Langkau ke kandungan utama

Apa salahnya saya gunakan PhD tidak diiktiraf, semua perkara saya katakan benar

"Nanti dahulu."

"Apa dia?"

"Apa salahnya?"

"Apa yang salah?"

"Jika dia gunakan PhD yang tidak diiktiraf oleh kerajaan sekalipun. Ilmu yang disampaikan tetap betul."

"Aku mahu tanya kamu."

"Silakan."

"Apa respon isteri apabila tahu suami berkahwin lebih satu. Suami merahsiakan perkahwinan keduanya."

"Si isteri marahlah."

"Kenapa?"

"Kepercayaan dia dikhianati. Dia tidak diberitahu hal sebenar dan rasa tertipu."

"Meskipun si suami berkahwin secara sah?"

"Yalah, suami berkahwin itu sah. Tetapi kepercayaan itu perkara penting suami-isteri."

"Samalah ceritanya dengan klien-klien. Mereka memilih perunding motivasi berdasarkan kepercayaan. Mereka percaya latar belakang pendidikan motivator itu dapat membantu organisasi mereka. Jika ia disembunyikan status sebenar, maka adakah masih layak klien menaruh kepercayaan?"

"Yalah, kepercayaan datang dahulu, barulah datang produknya."

Kebanyakan korporat dan agensi yang menjemput para perunding akan meminta profil perunding termasuklah kelayakan akademik yang diperolehi.

Kadar yuran bagi program dipersetujui jika tahap pengalaman dan akademiknya diyakini dapat memberi impak positif kepada para peserta yang menyertai program perunding tersebut.

Jika jemputan ceramah mengikut kadar kerajaan sekalipun, beza bayaran per jam bagi penceramah bertaraf sijil dan ijazah adalah berbeza. Ini menunjukkan ada keperluan signifikan bagi mengetahui tahap pendidikan perunding.

Salah satu persepsi yang dipegang oleh korporat dan agensi ialah latar akademik yang dimiliki perunding adalah diiktiraf oleh kerajaan. Jika ia terkeluar daripada sistem, menjadi tanggungjawab perunding memaklumkan status tersebut bagi memperbetulkan persepsi itu.

Peranan pengiktirafan kerajaan terhadap sijil akademik bukan sekadar bertujuan bagi sebarang proses pengambilan kerja. Akreditasi dan pengikitirafan tersebut menjadi tanda aras bagi mana-mana organisasi bagi meyakini tahap akademik perunding.



Nota: Entri ini adalah entri umum tidak merujuk kepada mana-mana individu secara khusus

Lagi pendedahan di http://www.aminidris.com/ dan http://www.fadzliyusof.com/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...