Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pesanan Daro Manja Ismail jika menghubungi media

Pesanan Daro Manja Ismail jika menghubungi media 1. Jangan tunjuk saudara/saudari terlalu kenal dengan wartawan atau editor ketika menghubungi pada waktu pejabat. Ketika bekerja mereka boleh terlupa siapa rakan mereka. Contoh sms dan panggilan yang akan mengundang marah mereka (yang tertekan dengan kerja yang menghampiri tempoh akhir jam lima) "Halim (nama wartawan) kau di mana, marilah minum teh di bawah." "Lama tak dengar berita sombong nampak!" Suka atau tidak, tolong maklumkan diri saudara dan saudari jika menelefon dan bersms (walaupun nama tertera) dengan mereka. Misalnya, "Ini Husin Bukit Aman. Tengah hari janji pergi minum. Aku tunggu." 2. Jangan jadikan mereka seperti pekerja jika menghubungi (pesanan untuk mereka yang bekerja di bahagian Perhubungan Awam). Misalnya, "Helo, faks sudah dapat belum? Nanti siarkan. Jangan lewat!" (jawapan wartawan pasti ya meskipun tidak) sebaliknya gunakan budi bahasa yang percuma dan bercakap dengan pend...

Demo anti IFC & Isu Ummah serantau di UIA

Nazree Yunos Presiden PMI Universiti Malaya Syeikh Ibrahim dari Afrika Selatan Kain rentang dari Universiti Malaya Wanita-wanita Arab bersama-sama berdemonstrasi Para pelajar UIAM memegang kertas sepanduk masing-masing UIAM, 18 Ogos - Kira-kira 500 mahasiswa dan mahasiswi Islam hari ini berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak sebagai melahirkan bantahan terhadap serangan Israel ke atas Lubnan dan kes murtad Lina Joy di Malaysia. Perhimpunan yang dimulakan dengan laungan takbir sejurus selepas solat Jumaat tersebut turut diselang seli dengan laungan "Khaibar khaibar ya Yahud, jaisyu Muhammad saufa ya'uud" dan pelbagai lagi laungan mendapat sambutan jemaah solat Jumaat di masjid berkenaan. Selain itu, 4 orang wakil mahasiswa yang berucap termasuk saudara Nazree Yunos (Presiden PMI Universiti Malaya) turut menyatakan rasa marah dengan nasib umat Islam kini yang ditindas dan diserang daripada sege...

Teruskan kualiti A+ Pelajar Jabatan Komunikasi UIAM!

Dato Manja B Ismail dari kumpulan editorial Berita Harian Bersama koordinator Practicum, Tuan Amran Dato Manja B Ismail dari kumpulan editorial Berita Harian Beliau datang dengan gaya tidak formal tanpa kot dan seluar hitam. Baju petak-petak dan seluar jeans yang agak longgar menampakan sikap dia bersahaja. Journalism, Past, Present & Future merupakan tajuk yang diberikan dalam forum anjuran para pelajar Komunikasi UIAM yang mengambil subjek Practicum semester ini. Aku datang sebagai wartawan dan jurugambar. Kalau dahulu ketika menganjurkan program yang sama melibatkan Tuan Yahya Ismail dan Tuan Astora Jabat, aku diletakan sebagai pegawai promosi. Program yang aku jalankan dahulu tidak mendapat satu sen dari Jabatan Pembangunan Pelajar kerana tidak ada persatuan untuk dinaungi. Berkat kesungguhan para pelajarnya, RM1000 dapat dikumpulan dari wang poket dari empat kelas yang berbeza. Hendak seribu daya. Baca artikel terdahulu catatan penulis Lihat gambar (1) Lihat gambar (2) Dato ...

Abid Abdullah, penulis siri Resipi Kejayaan

Abid Abdullah memberi ceramah motivasi pelajar di Badan Cemerlang, Plaza Angsa, Johor. Abid Abdullah . Abid bertugas di RK Training & Management sebagai Felo Penyelidikan. Turut menulis buku bersama Ahmad Fadzli Yusof yang merupakan Konsultan Kanan RK Training & Management. Abid telah menulis beberapa buah buku. Yang sudah berada di pasaran ialah; 1. RK untuk Presiden Persatuan 2. RK untuk Pustakawan Manakala buku-buku yang bakal diterbitkan (Insya-Allah bulan November 2006) ialah; 1. RK untuk Ketua Biro 2. RK untuk Ketua Pasukan Dan yang Abid sedang dalam proses penulisan ialah; 1. RK untuk Pemimpin Wibawa 2. RK Mesyuarat Efektif 3. RK Kuasa Mempengaruh Tidak lama lagi, buku-buku boleh dimilikisecara on-line. Bagaimana? Akan Abid sediakan cara yang paling efektif untuk para pembaca sekalian. Lawati blog beliau di http://abidrk.blogspot.com/

Tulis buku boleh jadi jutawankah?

Program Azizi Ali 'Millionaire in Me' mendapat sambutan yang hangat. Dewan Eksperimental UIAM sesak dengan pelajar yang membayar harga tiket masuk sebanyak RM3. Aku tidak dibenarkan mengambil gambar (asalnya untuk tujuan promosi kampus di akhbar) sedangkan tiga hari sebelum itu aku sudah bertanya sama ada dibenarkan atau tidak. Jawapannya pada malam itu. Keseluruhannya ia adalah program yang menarik dan memberi nasihat yang cukup mendalam kepada anak-anak muda yang terlalu ghairah menjadi jutawan harta sehingga terlupa untuk menjadi jutawan dalam jiwa. "Saya pernah rasa yang saya yang paling hebat dan paling bagus. Tetapi saya silap. Saya ingatkan saya lebih bagus sehinggalah saya jumpa orang yang lebih bagus dan lebih hebat. Satu nasihat saya, merendah diri," respon Tuan Azizi Ali kepada soalan pelajar bagaimana hendak menjadi jutawan dan berapakan nilai dirinya. Beliau berkongsi pendekatan jutawan dengan menekankan pecahan beberapa jenis pendapatan iaitu pendapatan ...

Ambang Merdeka!

Penutupan pesta konvokesyen dengan melepaskan belon ke udara tiga jam sebelum detik jam 12 malam Taekwando for Kids membuat persembahan Tempat ketiga, Mahallah Ameenah "Ingatkan Ali pesaing paling hebat, rupa-rupanya jauh tertinggal tempat ke empat," komen presiden mahallah Saffiyah yang menjadi juara tahun ini. Terima kasih. Basikal kampung milik pengusaha kantin Mahallah Ali Gaya mereka yang hendak menuntut kemerdekaan. Adaptasi idea dari perarakan menentang Malayan Union.

Merdeka karipap hitam

Sambutan Merdeka yang membuat aku 'geram'. Kain rentang Konvensyen Mahasiswa Melayu (KONMEK) anjuran GPMS yang diterbalikan dan latar putihnya ditulis menggunakan penyembur cat. Inilah kemeriahan dan penghargaan untuk sambutan kemerdekaan ke 49. Teringat pula ibu di kampung. Jika karipap yang digoreng ada sedikit hitam kesan daripada tepung yang terlalu lama digoreng sudah pasti ibu akan memarahiku jika aku menjualnya. Bagaimana pula dengan 'karipap' yang digantung ini? Yang lebih membuatkan aku 'geram' lagi. Ramai perwakilan residen kolej ini juga berdaftar dengan pertubuhan pelajar peringkat negara yang memperjuangan pendidikan Melayu. Tetapi merdeka karipap hitam juga disediakan.