Langkau ke kandungan utama

Komen Pembaca "Urus Bisnes dengan Google Menambah Pelanggan!"



Petikan entri asal pembaca Urus Bisnes dengan Google, klik di sini

8 Jun 2010
Urus Bisnes dengan Google

Setiap hujung minggu, tempat yang wajib saya dan isteri kunjungi ialah kedai buku. Dan kedai buku yang paling kerap dikunjungi ialah di MPH Apha Angle. Bukan setakat kunjungi kedai buku je kat situ, tapi makan-makan sambil relax melepaskan penat-lelah kerja sepanjang minggu. Kat Alpha Angle ni, walaupun sibuk, tetapi rasa tenang je. Pelik juga ye..

Di situ, saya perhatikan begitu banyak buku-buku PTS dipamerkan dan ianya menjadi bahan-bahan bacaaan yang sering dikurumuni oleh orang ramai.

Satu perkembangan yang amat positif kerana 3-4 tahun lepas, yang ada, majoriti buku bermutu adalah hanya buku-buku dalam Bahasa Inggeris.

Kini, buku-buku dalam Bahasa Melayu pun tidak kurang hebat kualitinya. Dan yang paling menonjol adalah buku-buku keluaran PTS. Tahniah Puan Ainon!

Berbalik mengenai buku yang nak saya review, judulnya, Urus Bisnes Dengan Google, di tulis oleh saudara Zamri Mohamad.

Beliau merupakan penulis yang sejak akhir-akhir ini begitu giat membuka minda orangramai dan peminat-peminat buku.

Saya akan menggunakan format yang agak mudah.

Di bawah ini, anda boleh ikuti apa pendapat saya tentang buku Urus Bisnes Dengan Google ini.

Ringkasan

Kumpulan sasaran buku ini adalah usahawan, peniaga-peniaga kecil, SOHO dan juga peminat-peminat internet yang pantang melihat apa-apa application (mesti nak cuba punya).

Intipati buku ini adalah untuk memberi pendedahan, bimbingan dan menunjukkan cara bagaimana usahawan, peniaga-peniaga kecil serta SOHO dapat memaksimumkan penggunaan Google untuk mempromosikan, memajukan serta mengembangkan perniagaan mereka.

Buat pengetahuan anda, di dalam laman web Google terdapat aplikasi-aplikasi penting yang kadang-kadang kita terlepas pandang dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Di sini terdapat pelbagai aplikasi seperti GMail, Google Talk, Google Profile, Google Docs, Google Calendar, Google Groups, Google Maps, Google Alerts dan Google Search.

Saya pun baru terfikir banyaknya yang aku masih belum manfaatkan walaupun tiap-tiap hari menggunakan Google!

Yang penting, semua aplikasi-aplikasi ini boleh dimanfaatkan oleh usahawan, peniaga-peniaga kecil serta SOHO dengan secara percuma sahaja. Dengan menggunakan aplikasi-aplikasi di Google ini, anda boleh menjimatkan banyak kos perniagaan.

Apa kelebihan-kelebihan aplikasi-aplikasi Google ini?

1. Google Profile – memberikan profile perniagaan yang meyakinkan prospek atau pelanggan.

2. Google Doc – memberikan dan menguruskan pesanan dengan sistematik.

3. Google Calendar – memastikan maklumat sampai tepat pada waktunya.

4. Google Groups – manfaatkan kumpulan pasaran yang tepat dan tersedia.

5. Google Search – pastikan laman web atau blog penawaran produk atau perkhimatan kita senang dicari prospek atau pelanggan.

6. Google Alerts – berikan maklumat bisnes terkini kepada prospek atau pelanggan.

7. Google Maps – prospek atau pelanggan akan lebih mudah mencari atau jumpa premis pernigaan kita.

8. GMail – sistem email yang besar, sistematik dan cekap.

9. Google Talk – mudah untuk berkomunikasi dengan prospek atau pelanggan.

Apa yang saya suka

  • Terdapat 52 bab-bab pendek yang mudah untuk dibaca dan mudah untuk diulang baca.
  • Buku ini setebal 298 muka surat (tidak termasuk mukasurat promosi) dengan harga yang amat murah bagi saya (berbanding dengan kandungannya), RM25.00 sahaja.
  • Setiap bab dimulakan dengan pertanyaan dan masalah sebenar yang dihadapi oleh seseorang peniaga. Jadi, arah tujuan bab tersebut akan lebih jelas pada pembaca.
  • Banyak screenshot-screenshot yang banyak membantu pembaca memahami setiap aplikasi-aplikasi ini.
  • Bahasa yang ringkas dan tepat kepada maksud yang ingin disampaikan.

Apa yang saya tidak suka

Gaya bahasa pada bab dekasi, prakata dan bab Membrandentitikan Bisnes Kecil Melalui Google bunyinya macam ayat terjermahan.

Saya cadangkan, untuk buku-buku berkaitan kemahiran aplikasi IT seperti ini, mulakan bab dengan ringkasan isi keseluruhan dan peta minda di bab-bab awal agar pembaca lebih faham kemana mereka akan dibawa.

Oleh kerana ringkasan dan rajah (seperti peta minda) ada di bab kesimpulan (di belakang), saya sering merujuk bab kesimpulan ini berulang-kali dari belakang sebelum saya meneruskan bacaan saya.

Pendapat saya

Buku ini perlu dibaca oleh setiap usahawan, peniaga-peniaga kecil dan SOHO untuk memanfaatkan teknologi yang ada pada Google untuk memajukan dan meluaskan perniagaan – dengan kos yang amat rendah sahaja (mungkin bayaran sambungan Internet sahaja).

Dengan kandungannya yang bermutu dan ketebalannya sebanyak298 mukasurat, buku ini amat berbaloi.

Oh ya, kepada ahli-ahli MPH, pembeli buku ini mendapat diskaun sebanyak 20% dan diskaun ini berakhir pada bulan Jun ini (tunjuk kad MPH dulu).

Petikan entri asal pembaca Urus Bisnes dengan Google, klik di sini

Bagi memiliki senaskhah buku Urus Bisnes dengan Google, klik di sini.

Cerita selepas membaca buku ini, screenshot blog beliau. Klik imej untuk paparan lebih besar


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...