Penulis

Pengasas kursuspenulisan.com

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis sepenuh masa. Beliau telah menulis 20 buah buku menggunakan kaedah Kawakita Jiro iaitu menulis tiga sehingga empat buah buku serentak. Kaedah ini diajar kepada individu, organisasi dan institusi melalui kursuspenulisan.com. Matlamat kursuspenulisan.com sejak tahun 2009 ialah memenuhi angan-angan kita menjadi penulis.

Ikuti beliau di Facebook
Ikuti beliau di Google Book Search
Hubungi beliau bagi jemputan bengkel

Antara bengkel yang pernah beliau kendalikan





Curtin University, Perth, Australia




Peranan besar mereka yang dapat menulis, membaca dan bertutur dalam bahasa Melayu yang berada di luar negara adalah mengadaptasi buku-buku yang terbaik dalam pelbagai subjek di negara berkenaan agar dapat diterbitkan di Malaysia. Seperti mana usaha mengalih ilmu dalam bahasa Latin ke bahasa Arab seperti diberitahu dalam sejarah.


Misi di Universiti Curtin, Perth, Australia menemukan kami dengan permata-permata baru yang dapat digilap menjadi penulis bestseller di Malaysia. Para peserta adalah rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di sana.

Kami berpeluang menemui pakar indeks yang mempunyai kemahiran mengajar dan menyusun indeks subjek yang memudahkan rujukan subjek. Pada masa sama, seorang lagi peserta merupakan doktor dalam latihan yang berkhidmat di Perth Royal Hospital. Menariknya, pengalaman para pesakit di sana tentang hidup dan mendorong diri menjadi bahan inspirasi yang dapat ditulis semula dan dibukukan oleh beliau sebagai bacaan dalam bahasa Melayu.

Agenda kursuspenulisan.com adalah mendorong mereka yang dapat membaca dan menulis dalam bahasa Melayu mengadaptasi buku-buku terbaik dalam pelbagai subjek di sana bagi tujuan terbitan di negara ini.




Bedok Community Library, Singapore

Memenuhi bengkel penulisan, membentangkan idea sinergi kerjasama penulis Singapura dan Malaysia bagi penghasilan karya yang dapat dimanfaatkan bersama. Bengkel ini dikelolakan dengan kerjasama National Library Board, Singapura melalui Bedok Community Library.

Di perpustakaan ini dihimpunkan koleksi buku dalam bahasa Melayu yang terbesar. Tanda aras buku itu dianggap 'aktif' dan dikekalkan pada rak buku adalah berdasarkan corak pinjaman buku di sini. Manakala yang kurang dipinjam akan dijual pada harga yang rendah.

  • Kursus penulisan di Malaysia


Sejak tahun 2007, bermula dengan bengkel penulisan dalam kumpulan kecil telah digerakkan oleh Zamri Mohamad. Ia berkembang menjadi bengkel penulisan yang aktif dan memenuhi keperluan orang ramai.

Berdasarkan formula dengan apa di tangan, beliau telah mewujudkan kursuspenulisan.com dan mengendalikan bengkel kecil bagi mendorong penulis.

Dari satu negeri ke satu negeri, beliau dan tim bergerak atas jemputan organisasi swasta dan kerajaan serta pertubuhan bagi mengendalikan bengkel penulisan.


0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates