog, perniagaan secara sampingannya itu mampu bergerak lebih maju dan mempunyai tempahan berganda.

Tambahan pula, idea membuat blognya sendiri iaitu arahchocolate.blogspot.com itu bukan datang daripada dirinya sendiri, sebaliknya atas cadangan kakaknya yang mahu melihat perniagaan coklat dari rumah itu bertambah maju.

Kes kedua

Sabariah mula membangunkan blog niaga itu sejak Januari 2008 secara sambilan ketika masih lagi bekerja.

Antara produk yang ditawarkan adalah tudung De Zahra dan produk penjagaan badan Victoria Secret. Jelas Sabariah lagi, menjelang musim perayaan, permintaan terhadap produk jualannya meningkat berbanding dengan hari-hari biasa.

Kes ketiga

Memilih untuk menubuhkan blog berbentuk jualan barangan parti kanak-kanak, Khairil Izwan Ahmad Arshad, 33, selaku pengasasnya menjelaskan, kebanyakan ibu bapa kini gemar mengadakan parti hari lahir anak-anak dalam suasana meriah.

Pengalaman sendiri turut memberi inspirasi kepada Khairil untuk serius berkecimpung memasarkan barangan itu melalui blog sejak empat bulan lalu

Daripada kes-kes kejayaan blog shop ini kita bertanya,

Ada yang berkata, promosi perniagaan di internet hanya untuk peniaga besar sahaja. Benarkah?

Peniaga kecil dan peniaga besar, kedua-duanya memerlukan pemasaran di internet. Lihat kehebatan dan genius pemasaran perniagaan kecil dilakukan oleh penjual air di tepi jalan, JJ88. Kami mengkaji cara pemasaran perniagaan kecil ini dan mendapati, laman web dipromosi pada iklan dan bungkusan produk.

JJ88 tidak mempromosi air minuman semata-mata, mereka mempromosikan peluang perniagaan kepada mereka yang berminat dengan bisnes ini. Bayangkan jika saudara boleh lakukan perkara yang sama. Tidak perlu saudara atau pekerja sampaikan mesej berulang kali setiap hari pada orang berbeza.

Mereka hanya perlu melayari laman web bagi mendapatkan maklumat. Perniagaan berkembang kerana penjual bisu di internet .yang bercakap untuk pihak anda.

---

Dipetik dan disusun semula daripada laman web coaching blog shop nombor satu di Malaysia. Inilah bengkel blog shop pada hujung minggu paling aktif di Kuala Lumpur. Informasi mohon klik di sini

----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Perniagaan Internet dengan blog shop pilihan peniaga





Syukur kepada Allah kerana dibukakan hati kita terhadap ilmu baru. Mudah-mudahan dapat kita manfaatkan ilmu yang diberikan oleh Allah sebagai usaha meningkatkan cara hidup kita.

Bercerita mengenai ilmu, saya terdorong berkongsi kepada pembaca mengenai salah satu bengkel yang dikendalikan pada bulan ini. Ilmu menjual melalui blog kelihatan sudah mendapat momentum yang tinggi baik dari segi penerimaan dan kesedaran.

Sebelum buku mengenai bisnes melalui blog atau blog shop ditulis, saya telah mengendalikan bengkel blog shop, dengan tema mulakan apa di tangan. Iaitu menjalankan bisnes bukan dengan meminjam tetapi gunakan apa yang ada terlebih dahulu bermodalkan blog.

Dengan izin Tuhan, bengkel ini benar-benar mendapat impak baik dari segi penyertaan dan permintaan, termasuklah jemputan institusi. Ini menunjukkan trend yang positif.

Saya mengendalikan bengkel perniagaan internet menggunakan blog shop kerana masih ada mereka yang tidak dapat menguasai skil membina web bagi menjual produk. Ini berkemungkinan bahasa HTML dilihat seperti satu bahasa asing dari negara asing. Bahasa di luar bumi.

Dahulu apabila disebut blog shop, orang ketawa kerana dilihat sebagai tidak professional dan tidak ada ciri-ciri kredibiliti bisnes sebenar. Itu kata orang, bukan kata orang bisnes.

