Selasa, Oktober 04, 2005

Perkasakan identiti dan jati diri kewartawan Islam dalam era globalisasi. [03]




Perkasakan identiti dan jati diri kewartawan Islam dalam era globalisasi.
Berita rencana bergambar Zamri Mohamad

Kewartawan Islam menjadi tumpuan perbincangan apabila ia berkaitan rapat dengan perkembangan dunia Islam antarabangsa khususnya dalam dunia media hari ini. Fokus perbincangan ini menjadi asas perbincangan yang menarik dalam sebuah forum, ‘Journalists and Their Challenges in New Era’, (Wartawan dan Cabaran Era Baru) anjuran Jabatan Komunikasi dan para pelajar jurusan Kewartawanan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tiga Oktober yang lalu.

Menariknya, forum ini berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh yang tidak asing dalam dunia kewartawan Malaysia hari ini dari pelbagai cabang iaituYahya Ismail, Ketua Editor akhbar Bebas, Astora Jabat, Pengarang Majalah Utusan Karya dan Izham Shuhaimi, editor yang turut mengendali Bahagian Latihan dan Karier BERNAMA.

Menyentuh tentang keperluan penghasilan wartawan-wartawan baru dalam dunia berita di negara ini, Yahya Ismail memberi penekanan terhadap pentingnya generasi wartawan muda untuk memberi keutamaan dalam membentuk matlamat yang jelas dalam hidup. Tambah beliau lagi, seorang wartawan harus menyedari bahawa kebanyakan keadaan memerlukannya untuk membuat keputusan-keputusan besar dalam pendekatannya sendiri.

Dalam slot beliau bertajuk, ‘How Free is the Press Freedom in the World Today?’ (Sejauh Mana Kebebasan Akhbar Dalam Dunia Kini?) beliau mengingatkan bahawa wartawan juga aktivis dalam masyarakat dan harus tahu bagaimana bertindak dengan betul dalam setiap langkahnya berdasarkan prinsip dan kepercayaan yang menjadi sebahagian cara hidup.

Astora Jabat yang kini mengendalikan majalah Al Islam dan penulis tetap Mingguan Malaysia berpandangan kewartawan hari ini harus meniru dan mengambil pendekatan yang diguna dalam penulisan Quran dari Rasulullah kepada para Sahabat dan pengumpulan hadis-hadis. Wartawan-wartawan Muslim harus mengetahui garis panduan dalam mengumpul dan melaporkan bahan berita. Ini disebut dengan dalam jelas dalam surah Hujurat ayat enam bermaksud,

Dalam slot bertajuk, ‘Differences Between Writing for Magazines and Newspaper’ (Perbezaan Penulisan Majalah dan Akhbar), Astora menyebutkan pendekatan ulama-ulama silam seperti Al Tabari, Ibn Katsir, Qurtubi dan Al Suyuti sebagai golongan ‘ikhbariyun’ iaitu penyampai maklumat dalam mentafsir fakta-fakta Al Quran harus dipelajari dan disalurkan metodologi tersebut dalam memperkembangkan fakta kepada pentafsiran penulisan dalam sebuah rencana.

Pada masa yang sama, wartawan dan pada masa yang sama sebagai penulis harus mengembangkan bakat melalui identiti tersendiri yang dapat dikenali melalui gaya penulisan dan persembahan idea kepada pembaca. Menjadi satu perkara biasa untuk seorang penulis untuk meniru gaya penulis-penulis terkenal sebagaimana Astora sendiri apabila giat dalam dunia penulisannya seawal tahun 1983 dengan menjadikan penulis-penulis Arab Lebanon yang popular. Pada masa yang sama, keyakinan terhadap apa yang disampaikan, kefahaman dan rasa hati yang kuat untuk menyebarkan mesej kepada masyarakat.

“Kewartawanan hari ini melalui perjalanan panjang dari era mesin taip kepada dunia komputer. Pengetahuan terhadap perubahan teknologi sangat penting bagi seorang wartawan untuk menonjol dalam kariernya,” ujar Izham Shuhaimi dalam slot ‘Bernama News Management and Training System’. Tambah beliau lagi, keperluan terhadap berita yang mendadak di kalangan golongan muda kini menjadi tumpuan pengusaha talian komunikasi dunia dalam memperkenalkan talian berita melalui telefon bimbit. BERNAMA bakal membuka agensi beritanya di Doha dan Beijing dan pada masa yang sama memerlukan lebih ramai pelajar dalam pelbagai bidang menyertai dunia kewartawanan.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates