Langkau ke kandungan utama

Siapa yang mati kerana membaiki enjin kereta Proton

Tidak ada sesiapa yang mati di sini, praktikal menggantikan penapis minyak.

Sesi teori
Enjin yang dikeluarkan bagi tujuan pembelajaran


"Kamu mahu ke mana?" tanya seorang rakan.

"Mahu ke Kolej Komuniti Bukit Beruang, ada kursus di sana," jawab saya.

"Kamu beri ceramah penulisankah?"

"Tidak"

"Jika tidak mengapa ke sana?"

"Saya mahu ambil kursus. Kursus asas penyelenggaraan kenderaan."

Rakan saya ketawa. Begitu juga sahabat seorang lagi. Saya juga turut ketawa, masing-masing yang berada di pantai Klebang pada malam itu menoleh ke arah kami. Semua ketawa.

Dua orang rakan saya melarikan diri dari rumah sementara waktu. Kata mereka, mahu melarikan diri daripada Akademi Fantasia. Gerai-gerai makan di pantai Klebang pada malam itu juga menyiarkan rancangan realiti itu. Masing-masing terperangkap dalam keadaan.

Esoknya, saya bersama abang pergi ke Kolej Komuniti Bukit Beruang. Saya berkemungkinan sudah teruja benar hendak menghadiri kursus seperti ini. Pengetahuan terhadap kenderaan jika mempunyai ujian, pasti saya merupakan pelajar yang berada di paras yang mendukacitakan.

"Muka awak seperti biasa saya lihat tetapi saya tidak pasti di mana," kata pegawai Kolej Komuniti, Tuan Zulaili.

Saya diam.

Sejak saya mengetahui aktiviti di kolej komuniti, dapatlah dikata bahawa saya jatuh cinta dengan sistem pendidikan terbuka yang diketengahkan. Melalui moto pembelajaran sepanjang hayat, kami diberi peluang mempelajari apa sahaja kursus yang ingin dianjurkan. Isi sahaja borang, kemudian pihak kolej komuniti akan mencari tenaga pengajar yang sesuai. Saya dapat katakan, ini juga kelas-kelas yang berasaskan kemahiran hidup yang disediakan pada hujung minggu.

Latihan praktikal mengikut senarai semak yang diberikan.

Letak tayar di bawah kereta ketika menggantikan tayar pancit, jika penahan tidak berfungsi dengan baik, tayar akan mengurangkan kerosakan kereta yang terhentak. Pada masa sama menjaga diri daripada tercedera, khususnya tangan
Kakitangan hospital Melaka, Ahmad Rizal mempraktikkan semula ajaran Tuan Zulaili (kanan)
Pengajaran di bawah kereta peserta bernama Soraj.



Kami didedahkan kepada perkara asas penjagaan kereta. Ia diajar oleh dua orang pegawai iaitu Tuan Zulaili Ismail dan Tuan Azharudin Ahmad. Pada waktu pagi kami diajar secara teoritikal dan pada tengah hari sehingga petang diajar secara praktikal.

Istilah buta IT memang sudah biasa didengari. Bagaimana pula dengan buta enjin?

Minggu lalu, mereka mengajar sekumpulan wanita mengenai penjagaan kenderaan sebagaimana didedahkan dalam manual kenderaan, pendapat pakar dan tip-tip mekanik.

Masing-masing berpuas hati dengan kelas yang dianjurkan pada hari itu. Minggu hadapan pula kelas menyelenggara penghawa dingin kereta dan overhaul atau baikpulih kenderaan secara keseluruhan.

Matlamat mereka yang datang belajar hari ini bukan mahu menjadi pakar membaiki enjin, sekurang-kurangnya apabila berhadapan dengan mekanik, mudahlah kita tahu apa yang dikatakan dan tidak menjadi pemandu buta kereta. Itu sudut pandang mereka. Masaing-masing saling mengiyakan. Termasuklah saya yang baru mahu celik sedikit.

Tip yang diajar oleh pegawai-pegawai yang dipanggil cikgu, "Ambil tahu istilah-istilah ini. Kelak, mekanik tidak mudah memperbodohkan kamu apabila dia mendengar kamu sebut istilah-istilah tertentu mengenai enjin."

"Kamu penulis, tulis," kata peserta bernama Ahmad Rizal.

"Kamu penulis, tulis," kata peserta bernama Ahmad Rizal lagi.

"Kamu penulis, tulis," kata peserta bernama Ahmad Rizal sekali lagi.

Usikan tidak berhenti, setiap kali pegawai berhenti menerangkan sesuatu, kata-kata itu diseru kepada saya. Kami sekali sekala ketawa. Hilang stress belajar perkara teknikal ini.

Tamat kursus, masing-masing tidak sabar menunggu kursus seterusnya.

"Mana-mana lelaki di sini mahu belajar cara membuat kuih donat, mendaftarlah dan belajar," kata Tuan Zulaili.

Dalam ketawa kami mengangguk, ilmu yang sama penting seperti ilmu menyelenggara enjin. Bukankah itu juga ilmu untuk survival?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...