Orang bisnes melihat ia adalah peluang. Iaitu menguasai sistem yang mudah untuk dijadikan medium promosi produk dan perkhidmatan. Selagi mana ia dapat menarik pelanggan dan membawa jualan, sistem itu memenuhi kehendak peniaga.

Selepas membawa lebih daripada lima siri bengkel blog shop, kelihatan kaedah blog shop diterima ramai. Bukan sahaja mudah, ia mesra masa peniaga yang sibuk mengurus mencari stok, mengira stok, mengambil pesanan dan membuat penghantaran.

Kaedah blog shop mengambil kira kesibukan peniaga.



Inilah bengkel blog shop pada hujung minggu paling aktif di Kuala Lumpur. Informasi mohon klik di sini

----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Google pecah kebuntuan penulis cari idea penulisan






Saya memetik kata-kata Tuan Irfan, ia diambil dari sebuah buku, "Apabila kita berkata kita sudah tahu, terus dinding kebodohan akan dibina."

Para peserta bersetuju dan kulit buku Baka No Kabe tulisan Takesyi Yoro ditunjukkan kepada peserta.

Ia juga menjadi resipi kepada penulis.

Kemudian sesi pada malam itu mengenai Google saya dedahkan.

Dunia Google untuk penulis bebas terus didedahkan. Satu persatu kaedah disampaikan. Pertengahan tahun 2010 ini menunjukkan betapa penting kita sebagai penulis menguasai seni pencarian maklumat menggunakan Google.

Ia bukan lagi dengan cara masukkan kata kunci dan tekan butang search. Kemudian dilambakkan dengan beribu-ribu maklumat yang tidak relevan.

Sesuai dengan terbitnya buku Urus Bisnes dengan Google, dengan izin Allah saya telah menggunakan semula kaedah ini dalam dunia penulisan. Bagaimana kita mencari maklumat yang relevan sahaja bagi tujuan penulisan.

Seni mencari maklumat ini merangkumi lebih daripada satu aplikasi yang ditawarkan Google. Syukur kepada Allah, satu persatu rahsia didedahkan dan rata-rata peserta berpuas hati. Bukan sahaja membantu mereka apabila mencari maklumat bagi tujuan bekerja.

Bertempat di Hotel Vistana, sempena bengkel penulisan novel anjuran Akademi Penulis yang dikendalikan oleh penulis prolifik, Cik Puan Salina Ibrahim, sesi sejam bersama Google telah memberi perspektif baru kepada 13 peserta bengkel. Bagaimana maklumat dari Google menjadi emas yang memberatkan nilai novel yang dihasilkan peserta.

Mudah-mudahan Allah membantu mereka menjadi 13 penulis novel yang prolifik.

Dari pihak kursuspenulisan.com, dengan izin Allah, satu bengkel penulisan rencana hujung minggu akan diadakan pada 19 Jun 2010 di pejabat kami di Learning Station.

Pada masa sama, saya menjemput kepada mereka yang mahu mempelajari seni penulisan rencana akhbar dan majalah sebagai penulis bebas pada 19 Jun 2010. Bengkel hujung minggu ini adalah di bawah kursuspenulisan.com di bawah pimpinan Tuan Muhammad Firdaus Ariff dan saya. Insya Allah, ia akan menghasilkan ramai penulis bebas yang hasil rencana disiarkan, sebagaimana peserta terdahulu.

Inilah bengkel penulisan rencana pada hujung minggu paling aktif di Kuala Lumpur. Informasi mohon klik di sini

----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Komitmen tentukan kejayaan penulis dan penulisan





Dalam usaha memastikan alumni Akademi Penulis terus menerus berkarya dan menghasilkan karya komersial mereka yang pertama, klinik penulisan dianjurkan oleh pihak Akademi di Wangsa Melawati.

Ini adalah satu komitmen besar kepada alumni yang bersedia selangkah lagi dan secara serius benar-benar mahu menerbitkan karya mereka. Dengan itu, kita akan berpeluang membaca lebih banyak buku-buku yang dapat memandaikan bangsa. Melalui pakej komersial, ia dapat disebarkan kepada khayalak.

