Selasa, Jun 30, 2009

Apakah jenis buku yang ingin tuan dan puan mahu saya tulis?

Saya mula melihat-lihat paparan kajian pengunjung blog ini. Blog menggunakan Blogspot ini adalah blog ketiga saya. Satu menggunakan Wordpress kerana ia mudah dikesan Google dan satu lagi menggunakan domain saya sebagai persediaan atau back up jika blog ini hilang tiba-tiba.

Saya tergerak melihat statistik Nuffnang yang menggunakan informasi ini untuk memilih iklan apa yang patut disiarkan dalam blog ini. Maka inilah hasilnya.

62 peratus perempuan dan 37 peratus lelaki mengunjungi blog ini.
Majoriti pelajar 45 peratus diikuti pekerja 22 peratus
Umur 19 sehingga 30 tahun paling ramai mengunjungi blog ini


Soalan saya, apakah jenis buku yang ingin tuan dan puan mahu saya tulis dan diterbitkan. Mohon tinggalkan komen pada entri ini. Klik di sini.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, Jun 27, 2009

Enam sebab mengapa saya mahu hadiahkan buku

Sebulan sebelum saya menulis entri ini. Saya sudah berjanji kepada pembaca dan kepada diri sendiri. Saya hargai lontaran dan pandangan yang diberi bagi setiap entri yang ditulis. Pembaca blog ini suka diam-diam sahaja.

Saya sangka tidak ada orang baca blog ini. Ketika menghadiri program Maskara menonton persembahan Dewangga Sakti beberapa minggu lalu, ada seorang dua yang menyapa dan memberitahu saya mereka mengikuti blog saya.

Oh, rupa-rupanya saya tidak gila bercakap seorang diri dalam blog ini sejak tahun 2006.

Saya suka membayangkan blog ini seperti satu pohon besar. Di mana kita bertemu di bawah pohon itu, dari jauh saya lihat saudara datang dengan senyuman dan lambaian. Kita sama-sama duduk di bawah pohon itu bercerita mengenai hidup kita. Kemudian datang teman-teman lain berlari-lari dan ikut serta dalam cerita kita.

Saya sudah ikat janji. Pada teman-teman di bawah pohon ini dan pada diri sendiri. Saya hargai bicara mereka, suara hati mereka dan suka duka pengalaman hidup mereka. Saya sudah niat di hati bahawa saya mahu hadiahkan sesuatu yang saya suka kepada mereka.

Ya, saya suka buku. Kata orang, benda yang kita suka, sukar kita hendak lepaskan. Tapi benda yang kita suka dan kita rela lepaskan, itu namanya didik diri agar melembutkan hati.

Saya sudah janji pada teman-teman di bawah pokok bahawa saya mahukan hadiahkan buku yang saya suka kepada teman yang bicaranya pada petang itu paling menyentuh hati saya.

Mengapa saya hadiahkan buku?

  • Ketika saya masih tadika, arwah ayah saya menghadiahkan saya sesuatu yang mengembangkan imaginasi. Set buku kanak-kanak yang dibalut akhbar menjadi dunia imaginasi saya.
  • Ketika saya sekolah rendah, sepupu saya menghadiahkan sekotak buku cerita. Saya tidak tahu sama ada ia buku yang mahu dibuang atau pun mahu diberi kepada saya kerana saya sendiri. Pastinya, buku-buku dalam kotak kertas itu membuat saya bernafsu membaca satu persatu buku. Ketika itu popular dengan buku cerita nabi yang mempunyai kad ucapan hari raya di belakangnya.
  • Ketika saya di sekolah rendah, guru menghadiahkan saya senaskah buku cerita kerana saya mendapat tempat kedua dalam peperiksaan. Hadiah buku yang disaksikan oleh ibu bapa lain yang datang.
  • Ketika saya di universiti, rakan sebilik saya suka menghadiahkan buku-buku yang selesai dibacanya. Buku yang bukan murah harganya diberi tanpa rasa berat hati. Ya, saya masih terpandang-pandang almari bajunya yang penuh buku dan baju-bajunya dilipat, diletak dalam laci katil.
  • Tidak dilupakan ada hadiah yang diletakkan di hadapan perpustakaan universiti yang tidak mahu diambil oleh pegawai perpustakaan. Selama beberapa hari ia dibiarkan di situ. Tuakng cuci pun tidak mahu mengambilnya untuk dijual sebagai kertas terpakai.
  • Saya kira itu hadiah untuk saya, selepas beberapa hari saya melihat ia dibiarkan dalam kotak yang sudah koyak.
  • Jam satu pagi, saya dan rakan saya membawa beg baju, mengisi buku-buku itu dan dibawa pulang. Kami agih-agihkan hadiah itu sesama kami.
  • Selepas buku Khadijah di Hati Rasulullah terbit, saya dapati pengulas buku yang juga pembeli buku ini membeli bukan sahaja untuk diri. Ada yang membeli kerana mahu dihadiahkan kepada suami dan ada pula rakan-rakan yang membeli untuk rakan yang lain. Pada saya buku adalah hadiah yang paling indah dan jujur maknanya.

Ia simbolik bahawa kita sentiasa percaya dan yakin kebaikan dalam buku itu adalah kebaikan kepada dirinya. Kita gembira jika penerimanya dipayungi kebaikan dan kegembiraan.

Tahun ini saya mahu memulakan langkah memberi semula apa yang saya terima sejak kecil sehingga sekarang. Setiap bulan saya berniat mahu memilih satu komen pembaca yang bertuah untuk menerima hadiah buku sama ada hasil tulisan sendiri atau pun hasil tulisan lain.

Moga-moga budaya menghadiahkan buku ini menjadi budaya dan sebahagian cara hidup kita.

Sebagai permulaan saya memilih komen ini,

Klik di sini bagi melihat entri dan membaca komen penuh beliau.

Insya Allah, akan datang saya akan memilih satu lagi komen berkualiti dan penuh nilai pengalaman, pandangan peribadi dan sudut pandang pembaca yang dapat dimanfaatkan oleh para pembaca lain.

Nota: Bagi mereka yang ingin melihat video komen dan judul buku yang diterima pengirim komen, klik di sini





Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Jumaat, Jun 26, 2009

Tanpa foto anda sebenarnya manusia klon

Semalam kami berbuka puasa di sebuah restoran ala Thailand, saya bertanya, "Kamu semua ada kenangan ketika sekolah rendah?"

Jawab salah seorang daripada mereka, dalam bentuk soalan juga, "Kenangan bagaimana?"

"Kenangan, maksud saya foto-foto ketika sekolah rendah," jawab saya.

"Mestilah ada, banyak," jawab seorang lagi.

"Ambil gambar ketika sekolah rendah perkara biasalah," kata seorang di sebelah saya.

Saya diam.

"Kenapa?" tanya salah seorang daripada tiga.

"Saya tidak ada sekeping pun foto ketika sekolah rendah," jawab saya, keadaan ini salah satu sebab saya membeli kamera meskipun ia kamera murah ketika di sekolah menengah sehingga hari ini.

"Awak tak curigakah kenapa tidak ada foto sekolah rendah?" tanya satu di depan mata.

"Kenapa?" soalan yang sama daripada mereka saya ulang kata semula.

