Langkau ke kandungan utama

Teruskan kualiti A+ Pelajar Jabatan Komunikasi UIAM!

Dato Manja B Ismail dari kumpulan editorial Berita Harian
Bersama koordinator Practicum, Tuan Amran
Dato Manja B Ismail dari kumpulan editorial Berita Harian


Beliau datang dengan gaya tidak formal tanpa kot dan seluar hitam. Baju petak-petak dan seluar jeans yang agak longgar menampakan sikap dia bersahaja. Journalism, Past, Present & Future merupakan tajuk yang diberikan dalam forum anjuran para pelajar Komunikasi UIAM yang mengambil subjek Practicum semester ini.

Aku datang sebagai wartawan dan jurugambar. Kalau dahulu ketika menganjurkan program yang sama melibatkan Tuan Yahya Ismail dan Tuan Astora Jabat, aku diletakan sebagai pegawai promosi. Program yang aku jalankan dahulu tidak mendapat satu sen dari Jabatan Pembangunan Pelajar kerana tidak ada persatuan untuk dinaungi. Berkat kesungguhan para pelajarnya, RM1000 dapat dikumpulan dari wang poket dari empat kelas yang berbeza. Hendak seribu daya.

Baca artikel terdahulu catatan penulis
Lihat gambar (1)
Lihat gambar (2)

Dato Manja berkongsi sejarah ringkas perjalanan kewartawandahulu dan kini yang diakuinya bergantung kepada gerakan politik baik kiri mahu pun kanan. Dalam ceramahnya, ada satu perkara yang sangat menarik untuk dikongsi. Aku kategorikan sebagai 'Satu tindakan seribu perubahan'

"....Ketika seorang anak muda hendak memohon pekerjaan di Utusan Melayu yang dilihat sebagai haluan kiri dan menentang kerajaan yang bekerjasama dengan British, wartawan ini telah melakukan sesuatu yang berbeza dalam suratnya kepada editor berbanding surat-surat lain.

Seperti biasa, editor akan membaca surat-surat yang diterimanya. Anak muda ini juga terlibat dalam menghantar surat kepada ruangan surat untuk disiarkan dalam akhbar. Cuma ketika ini, editor bukan sahaja mahu menerima suratnya sebagai surat pembaca, tetapi mahu mengambil anak muda sebagai wartawan."

Apa yang dilakukannya?

"Ketika orang lain menulis di belakang sampul masing-masing dengan slogan semangat Hidup Melayu, anak muda ini menulis dengan ayat-ayat ini dengan tulisan jawi...."

"Hidup Melayu. Merdeka!"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...