Bagi memenuhi fungsi klinik penulisan yang merupakan lanjutan kepada bengkel utama di Hotel Vistana anjuran Akademi Penulis sebelum ini, alumni mesti menyediakan pelan operasi karya mereka.

Di dalam pelan operasi mengandungi informasi lengkap cadangan karya mereka. Pelan operasi ini akan menjadi bahan perbincangan dalam sesi klinik penulisan.

Dengan izin Allah, selaku jurulatih kanan di Akademi Penulis, juga dengan izin Tuan Fauzul Na'm yang mengendalikan sebahagian besar klinik penulis ini, saya berkesempatan berbicara selama 20 minit mengenai perkembangan eksperimen kerja penulisan jarak jauh yang diusahakan. Mudah-mudahan klinik penulisan ini mendorong alumni agar segera dikenali melalui buku terbitan mereka.

Semoga dipermudahkan Allah.

Pada masa sama, saya menjemput kepada mereka yang mahu mempelajari seni penulisan rencana akhbar dan majalah sebagai penulis bebas pada 19 Jun 2010. Bengkel hujung minggu ini adalah di bawah kursuspenulisan.com di bawah pimpinan Tuan Muhammad Firdaus Ariff dan saya. Insya Allah, ia akan menghasilkan ramai penulis bebas yang hasil rencana disiarkan, sebagaimana peserta terdahulu.

Inilah bengkel penulisan rencana pada hujung minggu paling aktif di Kuala Lumpur. Informasi mohon klik di sini

----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.


Jumaat, Jun 04, 2010

Kreativiti melanggar hukum penulisan





Assalamualaikum wbt
Selesai tiga hari berkampung di Ancasa Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan membawa kepada perkenalan dengan para peserta seramai 23 orang. Mereka yang datang menggunakan bas jabatan Lembaga Pembangunan Pembinaan Malaysia (CIDB) bertolak selepas waktu bekerja. Itu pasti perjalanan yang memenatkan. Tetapi mereka tetap segar dan bertenaga kerana

Malam pertama, para peserta didedahkan dengan kreativiti dalam dunia penerbitan. Secara umum, kreativiti dunia penerbitan berdasarkan formula idea oleh Fredrick Harsen dipecahkan kepada tiga iaitu;

Kreativiti penulisan
Kreativiti persembahan buku
Kreativiti jualan buku

Akhir sekali kreativiti pencarian maklumat oleh penulis. Satu lagi formula tambahan dalam dunia kreativiti.

Saya menekankan pentingnya kreativiti dalam pengkaryaan kerana beberapa sebab.

Kreativiti menjadikan penulis belajar mengikuti peraturan dalam pengkaryaan. Kemudian kreativti mendorong penulis melanggar peraturan itu dengan menjadikan ia fleksible berdasarkan keperluan.

Bak kata seorang peserta, "Kerana terlalu mengikut satu acuan yang diberikan, orang itu keras beku. Mengikut sahaja apa yang diberi." katanya ketika kami makan malam bersama.

Tiga hari di Ancasa memberi peluang kepada mereka mempelajari bagaimana kaedah topi kreativiti digunakan dalam penulisan. Topi kreativiti adalah cetusan idea Edward De Bono yang merupakan pakar pemikiran lateral. Beliau memperkenalkan six thinking hat atau enam topi pemikiran.

Melalui topi ini 23 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan yang menjawat posisi pengurus berdasarkan sektor menguasai enam topi berikut;

Topi putih iaitu topi fakta
Topi hitam iaitu topi kritikan
Topi kuning iaitu topi positif
Topi hijau iaitu topi idea baru
Topi merah iaitu topi emosi
Topi biru yang bertindak menyusun ke semua topi

Insya Allah selesai di ANCASA Resort bersama-sama para pegawai CIDB, saya akan berkampung selama sehari pada 19 Jun 2010 ini di pejabat kami di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Seperti biasa, bengkel penulisan hujung minggu paling aktif di Kuala Lumpur akan diadakan. Hanya enam peserta dalam satu bengkel. Sehingga kini, tinggal tiga tempat kosong. Jika tuan dan puan berminat, sudi kiranya melayari laman web ini. Klik di sini.

----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.



Selamat berkreatif!