Langkau ke kandungan utama

Pesta Buku yang terbaik! Penulis-penulis bersekutu merampas kuasa (masa).

Papan tanda senarai penerbit di seberang sungai.
Bayangan Akademi Penerbitan yang dicanang-canang kerajaan sebelum pilihanraya

Kakitangan yang membantu menunjuk arah.
Ke dewan Tun Razak merentasi sungai.

Ada penambahbaikan dari sudut aliran keluar masuk di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kali ini kakitangan yang bertugas dan kewujudan papan maklumat memudahkan orang ramai mengetahui adanya gerai-gerai buku di seberang sungai di dewan Tun Razak 2.

Hari Ahad, saya sudah berjanji kepada Tuan Shamsuddin Kadir untuk berada di sana sehinggalah pesta buku berakhir. Pada malam sebelum itu saya menghantar poster pilihan buku bagi siri Tuan Shamsuddin Kadir bagi edaran pada hari ini.

Alhamdullilah, Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas antara buku yang tiada di rak pameran buku PTS hari itu. Moga-moga buku-buku lain juga mendapat perhatian yang sama daripada pembaca. Pada hari Ahad ini, saya ketemu dengan beberapa pembaca baru yang pertama kali membaca karya saya iaitu Magnet Cinta dan 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki. Terima kasih kepada para pembaca yang memberi kepercayaan kepada karya-karya ini.

Pada hari sebelumnya, berlakulah apa yang saya sebut sebagai maraton penulis. Selepas sesi-sesi wajib melibatkan penulis selebriti PTS seperti Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof, Tuan Ann Wan Seng, Tuan Andrea Hirata, Tuan Tamsir Ali, sesi bersama penulis Rahsia Bisnes Mamak diadakan pada jam lima petang.

Selepas sejam, ia diikuti pula dengan mini seminar bersama Tuan Shamsuddin Kadir bagi mempromosi bukunya Kaya Dengan Rumah. Kali ini saya pula yang menjadi pemukul canang karya-karya beliau. Usah ditanya apa yang saya canangkan pada hari itu.

Tuan Salehudin yang menulis buku Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik juga turun padang dan ditarik ke meja bagi mempromosikan buku beliau.

Oh, Puan Pengerusi PTS pula menyoal para penulis di khayalak berkenaan buku-buku yang ditulis dan pada masa sama beliau juga mempromosikan buku-buku beliau. Pastinya buku Memulakan Bisnes Sendiri menjadi pilihan khayalak.

Kami berakhir jam 6.50 selepas hampir dua jam berkempen. Saya kira inilah rampasan kuasa (rampasan masa) yang paling berjaya diilhamkan oleh Tuan Shamsuddin Kadir sebagai sekutu penulis.

Tidak dilupakan Tuan Osman Affan juga terlibat dalam perancangan ini dengan mengisi slot pada waktu pagi. Asalkan ada slot kosong, para penulis ambil peluang.

Maraton penulis melibatkan lima orang penulis bergilir-gilir dijayakan bersama Tuan Ahmad Fadzli Jusoh, orang kuat PTS Profesional yang banyak membantu kami. Mohon maaf kerana kami semua menjadikan Tuan hampir hilang suara pada hari itu!

Ada entri dan gambar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Tunggu!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Nampaknya pilihanraya buku pun menunjukkan satu lagi rampasan kuasa. Tahniah!

Pst... Dengar kata buku Rahsia Bisnes Mamak sampai habis laku sepanjang Pesta Buku. Bolehlah kita minum2 teh tarik. Hehe.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...