"Manalah tahu kenangan sekolah saudara itu adalah memori yang dimasukkan. Mungkin saudara bayi dalam kebuk sehingga dewasa. Kemudian dimasukkan segala macam memori ketika sekolah rendah," katanya tenang sambil mengunyah buah laici dari dalam gelas besar.

"Tak mustahilkan," balas yang lain.

Jika ya mana makmal yang jadikan saya eksperimen. Biar saya marah-marah mereka. Dalam cerita Judge Dred pun saintisnya ada hasilkan gambar palsu untuk mengaburi beliau daripada mengetahui dirinya tidak ada ibu bapa.

Sah, mereka terpengaruh dengan filem Push. Bahawasanya manusia tanpa koleksi foto kehidupan adalah manusia yang ditipu dengan memori palsu yang dimasukkan ke dalam kepalanya.


Apa yang disangka benar hari ini sebenarnya ilusi.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Khamis, Jun 25, 2009

Bagaimana saudara menulis buku berdasarkan pengalaman orang lain?

Berikut merupakan soalan daripada Cik Puan Athirah, salah seorang peserta kursus kendalian saya. Soalan diajukan melalui ruangan Hubungi dalam web rasmi di sini

Assalamualikum

Saya ingin bertanya.

  • Bagaimana saudara menulis buku berdasarkan pengalaman orang lain?

Saya ketengahkan kaedah ini di dalam buku Tip Menjadi Penulis Bestseller Dalam bab Jadikan Buku Karya Berpengaruh, halaman 130 saya nyatakan susunan teks menggunakan pengalaman orang lain dicadangkan seperti berikut.

  • Mulakan fakta baru.
  • Kemukakan pandangan positif.
  • Kemukakan pandangan negatif.
  • Perjelas dengan contoh.
  • Berikan huraian.
  • Fakta lama dijadikan sampingan.
  • Gunakan ayat aktif.

Sesetengah penulis menggunakan latar penceritaan yang mempunyai dialog sebagai cara mempersembahkan kutipan pengalaman yang dijadikan sebahagian teks tersebut.

  • Bagaimana meyakinkan pembaca tentang kajian yang dibuat?

Kajian yang dibuat perlu dinyatakan sumber. Ini bagi mengesahkan kepada pembaca satu inisiatif telah dilakukan oleh penulis bagi mendapatkan sumber tersebut.


  • Jika ada kajian yang dibuat diambil daripada blog penulis lain, adakah saudara. akan maklumkan kepadanya dan memberi insentif kepada orang itu?

Kebiasaan yang dilakukan adalah memberi kredit sumber. Sebagai contoh, saya memetik pengalaman Puan Norlela Zubir di dalam buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Pengalaman ini saya adaptasi semula dalam bentuk penulisan sendiri. Pada masa sama kredit kepada sumber diberikan dalam buku tersebut.


Nota: Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller boleh didapati di semua rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai buku tempatan lain. Ia juga boleh dibeli secara online di sini.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Stingarden | Rising of the Fallen

Penampilan khas bas Len Seng dan bas mini yang pernah menjadi wajah wajib muncul di Kuala Lumpur.

Apabila dibaca berkali-kali, makin galak memori saya di Kuala Lumpur yang dulunya berjiran akrab sama setinggan pelbagai wajah dari setinggan sekitar Jalan Tun Razak, kini sudah rata jadi sebahagian Institut Jantung Negara, ke setinggan Wangsa Maju, ya! bisa lihat hutan lagi sehingga awal 1990-an.

Jaya Jusco Alpha Angle pula seperti kompleks membeli belah di tengah hutan ketika baru dibuka.

Saya sanggup berdiri dalam bas Len Seng dari bulatan Pahang kerana mahu rasa ketakjuban taman temanya. Singgah di kampung setinggan berdekatan sama rakan-rakan sebelum ke pusat membeli belah itu. Pelanggan utama dari setinggan sekitar.

Sekarang, apabila dilihat semula, aduhai kecil sahaja taman temanya.

Meskipun saya membaca dengan kaca mata period berbeza (1980an), sedangkan period Stingarden berlaku lebih awal lagi dan melalui tahun 1980 juga, latarnya mengenai Kuala Lumpur serupa.

Tahun-tahun di mana Kuala Lumpur tidak gopoh pesat membangun seperti sekarang.

Stingarden merenjatkan neuro memori saya kepada kenangan lama.

  • Ketika mana Kentucky Friend Chicken di Kuala Lumpur adalah KFC yang mempunyai staf yang melayan pelanggan, berpinggan kaca, bersudu garpu besi, makanan dihantar ke meja pelanggan.
  • Di KFC kompleks PERTAMA, orang beratur panjang untuk dapat tempat duduk di dalam restoran. Si gadis menjaga pintu utama, sama seperti staf Pizza Hut di Mid Valley hari ini.
  • Ketika itu orang perempuan berbondong-bondong datang berkumpul di depan SOGO setengah jam awal sambil melihat jam dunia di atas pintu utama.
  • Tepat jam 10 mereka berasak-asak masuk ke SOGO seolah-olah SOGO sudah mahu berhenti beroperasi.
  • Kuala Lumpur punya kompleks membeli belah terhebat sekitar 1980-an iaitu Keramat Supermarket dan Batu Road Supermarket.
  • Peniaga Melayu membuka kedai berbumbungkan kanvas. Dari Keramat Supermarket sehingga simpang ke Dataran Merdeka mereka berniaga dari jam 8.30 pagi hingga 12 malam. Bayangkan kaki jalan kiri dan kanan dipenuhi peniaga-peniaga Melayu.
  • Ya, di situlah saya membeli kaset ND Lala dan radio termahal berharga RM50 daripada pekedai jalanan yang mempunyai lot niaganya di depan Hankyu Jaya.

Inilah novel underground yang punya kegilaan sendiri! Tahniah dan terimakasih Tuan Sinaganaga aka Nordin Ahmad.




Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Isu-isu Mengapa Buku Melayu Belum Dibaca oleh Kaum Cina

Komen diambil semula dari UNIKA

Sasaran jumlah pengunjung berbangsa Cina ke Pesta Buku Antarabangsa sangat dipengaruhi oleh persepsi terhadap buku-buku yang ditawarkan kepada pengunjung.

Seorang rakan saya berbangsa Cina yang saya kenal sejak sekolah hanya datang ke PBAKL pada umur 28 tahun. Beliau berkata selama ini rakan-rakannya berkata, PBAKL hanya menawarkan buku pada orang Melayu, pilihan sedikit, dan tidak sebesar mana.

Tetapi disebabkan pada hari itu beliau tergerak ke sana, akhirnya beliau membeli banyak buku-buku dalam bahasa Melayu dalam pelbagai topik termasuk daripada penerbitan Hidayah sendiri.

Itu cerita persepsi terhadap PBAKL, bagaimana pula persepsi terhadap novel dalam bahasa Melayu?

----

Penerimaan novel Melayu boleh dikatakan semakin hari semakin mendapat respon positif. Dalam pengamatan secara rambang di Melaka misalnya keadaan ini dapat dikesan.

