Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal
Oleh Yusmairan Mat Yusoff
Petikan Berita Harian
MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun.
Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan.
Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu.
Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan seorang lelaki dikatakan baru bermula apabila memasuki usia 40 tahun. Mereka seolah-olah baru melihat dunia, tetapi ada ada juga yang mengatakan pada usia itu lelaki sebenarnya mula rasa terancam dan ingin menjadi muda semula.
Tidak hairanlah ada lelaki yang mula memasang badan dan berlagak seperti bujang sehingga melupakan anak bini di rumah. Ada yang mula menggatal, pantang melihat wanita berdahi licin sehingga timbul pepatah baru ‘lelaki semakin tua, semakin miang’. Benarkah?
Pakar Runding Psikiatri dan Naib Presiden Kanan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof Dr Mohd Hatta Shaharom, berkata mungkin ada benarnya kenyataan berkenaan, namun tidak semua lelaki begitu sebaliknya bergantung kepada keadaan diri seseorang itu.
“Perkara seperti itu ada juga logiknya dan kita tidak boleh menolak kewujudannya. Kita tidak boleh menafikan bahawa perkara itu tidak terjadi dalam masyarakat berdasarkan apa yang kita dengar dan lihat. Apabila semakin meningkat usia mereka tidak kisah dengan apa yang akan dibicarakan oleh masyarakat sekitarnya.
“Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh faktor sakit jiwa yang mana seseorang lelaki itu menghidap demensia iaitu penyakit nyanyuk. Mereka akan hilang kawalan malu (disinhibited). Pada pertengahan usia 60-an penyakit ini mula terjadi. Mereka akan mula untuk menggatal dengan mengacau perempuan muda, sama ada dengan bersiul ataupun sekadar mengenyit mata,” katanya.
Melalui sifat ini, timbullah satu teori yang mengatakan usia 40 adalah darjah kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat! Dalam usia 40 itu juga, lelaki dikatakan sudah cukup kaya dan stabil dari segi kewangan. Justeru, dengan kekayaan yang dimiliki, ada yang mula mencari wanita lebih muda dan cantik.
Mungkin tidak semua, tetapi kerenah lelaki seperti itu satu senario biasa apabila usia semakin menginjak. Malah, ada isteri yang mengakui antara perkara biasa yang dilakukan oleh suami termasuklah menjeling wanita lain, suami mula berjinak untuk bermain kayu tiga dan ada yang tidak segan-silu mula meminta untuk berkahwin dua atau tiga.
Dalam hal ini, tidak wajar untuk meletakkan kesalahan 100 peratus kepada lelaki kerana ada yang berpendapat sikap segelintir wanita juga menyebabkan si suami mula berubah angin apabila sudah berusia. Misalnya isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa tidak menitik beratkan soal penampilan diri. Rambut yang tidak disikat, mengerbang seperti langsuir, muka yang masam mencuka dan tidak berseri tanpa mengenakan sedikit bedak atau gincu.
Jika dilihat dari segi pakaian pula, sesetengahnya hanya mengenakan kain batik dengan baju lusuh dan ada yang hanya berkemban apabila menyambut kepulangan suami. Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain.
Kebanyakan suami mahu melihat penampilan isteri yang penuh sopan santun, kemas dan ayu. Sambutlah suami dengan senyuman manis supaya hatinya terasa tenang. Penat bekerja sepanjang hari terus hilang apabila terpandang isteri yang tampak kemas dan bersih.
Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang atau alis lentik bagai penari makyung. Cukuplah sekadar sedap mata memandang.
Apa yang penting, suami dan isteri perlu saling memahami dan cuba menjaga hati kedua belah pihak. Jangan nanti hanya isteri yang tahu menjaga penampilan diri, tetapi suami pula kelihatan seperti James Bond pencen - boroi dan selekeh.

Ulasan