Senarai buku yang berjaya menggoda saya membawa mereka pulang ke rumah pada hari ini. Ada tiga kesemuanya, dua antaranya Pertama The Dumbest Moments in Business History: Useless Products, Ruinous Deals, Clueless Bosses, and Other Signs of Unintelligent Life in the Workplace (Hardcover) Buku ini ditulis oleh Adam Horowitz. Salah satu cerita organisasi yang mencuit hati saya ialah kisah organisasi bernama Structural Dynamics Research Groups di Ohio. Kisah ini berlaku pada tahun 1995. Dalam salah satu hari bekerja di organisasi ini, salah satu harinya dijadikan hari khusus untuk pekerja membawa anak bagi melihat suasana dan tempat ibu bapanya pekerja. Hari itu dinamakan sebagai Take Our Daughters to Work Day. Maka pada hari itu seorang pengurus bahagian kejuruteraan bernama Bill Means membawa anak perempuanya, Marissa yang berusia lapan tahun ke tempat kerjanya. Apa yang berlaku? Pada hari yang sama, iaitu pada hari yang dipanggil sebagai Take Our Daughters to Work Day, Means telah dipang...