Ada staf-staf berbangsa Cina yang bertugas menjaga premis perniagaan mereka membaca novel dalam bahasa Melayu ketika menunggu pelanggan.

Contohnya di Giant, Melaka kerap saya melihat staf berbangsa cina yang menjual aiskrim di pintu masuk premis membaca novel Alaf dalam pelbagai tajuk ketika menunggu pelanggan.

---

Meskipun media mengatakan adanya perpaduan kaum yang erat di kalangan Melayu, Cina dan India, didapati di peringkat sekolah, corak persepsi terhadap Melayu masih menebal.

Pada tahun 2001, saya diberitahu oleh para pelajar pra U berbangsa Cina, sikap Melayu yang sensistif terhadap isu agama dan bangsa menjadikan mereka sukar mengajukan soalan-soalan.

Mereka dianggap menyerang jiwa orang Melayu sendiri. Mereka menghormati sikap berprinsip tetapi apa yang menjauhi mereka adalah sikap latah tanpa rasional.

---

Sikap latah tanpa rasional mempengaruhi cara ibu bapa mereka mendidik anak-anak. Masih ada lagi di Melaka, Merlimau, bandar Melaka dan sekitar, kepercayaan bahawa produk Melayu yang masuk ke dalam rumah akan memelayukan agama dan cara hidup mereka.

---

Keterbukaan orang Melayu terhadap sikap ingin tahu mereka memberi kesan kepada persepsi mereka. Apabila mereka selesa dengan keterbukaan maklum balas, apa sahaja yang dicadangkan akan diterima termasuk karya yang baik.

Generasi baru Cina lebih terbuka tetapi isu kepercayaan Melayu sebagai individu perlu dibina ketika mana usaha memperkenalkan karya Melayu kepada mereka dilakukan.

---

Di sekolah saya dahulu, pengerusi Kelab Bimbingan Kaunselingnya adalah Melayu, jawatankuasanya 95% berbangsa Cina. Bayangkan, sambutan Maulidur Rasul, hadiah Al Quran kepada pengetua pun dilakukan dan dipersetujui oleh mereka.

---

Ciri-ciri budaya tidak sekadar pakaian kebangsaan dan perayaan sahaja

Ciri-ciri novel Melayu juga perlu mempunyai budaya fikir dan sudut pandang bangsa Cina. Ini bukanlah seperti diuar-uarkan dalam media tradisional, memahami bangsa dengan pakaian tradisional, sambutan perayaan dan amalan ziarah antara kaum (?)

Ciri-ciri novel Melayu perlu mempunyai elemen sudut pandang, konsep hidup, persepsi dan budaya komuniti Cina itu sendiri. Ia dapat dilakukan sama ada diterjemah dalam paparan dunia Melayu atau mencipta variasi komuniti dalam sebuah novel.

---

Bedah siasat karya Cina

Tidak dinafikan faktor bahasa sangat penting dalam penghasilan karya yang baik.

Mungkin kita sudah boleh bermula dengan membedah siasat bagaimana novel-novel dalam bahasa Cina dihasilkan kemudian elemen karya mereka juga dapat diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

---

Promosi bersama

Pada peringkat promosi novel di kedai buku, saya kira satu perkara yang boleh dilakukan ialah promosi bersama.

Yakni penulis novel Cina dan Melayu dalam genre dan subjek yang sama, duduk semeja berhadapan dua kumpulan pembaca membicarakan mengenai novel mereka yang ditulis dalam dua bahasa berbeza.

Ya, ia satu sistem yang kelihatan mustahil. Tetapi adakah ia boleh dilakukan?

Saya beri contoh, bolehkah dua penulis mewakili dua bangsa dari dua penerbitan berbeza bersama dalam Local Author Month sempena hari kemerdekaan di MPH mempromosikan karya mereka menggunakan bahasa kebangsaan?

Ini mungkin tidak membantu jualan pada peringkat awal, tetapi membuka ruang kepada pembaca bukan Melayu bagi memahami apakah di sebalik sebuah karya ditulis oleh penulis Melayu dalam bahasa Melayu.

---

Karya Melayu bereksperimen

Selain itu lancarkan karya eksperimen yang diterjemah dalam bahasa Cina sebagai pengenalan kepada minda dan budaya penulis Melayu ke dalam bahasa mereka.

---

Kerjasama pertukaran karya

Kerjasama pertukaran karya ini diharap membuka pintu awal kepada dua penerbit yang saling bekerjasama. Ia memerlukan penterjemah yang baik untuk kedua-dua pihak mendapat novel terjemahan yang berkualiti selain daripada isu kos yang perlu dibincangkan.

---

Penulis Cina dalam penerbitan Melayu

Projek melahirkan penulis Cina yang menghasilkan karya Melayu di bawah penerbitan Melayu juga dapat digerakkan dari peringkat novel kanak-kanak, remaja sehingga dewasa.

Ia memerlukan satu sesi brainstorming bagi mencari model yang sesuai.

---

Pengiklanan

Mampukah pada satu hari nanti penerbit Melayu membawa ulasan buku kita ke akhbar dan majalah berbahasa Cina bagi paparan ulasan buku. Atau bersediakah kita menyediakan iklan berbayar untuk mempromosikan buku-buku Melayu dalam teks iklan berbahasa Cina?

Kita sudah lakukan melalui majalah Quill MPH, dan Popular. Bagaimana pula majalah dan akhbar berorientasi pembaca Cina?

Kelihatan sukar, tetapi kegilaan kita bereksperimen mungkin memberi satu lagi jalan keluar.

----

Secara umum

1. Bina keselesaan dengan memperkenalkan karya kategori ‘selamat’ terlebih dahulu.
2. Bina kepercayaan dengan memperkenalkan karya yang baik dari segi bahasa, persamaan persepsi dan sudut pandang hidup.
3. Bina kerjasama bermula daripada penerbit, sesama penulis dan media kaum lain.
4. Bentuk persefahaman bersama melalui aktiviti promosi, penterjemahan dan pengedaran.

----

Pandangan saya mungkin ada lebih salah dari benarnya, sekadar melontarkan apa yang saya rasa berkaitan dengan isu ini.


Info Foto: Buku motivasi kerja, Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart dan Mengurus Konflik Gaya Streetsmart boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Selasa, Jun 23, 2009

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah di MPH Alamanda, Putrajaya.

Kedai online Book Cafe tidak mempunyai stok buku ini
Pembaca terus-menerus berdiri di hadapan meja penulis sambil mendengar ceramah Tuan Imran
Dibelek dengan penuh minat
Tuan Shakir (PTS Millenia) membantu. Tuan Imran memberi autograf
Seorang ibu muda membeli buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Assalam alaikum para pembaca blog yang saya hormati.

Pada 20 Jun 2009 lalu, Tuan Imran Yusof dibantu Editor Perolehan, PTS Millenia, Tuan Shakir telah mengadakan sesi ceramah buku dan sesi tandatangan buku berjudul Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah di MPH Alamanda, Putrajaya.

Sesi kali ini mendapat sambutan di kalangan pengunjung MPH Alamanda. Berdasarkan respon, Tuan Shakir memaklumkan terdapat pengunjung bukan Islam dan bukan Melayu yang turut mengikuti program ini.

