Langkau ke kandungan utama

Cakap-cakap klien kisah perunding motivator pemegang PhD tidak diiktiraf

Cakap-cakap klien Dr Palsu.

"Betulkah?"

"Suratkhabar KOSMO sudah keluarkan berita. Dua hari berturut-turut. Bukan organisasi kamu ada menjemput beliau?"

"Ya, program tiga hari."

"Habis itu bagaimana?"

"Aku sangka ijazah PhD beliau diiktiraf kerajaan Malaysia. Jadi kami luluskan sahaja. Sekarang bahagian kami di Unit Latihan perlu menjawab pihak atasan."

"Pembayaran sudah dibuatkah?"

"Belum lagi"

"Apa kesan jika menggunakan ijazah palsu?"

"Yalah, mula-mula kita panggil sebagai ijazah tidak diiktiraf, apabila digunakan untuk tujuan bisnes tanpa memberitahu status ijazah sebenar kepada klien maka ia menjadi ijazah palsu."

"Maksudnya?"

"Macam-macam boleh jadi. Jika ada motivator menggunakan PhD palsu, klien menjadi mangsa kepada pecah amanah, melanggar etika profesionalisme, kes penipuan. Macam-macam lagi."

"Oh, begitu. Jadi apa jadi kepada kamu sebagai klien?"

"Organisasi kami boleh membuat laporan polis atau...."

"Atau apa?"

"Kami tidak perlu membayar wang kursus tiga hari motivator itu."

Kebanyakan korporat dan agensi yang menjemput para perunding akan meminta profil perunding termasuklah kelayakan akademik yang diperolehi.

Kadar yuran bagi program dipersetujui jika tahap pengalaman dan akademiknya diyakini dapat memberi impak positif kepada para peserta yang menyertai program perunding tersebut.

Jika jemputan ceramah mengikut kadar kerajaan sekalipun, beza bayaran per jam bagi penceramah bertaraf sijil dan ijazah adalah berbeza. Ini menunjukkan ada keperluan signifikan bagi mengetahui tahap pendidikan perunding.

Salah satu persepsi yang dipegang oleh korporat dan agensi ialah latar akademik yang dimiliki perunding adalah diiktiraf oleh kerajaan. Jika ia terkeluar daripada sistem, menjadi tanggungjawab perunding memaklumkan status tersebut bagi memperbetulkan persepsi itu.

Peranan pengiktirafan kerajaan terhadap sijil akademik bukan sekadar bertujuan bagi sebarang proses pengambilan kerja. Akreditasi dan pengikitirafan tersebut menjadi tanda aras bagi mana-mana organisasi bagi meyakini tahap akademik perunding.

Lagi pendedahan di http://www.aminidris.com/ dan http://www.fadzliyusof.com/


Nota: Entri ini adalah entri umum tidak merujuk kepada mana-mana individu secara khusus

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...