Langkau ke kandungan utama

Tulis buku boleh jadi jutawankah?

Program Azizi Ali 'Millionaire in Me' mendapat sambutan yang hangat. Dewan Eksperimental UIAM sesak dengan pelajar yang membayar harga tiket masuk sebanyak RM3. Aku tidak dibenarkan mengambil gambar (asalnya untuk tujuan promosi kampus di akhbar) sedangkan tiga hari sebelum itu aku sudah bertanya sama ada dibenarkan atau tidak. Jawapannya pada malam itu. Keseluruhannya ia adalah program yang menarik dan memberi nasihat yang cukup mendalam kepada anak-anak muda yang terlalu ghairah menjadi jutawan harta sehingga terlupa untuk menjadi jutawan dalam jiwa.

"Saya pernah rasa yang saya yang paling hebat dan paling bagus. Tetapi saya silap. Saya ingatkan saya lebih bagus sehinggalah saya jumpa orang yang lebih bagus dan lebih hebat. Satu nasihat saya, merendah diri," respon Tuan Azizi Ali kepada soalan pelajar bagaimana hendak menjadi jutawan dan berapakan nilai dirinya.

Beliau berkongsi pendekatan jutawan dengan menekankan pecahan beberapa jenis pendapatan iaitu pendapatan linear iaitu gaji bulanan, pendapatan portfolio seperti unit amanah serta sahama dan pendapatan pasif iaitu menghasilkan satu benda yang menjana pendapatan berkali-kali.

Contoh pendapatan pasif yang dikongsikan beliau ialah menulis buku. Ramai yang terkejut kerana mereka menyangka Tuan Azizi Ali akan bercerita tentang saham dan pelaburan. Beliau mengatakan buku Millionaire From Different Planet telah menambah pendapatan pasifnya sejak diterbitkan tahun 2000 sehingga kini.

Tiga anak muda yang duduk di belakangku masing-masing bercakap sama sendiri, "Entah betul entah tidak menulis boleh jadi kaya. Boleh percayakah?"
Dengan mulut mencebik dan mengangguk-angguk masing-masing berpandangan.

Buku-buku dijual dengan diskaun 50% (sekitar RM30.00) sebuah buku

Berpusu-pusu keluar selepas program

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Tulis buku yang membantu banyak orang-orang lain menjadi jutawan, macam buku-buku terbitan PTS PRO itu (termasuk sebuah buku sdr "Cari Duit..."). Penulis macam ini lebih mulia kedudukannya, dan lebih banyak pahalanya! Apabila orang Islam banyak jutawan, maka banyaklah zakat dan sedekah mereka.
Zamri Mohamad berkata…
Benar kata Puan, hatta Tuan Azizi Ali pun menyebut beliau hanya satu-satunya penulis buku kewangan Muslim-Melayu di Malaysia.... Sepanjang dua jam beliau selit-selitkan mesej suruh hadirin menulis buku

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...