Salah seorangnya merupakan seorang pelanggan berbangsa Cina yang sudah berusia. Ketika beliau membelek-belek buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, beliau tertarik pada bab warna dan personaliti yang turut dimuatkan dalam buku ini.

Bab ini merupakan huraian kajian Suzy Chiazzari mengenai peranan warna dalam hidup individu. Ini merupakan bab bonus yang kami muatkan dalam buku ini. Pelanggan wanita ini berkata ini antara topik yang digemari oleh cucunya yang turut berada di MPH.

Selain itu, buku ini turut menarik perhatian pembaca-pembaca lelaki. Tuan Shakir berkongsi cerita, "Ada pembaca lelaki yang datang ke meja penulis, kemudian membelek-belek buku. Kemudian beliau keluar dari MPH dan membawa masuk rakan lelakinya yang lain," jelas beliau.

Foto menunjukkan sambutan yang menggalakkan dan sokongan para pembaca yang mengerumuni meja penulis meskipun terpaksa berdiri selama sejam program berlangsung.

Menariknya ialah budaya membeli buku kini bukan sahaja membeli untuk diri sendiri tetapi mereka juga membeli untuk dibelikan untuk dihadiahkan kepada orang lain.

Ini dapat dilihat melalui permintaan pembaca yang mahu buku ditandatangani dengan didedikasikan nama rakan mereka di dalam buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Sehingga entri ini ditulis, buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah masih dalam proses ulang cetak.

Kami mengharapkan buku ini terus mendapat sokongan ramai dan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Kami akan terus menulis dengan matlamat yang jelas, memandaikan bangsa dengan karya baik dan bermanfaat dunia dan akhirat.

--------



Sedikit catatan daripada Tuan Imran yang berada di sana.

"Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 20 Jun 2009, saya berpeluang berada di MPH Alamanda untuk sesi Book Talk bagi mempromosi buku Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah, karangan bersama saya dan Tuan Zamri Mohamad.

Walau pun waktu tengah bulan (baca gaji belum terima lagi...), namun sambutan pembaca amat menggalakkan.

Sesi ceramah sering sahaja ditangguhkan demi memberi peluang pembeli mendapatkan tanda tangan. Pelanggan perempuan dan lelaki berumur sekitar 30'an dan kebanyakannya telah berumah tangga.

Terima kasih kepada semua pembeli serta pengunjung yang membelek buku tetapi belum membeli lagi. Sokongan semua amat dihargai, terutama sekali pihak MPH Alamanda, Putrajaya yang sudi menjemput saya bagi sesi book talk dan Tuan Shakir yang mewakili pihak PTS.




Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Isnin, Jun 22, 2009

Adakah saya berdosa membina pengaruh?

"Pengaruh adalah gagasan yang didorong dengan kekuatan pemikiran yang
mendominasi seluruh jiwa raganya."

Huzaidi Hadis



Ramai orang percaya jawatan dan kedudukan sebagai prioriti nombor satu bagi membina pengaruh. Tanpa jawatan, tidak ada pengaruh. Itu definisi mudah yang dipropagandakan. Bermula sebagai andaian, ia menjadi kebenaran yang tidak dibuktikan.

Lima tahun sebelum buku ini ditulis, ada seorang yang berkedudukan dalam kerajaan bersara dari jawatan tinggi. Isteri kepada orang berpangkat ini bercerita, “Dahulu ketika suami masih dalam kedudukan, rumah kami penuh dengan hamper pemberian hadiah daripada rakan-rakan sejawat. Selepas bersara, kami tidak terima hamper sebanyak dahulu. Dalam sekelip mata sahaja. Masing-masing senyap sahaja.”

Kita mungkin ketawa pada keluhan wanita ini. Apalah yang ada pada hamper yang tidak semahal mana dan dapat dibeli di pasaraya.

Tetapi wanita ini melihat hamper yang diterimanya sebagai kayu ukur kuasa dan pengaruh yang masih bersifat magnetik dalam hidup mereka.

Dia percaya kurangnya hadiah hamper dari rakan-rakan sejawat dalam kedudukan yang setara, bermakna sudah kurang pengaruh dan hormat orang pada suaminya.

Kami mendengar cerita ini dan berfikir betapa mudah kuasa pengaruh dan pesona individu pegawai tinggi ini berkurangan sama seperti kurangnya hamper yang diterima sebelum ini.

-----

Meskipun beliau seorang yang berpendidikan tinggi, menjawat jawatan yang berpengaruh, melatih beribu orang menjadi pegawai, sebenarnya beliau tidak menjadi inspirasi kepada yang lain.

Ini dapat dilihat melalui perbualan ahli keluarga mengenai usaha mencapai cita-cita hidup dan menjadi individu yang berketrampilan. Tidak ada ahli keluarga dan saudara mara menyebut nama beliau sebagai contoh inspirasi.

Kami percaya beliau seorang yang baik. Tetapi beliau tidak berpeluang mempelajari seni membina pengaruh yang jauh lebih kekal berbanding kekalnya seseorang duduk dalam jawatan tinggi.

Cerita beliau membuat kami terfikir apa yang menyebabkan kita mudah diinspirasi, terdorong dan bercita-cita menjadikan seseorang itu sebagai model menjadi individu yang lebih baik.

----------

Apakah kuasa pengaruh yang digunakan sehingga berjaya memberi inspirasi ketika hidup mahupun ketika tiada lagi? Bagaimana kuasa pengaruh yang dimiliki memberi kesan baik kepada keluarga dan rakan-rakan meskipun individu itu sudah tidak ada lagi?

---------

Cerita bekas pegawai tinggi ini jauh berbeza berbanding cerita seorang lelaki yang miskin, tidak berpendidikan tinggi malah cacat kakinya.

Hidup dan mati beliau memberi pengaruh besar kepada orang lain kerana satu sumbangan kecil yang diberikan. Kisah ini dan resipi pengaruh yang digunakan kami dedahkan dalam satu bab khusus buku ini.

---------

Buku ini ditulis bagi mendedahkan amalan yang dilakukan oleh pelbagai individu biasa-biasa dan tokoh dunia yang berjaya mencipta pengaruh tersendiri dan memanjangkan hayat pengaruhnya.

---------


Kita tidak dapat lari daripada melihat sejarah individu-individu ini bagi mempelajari resipi kejayaan membina pengaruh yang positif.

Pentingnya sejarah mereka dan belajar daripada hidup mereka disebut oleh Malcom X seperti berikut, “Dengan menjadikan sejarah lalu sebagai kelengkapan diri, kita dapat merancang masa depan kita. Jika kita tahu mana kita sebelum ini kita dapat dapat tahu di mana kita sekarang dan di mana kita akan pergi selepas ini.”

---------

Berpengaruh Gaya Streetsmart ditulis untuk semua. Membuang segala mitos bahawa pengaruh adalah warisan dan bersifat ajaib hanya untuk sesetengah individu.

Pengaruh alat membongkar potensi diri dan orang lain
Pengaruh menjadi tool atau alat yang mendorong diri dan orang lain membuat keputusan, memenuhi tanggungjawab dan mengubah seseorang dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain.

Kita memerlukan satu model bagi membina dan mengurus pengaruh. Pada peringkat umur dan peranan sosial yang pelbagai, pengaruh adalah satu elemen yang perlu ada bagi memenuhi keperluan tertentu.

  • Seorang bapa menggunakan pengaruh ke atas anak-anak apabila mendidik mereka bagaimana membuat keputusan dalam hidup.
  • Seorang suami menggunakan pengaruh bagi mencipta keyakinan dalam hati isteri untuk sama-sama memperjuangkan apa yang dia percaya.
  • Seorang ketua organisasi menggunakan pengaruh bagi memastikan semua orang di bawahnya bekerjasama mencapai matlamat.
  • Seorang imam ketika solat mempunyai pengaruhnya sendiri sehinggakan orang lain percaya, suka dan bersedia dipimpin oleh beliau ketika sembahyang berjemaah.

Pengaruh menjadi ibadah dan insuran sosial jika kita tahu apa dan bagaimana ia perlu dilakukan. Pengaruh menjadi beban dan tekanan jika ia digunakan bagi kepentingan yang jelas melanggar moral yang sepatutnya diimbangi sebaik mungkin.

Trilogi membongkar rahsia pengaruh

Buku ini adalah trilogi kepada dua buah buku siri streetsmart terdahulu. Ia bermula dengan Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart. Ketika menulis buku ini, kami mendapati kuasa pengaruh adalah kuasa dalam diam.

Tanpa sedar kita memiliki kuasa pengaruh pada peringkat yang berbeza. Ia digunakan dalam interaksi sosial dan mengembangkan potensi diri individu. Ia menjadi elemen dalam diri pemimpin sebagaimana disebutkan oleh John Maxwell.

Selepas itu kami menulis sebuah buku berjudul Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Dalam buku ini kami mendapati individu yang dapat mengurus konflik sebenarnya berupaya memanjangkan tempoh survival dan menjadikan konflik sebagai ruang dan peluang berbanding menjadikan konflik sebagai perang.

Berpengaruh Gaya Streetsmart ditulis dalam bahasa Melayu yang mudah untuk pelbagai peringkat umur.

Buku ini ditulis dengan satu tujuan sebagaimana disebut oleh Azree Hanifiah, salah seorang petugas World Assembly of Muslim Youth, iaitu kami mahu mendedahkan rahsia, "Kuasa pengaruh yang menyentuh emosi, membangkitkan semangat spiritual dan memberi kesedaran.”

ZAMRI MOHAMAD
HAEQAL ZULQARNAIN

Nota: Subscribe blog ini pada kotak emel di bahagian atas kanan blog ini bagi mengetahui tarikh ia diterbitkan




Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ahad, Jun 21, 2009

Segelas air suam, secawan teh pengaruh

Trilogi siri Streetsmart | Buku berjudul Berpengaruh Gaya Streetsmart



Seorang lelaki mempelawa seorang sahabat menikmati segelas air suam yang dihidangkan. Sahabat yang datang sebagai tamu di rumahnya pada petang itu berasa sedikit kekok dan janggal dengan layanan lelaki itu.

Apakah tetamu dihidangkan dengan segelas air suam sahaja?

Lelaki itu faham dan dapat melihat kejanggalan yang terpamer jelas pada wajah dan gerak tubuh tetamunya. Beliau senyum sahaja, “Jemputlah minum air itu,” pelawanya tanpa mempedulikan respon sahabatnya.

“Saudara suka air teh, saya boleh sediakan?” tanya lelaki itu sambil melihat tetamu meminum hampir separuh gelas air suam.

Tetamu mengangguk, “Boleh sahaja,” katanya.

Dibuka pek yang mengandungi dua belas uncang teh. Dimasukkan satu uncang ke dalam cawan tetamunya. Air panas dicurah perlahan. Bau teh dan tekstur warnanya kelihatan jelas. Tetamunya sudah tidak sabar menikmati teh yang dihidangkan.

“Silakan,” lelaki itu mempelawa tetamunya minum bersama.

Sekali lagi lelaki itu berasa aneh dengan sikap lelaki itu. Dipelawa minum teh, tetapi tidak dimasukkan sesudu gula sebagai pemanis. Mungkin dia sangka tetamunya menghidap penyakit kencing manis. Mungkin kerana itu dia mempelawa beliau minum air suam dan teh tanpa gula.

“Mahu gula?” tanya lelaki itu.

“Ya, sesudu gula mencukupi,” balas tetamu, “Aduh, barulah terasa enak hidangan teh ini,” katanya sambil menghirup perlahan-lahan.

“Jika mahu rasa enak, campurlah sedikit susu cair. Ia tidak manis tetapi teh susu cair lebih pekat tanpa rasa manis keterlaluan,” pelawa lelaki itu.

Jawab tetamunya, “Ya, benar. Itulah resipi di warung-warung kopi,” katanya sambil disuakan cawan untuk diisi sedikit susu cair.


-----


Selesai minum teh, lelaki itu dan sahabatnya kembali berbincang, dari mana datangnya resipi pengaruh individu.

“Saudara bertanya kepada saya dari mana datangnya pengaruh?” soal lelaki itu dijawab dengan anggukan tetamunya.

Soal lelaki itu lagi, “Saya pelawa saudara minum air suam, kemudian teh tanpa gula. Kemudian saya isikan gula dan sedikit susu cair. Apa perasaan saudara?”

Lelaki itu menjawab, “Sudah pasti semakin lama rasanya semakin sedap. Mula-mula tawar, kemudian manis sedikit dan rasa lemak susu cairnya,” tangan kanan masih memegang cawan yang berisi.

“Saudaraku, begitulah pengaruh,” kata lelaki itu.

Tetamunya tidak dapat memahami, “Bagaimana?” soalnya.

“Pengaruh datang dari pelbagai sumber, apabila ia diadun seimbang semua sumber-sumber itu, maka semakin kuat dan matanglah kuasa pengaruh itu. Ia tidak berdiri sendiri tanpa unsur-unsur lain yang datang melengkapi. Pengaruh yang kosong isinya, rasanya samalah seperti air suam tadi. Pengaruh yang matang dan mantap isinya, samalah seperti secawan teh lengkap segala macam isinya,” jawab lelaki itu panjang lebar.

Tetamu bertanya dalam nada jenaka, “Dari mana datangnya gula dan susu yang memekatkan lagi adunan teh pengaruh?”

Lelaki itu mengeluarkan sekeping kertas dilakarkan sebuah imej, sama seperti gelas. Dibahagikan isi gelas itu kepada beberapa bahagian.

------

Kemudian lelaki itu memberi tujuh pesanan penting kepada tetamunya, “Ketahuilah saudaraku, pengaruh itu berkembang kerana adanya tujuh ciri.”




Orang berpengaruh mempunyai ilmu pengetahuan yang berkembang dari masa semasa. Ingatlah ketika Allah mencipta Adam sebagai manusia pertama, Allah memberi ilmu pengetahuan kepada Adam. Itulah yang membezakan Adam dan para malaikat.

Mereka tunduk kerana kelebihan Adam tahu setiap benda kerana diajar oleh Allah. Ilmu pengetahuan membantu Adam mengurus alam sebaik-baiknya.

Orang berpengaruh mempunyai rekod kejayaan yang menjadi anak-anak tangga keyakinan yang mengembangkan potensi dirinya dan sama-sama membantu perkembangan orang lain.

Orang berpengaruh menghargai kejayaaan kecil dan bersyukur meraikan kejayaan besar.

Orang berpengaruh berkembang melalui pengalaman lampau dan masa kini. Pengalaman menjadi guru yang meluruskan perbuatan dan menghalang daripada melakukan kesilapan yang sama sekali lagi.

Seperti kata nabi Muhammad yang direkodkan dalam Sahih Muslim, “Seorang mukmin tidak boleh jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.”

Orang berpengaruh sedar kelebihan yang dimiliki dan memberi kelebihan kepada orang lain lebih banyak berbanding apa yang diterimanya.

Seperti kata pengetua Madrasah Islamiah di Pulau Belitung, Pak Harfan kepada sepuluh anak muridnya yang digelar Laskar Pelangi, “Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.”

Orang berpengaruh mempunyai rangkaian sahabat, guru dan keluarga yang saling mendukungi kepercayaan dan perjuangan hidupnya. Rangkaian ini menjadi sumber rujuk yang mematangkan tindakan dan setiap keputusan yang diambil.

Orang berpengaruh menggunakan gerak hati dan berusaha membersihkan hati. Al Ghazali menerangkan betapa pentingnya pembersihan hati.

Hati yang bersih menjadikan diri efektif dalam membuat keputusan dan memudahkan diri menentukan apa yang terbaik selepas semua maklumat dianalisa.

Nabi Muhammad berkata, baik atau buruknya tindakan seseorang berkait rapat dengan bersih atau kotornya hati.

Orang berpengaruh membina karakter dan mengekalkan karakter yang mempunyai moral dan etika yang teguh. Kekuatan moral dan etika menaikkan daya persuasif dan menarik kepercayaan orang lain kepada kita.

Peristiwa peletakkan batu Hajar Aswad yang hampir-hampir membawa perang besar antara kaum di Mekah. Karakter nabi Muhammad sebagai seorang yang berkata benar dan dipanggil al Amin menjadi alasan mengapa beliau dipilih menjadi penyelesai masalah antara kaum ketika peristiwa itu.

Dia mendengar dengan teliti. Mengangguk-angguk kerana bersetuju pada pandangan lelaki itu. Perlahan-lahan tetamu itu menarik lakaran gelas yang dilukis, dilipat kemas dan dimasukkan ke dalam poket bajunya, “Nikmat teh pada kertas ini lebih enak berbanding teh yang kita minum tadi,” katanya.

-----

“Saudaraku, dalam kehidupan ini saudara akan bertemu dengan orang-orang yang mempunyai ciri-ciri ini. Lihat dan renungkan. Pelajari dan ambil sebagai pelengkap. Mudah-mudahan kuasa pengaruh dalam diri berkembang menjadi pemudah cara hidup saudara dan orang lain. Moga-moga kuasa pengaruh dalam diri saudara menjadi ibadah yang berpahala,” jawab lelaki itu dengan senyuman.

Sebaris senyuman yang menunjukkan keyakinan bahawa saudara dapat lakukan.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Jumaat, Jun 19, 2009

Menjadi orang berpengaruh cara streetsmart

Assalam alaikum wbt

Tuan dan Puan yang dihormati dan dirahmati Allah

Ketika saya menulis entri ini, jam menunjukkan 12.59 minit pagi. Saya hanya berkesempatan berbicara sepuluh minit bersama teman saya di saluran Yahoo Messenger. Beliau juga sudah mahu tidur kerana esok hari baru untuk ke tempat kerja.

Saya di hadapan komputer, melihat ruang-ruang kosong yang ingin saya isi bagi keperluan buku terbaru berjudul Berpengaruh Gaya Streetsmart. Insya Allah, buku ini menjadi trilogi streetsmart.

Ada yang bertanya apa itu streetsmart?

Bermula dari buku pertama berjudul Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart, Mengurus Konflik Gaya Streetsmart dan kini Berpengaruh Gaya Streetsmart, perkataan streetsmart membawa maksud 'belajar dari pengalaman'.

Inilah yang menjadi dasar kepada penghasilan buku-buku siri ini. Kami mengumpul cerita-cerita orang biasa yang mempunyai kesan luar biasa dalam hidupnya dan orang lain untuk dikongsikan kepada Tuan dan Puan.

Tidak dilupakan kajian berdasarkan teori juga dimasukkan bersama sebagai nilai tambah kepada buku kami dalam siri streetsmart.

Untuk siapa buku ini ditulis?

Jika Tuan dan Puan bekerja, buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart mendedahkan cerita rakan-rakan kita di pejabat lain seni mempengaruhi bos dan bekerja dalam keadaan yang kurang stress dan senang hati.

Buku ini juga sesuai dihadiahkan kepada rakan sekerja dan ahli keluarga. Tetapi jangan pula buku ini diletak atas meja ketika mana bos sedang melalui meja kerja Tuan dan Puan.

Jika Tuan dan Puan mahu mempelajari seni mengurus konflik dalam pejabat dan luar pejabat, saya sarankan buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Seni menyelesaikan situasi kita hadapi setiap hari.

Tahukah Tuan dan Puan terdapat lapan jenis konflik dalam pejabat kita hadapi setiap hari. Bukan satu jenis konflik sebagaimana kita jangka sebelum ini. Kami mendedahkan dalam buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart.

Kami percaya bahawa buku yang baik sentiasa menjadi rakan baik orang yang tahu nilainya. Kerana itu, melalui Google Book Search, kedua-dua buku dapat dibaca sebelum Tuan dan Puan ke MPH, Popular mahupun ke kedai buku online sebelum memilikinya sebagai koleksi peribadi atau mahu dihadiahkan kepada yang diingati.



Ingin kekal berpengaruh, kekal menjadi tarikan dan disukai orang ramai?

Buku Berpengaruh Gaya Streetsmart sedang ditulis bersama-sama Tuan Wan Muhammad Haeqal W. Hussin. Di sini saya kongsikan gambar bagaimana proses kerja kami lakukan dan sedikit gambaran cerita di sebalik buku ini.

Jika Tuan dan Puan ada pengalaman, mahu berkongsi cerita individu yang memberi pengaruh dalam hidup, emelkan atau tinggalkan komen pada blog. Kami akan sedaya upaya memaparkan mengikut kesesuaian dan memberi dedikasi khusus kepada Tuan dan Puan.

Adakalanya, orang biasa-biasa di sekeliling kita perlu diperkenalkan kepada orang ramai. Ini memberikan kita harapan bahawa orang biasa-biasa boleh mencipta impak besar dalam hidup orang lain. Mereka menggunakan kuasa pengaruh dengan cara tersendiri.

Ha! Bila lagi mahu melihat nama saudara muncul dalam buku ya?

Hantar cerita anda hari ini. Tarikh akhirnya Ahad, 21 Jun 2009.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Khamis, Jun 18, 2009

Saya mahu jual tangan dan kaki kerana miskin

Nota: Ini bukan hasil tulisan saya.

Isinya bagus dan saya petik dari Bicara Muslim

Ada seorang miskin datang mengadu kepada salah seorang ulama tentang kemiskinannya. Seolah-olah Allah tidak memberi kepadanya sebarang nikmat pun.

Lantas ulama tadi berkata kepadanya: Mahukah anda menjual penglihatan anda dengan harga seratus ribu?

Jawabnya, "Tidak."

Tanyanya lagi, "Mahukah anda menjual pendengaran anda dengan harga seratus ribu?"

Jawabnya, "Tidak."

Lalu ulama terus bertanya, “Mahukah anda menjual dua tangan anda dengan harga seratus ribu? Dua kaki anda dengan harga seratus ribu? Akal fikiran anda dengan harga seratus ribu?

Semuanya dijawab, "Tidak."

Kemudian berkatalah ulama tadi kepadanya, "Tadi anda mengadu kemiskinan sedangkan anda memiliki beratus-ratus ribu."

Dengan demikian sedarlah orang tadi bahawa nikmat-nikmat yang selain daripada harta benda jauh lebih banyak dan besar daripada nikmat harta.

----

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu....." Surah Ibrahim ayat 7



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Rabu, Jun 17, 2009

Jangan dengar kata motivator negara lagi, apa kata....


Para motivator negara berkata, "Kita mesti berhadapan dengan masalah kita."

Jangan dengar kata mereka,

Saya berkata, "Kita mesti lari daripada masalah. Lari daripada membuat keputusan yang besar. Lari daripada berkata ya dan tidak. Terus menerus hilangkan diri kerana ia satu-satunya cara kita menjaga ketidakyakinan untuk terus subur membesar dalam diri kita."

Jika kita lari daripada masalah, kita lari mengelilingi bumi. Satu perjalanan yang penuh adventure. Kita jumpa rakan baru, kehidupan baru, kerja baru, kediaman baru. Jadi jangan bimbang kita lari sahaja daripada masalah.

Jangan didengar kata-kata motivator dalam negara.

----

Ah, ada masalah baru pula di sudut dunia satu lagi.

Tidak mengapa, saya berkata lagi, ""Kita mesti lari daripada masalah. Lari daripada membuat keputusan yang besar.

Lari daripada berkata ya dan tidak. Terus menerus hilangkan diri kerana ia satu-satunya cara kita menjaga ketidakyakinan untuk terus subur membesar dalam diri kita."

Jika kita lari daripada masalah, kita lari mengelilingi bumi. Satu perjalanan yang penuh adventure. Kita jumpa rakan baru, kehidupan baru, kerja baru, kediaman baru. Jadi jangan bimbang kita lari sahaja daripada masalah.

Jangan didengar kata-kata motivator dalam negara.

----

Ah, ada masalah baru pula di sudut dunia satu lagi.

Tidak mengapa, saya berkata lagi, ""Kita mesti lari daripada masalah. Lari daripada membuat keputusan yang besar.

Lari daripada berkata ya dan tidak. Terus menerus hilangkan diri kerana ia satu-satunya cara kita menjaga ketidakyakinan untuk terus subur membesar dalam diri kita."

Jika kita lari daripada masalah, kita lari mengelilingi bumi. Satu perjalanan yang penuh adventure. Kita jumpa rakan baru, kehidupan baru, kerja baru, kediaman baru. Jadi jangan bimbang kita lari sahaja daripada masalah.

Jangan didengar kata-kata motivator dalam negara.

Kemudian kita lari cukup 360 darjah mengelilingi dunia. Dunia sayang kita, maka graviti menarik kaki kita agar terus lekat ke bumi. Kita lari sahaja dari satu sudut dunia ke satu sudut dunia lain.

Ah, ada masalah baru pula di sudut dunia satu lagi.

----

Rupa-rupanya ia masalah yang sama. Pada tempat yang sama.

---

Kali ini saranan saya, "Benarlah kata para motivator seluruh negara, Kita mesti berhadapan dengan masalah kita."

Melarikan diri hanya memberi masa bukan penyelesaian. Buat keputusan-keputusan kecil untuk membina keyakinan. Buat keputusan besar untuk mematangkan prinsip hidup. Berani hidup dengan keputusan itu.

Nota: Idea tercetus selepas membaca blog Dingin sambil melihat bumi yang bulat dari bulan. Maha suci Tuhan,

Bulatnya bumi ada pengajaran.

Nota: Saya penulis bebas dan jurulatih, bukan seorang motivator kerana saya tidak berminat dengan gelaran itu. Sudah ada yang lebih layak mendapat gelaran itu.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Seminggu saya menerima kutukan yang istiqamah.


Bulan ini bulan Jun, peristiwa menarik banyak berlaku. Selain daripada entri berkaitan ayah saya yang banyak berlaku pada bulan ini. Selain daripada Hari Bapa yang disambut beberapa hari lagi. Selain daripada inilah bulan saya mula kenali penerbit yang menerbitkan sebelas buah buku saya, iaitu PTS Publication and Distributor. Selain daripada semua itu, ada satu peristiwa yang menjadi langkah awal saya berkarya.

24 Jun 1997

Tarikh yang menjadi permulaan artikel seorang pelajar yang tidak tahu apa-apa mengenai seni mengarang disiarkan dalam akhbar.

Seingat saya tidak ada sebab khusus mengapa saya menulis ketika itu. Tidak ada matlamat memperjuangkan bahasa, memandaikan bangsa, menyumbang pada masyarakat atau apa sahaja yang berkaitan. Segala tujuan mulia yang saya senaraikan tidak ada dalam tujuan asal saya pada tahun itu.

Sebabnya saya menulis kerana cemburu. Ya, cemburu pada usia 17 tahun.

Ia berlaku apabila rencana hasil tulisan rakan pena saya dari Pulau Pinang disiarkan dalam akhbar. Tidak lama selepas itu puisi yang abang saya hasilkan selepas pulang dari Thailand juga tersiar pada halaman yang sama. Tidak beberapa lama kemudian, peti surat rumah saya penuh dengan surat-surat daripada para perempuan seluruh semenanjung untuk abang saya.

Hebatnya puisi itu! Andaian saya begitulah.

Kenapa surat ini tebal dan berdebu. Oh, bedak wangi rupa-rupanya. Saya tepuk berkali-kali sepucuk surat yang diterima.

Saya mahu menulis juga. Tapi mahu tulis apa? Buku tidak banyak berbanding pinggan dan cawan hiasan dalam almari.

Saya belek-belek fail dan kertas yang bersusun atas meja.

Oh, saya masih simpan lagi contengan nota hujah debat ketika menyertai Piala Tuan yang diPertua (TYT). Debat yang menyaksikan saya dan rakan-rakan mewakili Sekolah Tinggi Melaka tewas di tangan pendebat muslimah Sekolah Agama Syarifah Rodziah. Debat yang juga memberi pengalaman kepada rakan saya bercinta monyet dengan si kembar pelajar sekolah agama.

Pelajar kembar itu sudah jadi model dan pernah muncul dalam Harian Metro. Jika terbaca entri ini, tinggalkan komen ya! Apa perkembangan baru kembar ini.

Ya, nota-nota hujah saya kumpul. Saya keluarkan mesin taip yang dipinjam daripada makcik. Mesin taip jenama Olympia bekerja sepanjang hari.

Ketak ketak bunyinya.

Dua helai kertas kajang. Di tengah-tengahnya ada kertas karbon yang membuat salinan pada kertas di belakang.

Ketak ketak bunyinya

Siap semuanya. Saya masukkan ke dalam sampul surat. Saya ikut format yang diminta oleh editor akhbar itu.

Seminggu kemudian, artikel itu disiarkan.

Dalam puji-puji rakan-rakan yang membuat saya di awang-awangan, mereka menampal salinan artikel pada papan kenyataan di belakang kelas.

Tidak lama kemudian seorang rakan membaca.



"Wah sahabat kita sudah lupa daratan. Lihat di sini, kiriman Zamri Mohamad tingkatan empat sains satu."

Puji-pujian menjadi kutukan tanpa henti. Saya yang berada di awang-awangan sudah jatuh menjunam bagaikan pesawat pejuang Jepun yang sedang melakukan kamikaze.

Oh, tuan editor, mengapa tingatan empat sastera satu ditulisnya empat sains satu?

Seminggu saya menerima kutukan yang istiqamah.

---

Hari ini sudah 12 tahun usia artikel pertama. Tahun 1997 saya berkarya dan tahun 2001 saya kembali berkarya semula selepas empat tahun hasil tulisan saya ditolak dengan alasan yang pelbagai.

Majalah sekolah pun tidak segan silu menolak hasil tulisan saya.

Hari ini menulis bukan kerana cemburu seperti dahulu.

Hari ini menulis ada tujuan baru, ilmu yang baik mesti disampaikan.

Terima kasih kepada semua pembaca yang mendukung karya saya selama ini.

Ada pengalaman tersendiri? Kongsikan di sini.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sekali, dua kali, tiga kali


Dia menyorok di sebalik tiang, kemudian perlahan-lahan dia menunjukkan mukanya. Kemudian menyorok semula di sebalik tiang.

Sekali, dua kali, tiga kali.

Mula-mula saya buat tidak tahu sahaja. Dia buat semula. Sekali, dua kali, tiga kali.

Saya pandang, dia menyembunyikan dirinya. Tidak takut dengan orang asing.

Sekali, dua kali, tiga kali.

Snap!

Adik tidak boleh menyorok lagi. Saya senyum. Menikmati air batu campur di Giant, Taman Permata. Ayahnya juga di sebalik tiang, duduk menikmati air batu campur juga. Mujur ayahnya tidak ikut sama.

Sekali, dua kali, tiga kali.

Jika adik temui blog ini, sila tinggalkan komen di bawah.

Dia sudah boleh menuliskah?


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Dekat sahaja di peta. Rupa-rupanya....

Rakan-rakan dari UIAM sejak 2001. Sama-sama ambil kelas bahasa Arab setahun. Pengantin dikecualikan

Orang lain makan nasi kenduri, susu sahaja! Ini tidak adil.
Dua bulan lagi ke hospital untuk pemeriksaan bulanan
Tak perlu mainan mahal-mahal seperti di Toy R Us, bilang doktor. Tapi permainan di sini macam dari Toys R Us sahaja.
SMS Nadzri dan Alvit, kata kita lewat sedikit

"Ikut aku dahulu ke hospital," kata Syamsul. Saya angguk sahaja.

Anaknya yang pertama baru berumur enam bulan, "Hei mengapa pandang-pandang?" si kecil tidak menoleh, lama direnung.

"Hah! dukunglah!"

Eh..

"Bayi jangan selalu diberi bijirin, mudah alergi berbanding makan bubur nasi."

Baiklah.

"Bayi jangan diberi menonton televisyen, bayi belajar melalui eksperimen, televisyen mengelirukan proses pembelajaran bayi."

Yalah.

"Bayi jangan dihalang menggunakan anggotanya. Sikap menghisap barang yang dipegangnya adalah proses belajar. Pastikan sekeliling selamat."

Angguk-angguk.

"Apabila bayi berinteraksi, layan dia bercakap. Respon saudara memberi keyakinan kepada bayi."

Oh.

"Satu lagi, bayi jangan diberi gula atau manisan pada peringkat awal ini. Bayi mudah addicted kepada manisan. Nanti dia tidak mahu makan benda lain kerana sudah tahu beza rasanya."

Begitu pula.

"Ada lagi doktor?"

"Satu lagi, saya lupa."

Doktor pelupa! Imaginasi saya sahaja.

"Biar bayi belajar menggunakan anggotanya tanpa bantuan kerusi beroda untuk bayi. Mereka belajar secara natural. Kerusi beroda itu berat berbanding bayi itu sendiri. Jika dua kali dia terjatuh, dia takut dan tak mahu cuba lagi."

Sengih sahaja.

"Awak ada masak di rumah untuk Najmi?"

Senyum panjang.



Selesai cerita di hospital pakar untuk kakitangan Petronas kami ke Gemas. Muka-muka yang sama sejak 2001 berkumpul di Seri Kembangan dan bertolak ke Negeri Sembilan.

Cikgu Azizi akhirnya mendirikan rumahtangga! Sama-sama orang Negeri Sembilan. Sekufu negeri rupa-rupanya. Sejak dari univerisiti, turun naik hidup, jika sudah ditetapkan itu jodoh mereka, tujuh tahun lamanya sejak kami di UIAM sehingga sudah ada kerjaya masing-masing pun, bertaut juga. Itulah nama yang sentiasa di hati!




Lihat pada peta di kad jemputan, dekat sahaja. Selepas tol, ikut laluan kiri, nampak bulatan, ada masjid di situ. Ada sekolah di kawasan berhampiran.

Makin jauh, pada peta nampak mudah sahaja.

Satu papan tanda kelihatan jelas di tepi jalan. Selepas dua jam dalam kenderaan, kami mengikut arahan papan tanda.

Gemas, 50 kilometer.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Isnin, Jun 15, 2009

DVD Original dari Indonesia untuk peminat Laskar Pelangi di Malaysia

Petikan pelbagai sumber

Mulai dari penempatan tempat duduk, pertemuan mereka dengan Pak Harfan, Kejadian bodoh yang dilakukan oleh Borek, pemilihan ketua kelas yang diprotes keras oleh Kucai, kejadian ditemukannya bakat luar biasa Mahar, pengalaman cinta pertama Ikal.

Bidaan DVD Original dari Indonesia untuk peminat Laskar Pelangi di Malaysia sahaja. Jam 8 malam, di sini. Video bidaan akan disiarkan di sini.

Novel Laskar Pelangi tercatat sebagai novel sastra Indonesia terlaris sepanjang sejarah.

Cerita terjadi di desa Gantung, Gantung, Belitung Timur. Dimulai ketika sekolah Muhammadiyah terancam akan dibubarkan oleh Depdikbud Sumsel jikalau tidak mencapai siswa baru sejumlah 10 anak.

Bidaan koleksi peribadi DVD Original Laskar Pelangi kini dibuka untuk peminat Laskar Pelangi di Malaysia!

Bagi mereka yang berminat ikuti video sehingga akhir ini dan tinggalkan komen dan nilai bidaan di bawah.



Video menunjukkan apa yang terkandung dalam pek DVD tersebut.

Berapakah bidaan saudara? Tinggalkan komen di sini


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.